omniture

TERBONGKAR! Apa Berlaku Seterusnya dalam 'Temuduga Pekerjaan Paling Hebat di Dunia' daripada Grant's Whisky

William Grant & Sons
2017-11-17 01:08 745

LONDON, 17 November 2017 /PRNewswire/ --

Pada Ogos lalu, pencarian Grant Whisky untuk Duta Jenama Global Baharu menjadi amat mengujakan di lebih 100 negara.  

Jenama ini mengundang tiga calon akhir untuk mengelilingi dunia dengan beg pakaian dipenuhi wiski menerusi satu perjalanan epik selama 10 hari sebagai sebahagian daripada The Greatest Job Interview in the World (Temuduga Pekerjaan Paling Hebat di Dunia). Perjalanan mereka serupa dengan perjalanan legenda yang dilakukan pada tahun 1909 oleh Charles Grant Gordon, menantu lelaki pengasas syarikat, William Grant.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8224851-grants-whisky-greatest-job-result/

Sekiranya ini merupakan temuduga, bayangkan pekerjaannya. 

Peluang ini menggamit imaginasi di seluruh dunia, menghasilkan hampir 5,000 permohonan daripada calon-calon di 103 negara. Calon-calon pada awalnya dikurangkan kepada 20 orang yang diterbangkan dari 13 negara bagi menghadiri acara 'The Mixer' bertempat di Dufftown, Scotland, lokasi asal jenama ini. Setelah melalui satu siri cabaran, tiga finalis - Amy, seorang guru PE yang tinggal di Madrid; Danny, seorang pelayan bar wiski dari Edinburgh dan Linda, penyampai radio dari Johannesburg – kemudiannya dihantar ke tiga destinasi dunia berbeza untuk 'melaksanakan pekerjaan' selama sepuluh hari.

Antara mereka, para finalis menjelajah lebih 51,000 batu, mengunjungi 15 bandar di sembilan negara dalam lima benua, dan melakukan sebanyak 20 penerbangan antarabangsa. Mereka menggunakaan 'segway' mengelilingi Tel Aviv, menaiki 'tuk-tuk' di sekitar Mumbai, menunggang lanca di Taipei dan terbang dengan kapal terbang laut merentasi Jambatan Pelabuhan Sydney. Amy mengadunkan koktel di Krakow manakala Daniel mencicip di Taipei dan Linda pula menjadi DJ di Colombia. Matlamat utama mereka adalah untuk menghidupkan moto jenama, Stand Together (Bangkit Bersama).

Tonton video sorotan – siapa yang anda fikirkan layak dipilih sebagai Duta Jenama Global Grant?   

Calon yang berjaya akan mengembara ke lebih banyak negara pada tahun 2018 untuk menerajui siri acara istimewa.

Oliver Dickson, Pengarah Jenama Global berpendapat: "Respons terhadap kempen ini benar-benar luar biasa. Apabila kami memulakan proses ini, siapa sangka kami dapat menarik barisan calon yang begitu berbakat dan pelbagai?"

"Sememangnya kami menguji stamina, kemahiran dan kepintaran mereka, tetapi paling penting ialah kami berupaya melihat sejauh mana minat mereka ditonjolkan dalam budaya-budaya berbeza. Ketiga-tiga finalis mempunyai semangat 'Bangkit Bersama' menerusi jenama Grant yang membuatkan keputusan muktamad jauh lebih sukar."

GBA Grant baharu akan diumumkan pada 30 November 2017 melalui saluran Instagram dan Facebook rasmi Grant.  

Untuk maklumat lanjut lihat @GrantsWhisky melalui Instagram atau cari Grant's Whisky melalui Facebook.

Oliver Dickson, Pengarah Bersekutu Jenama, William Grant & Sons oliver.dickson@wgrant.com 

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/605048/William_Grant_and_Sons.jpg )

Video: https://www.multivu.com/players/uk/8224851-grants-whisky-greatest-job-result/

Source: William Grant & Sons
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Workforce Management/Human Resources