omniture

Nexen Tire Tambah Tayar Tanah Lumpur 'The Roadian MTX' dalam Portfolionya

- Roadian MTX, bawakan prestasi luar jalan dipertingkat, sediakan pelanggan dengan pilihan untuk penyesuaian dengan dua dinding sisi
- Posisi blok berpaten janjikan pemanduan lebih senyap di lebuh raya dan peralihan lebih lancar dari luar jalan ke atas jalan
Nexen Tire
2017-11-22 08:43 997

SEOUL, Korea Selatan, 22 November 2017 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar yang terkemuka, mengumumkan pelancaran Roadian MTX (Mud Terrain Xtreme), tayar tanah lumpur versatil yang sesuai untuk pemanduan atas jalan dan luar jalan. Tayar ini ditingkatkan bagi memaksimumkan keupayaan muatan dan tundaan tanpa mengorbankan sebarang kelasakan atau keselesaan pemanduan di lebuh raya yang diharapkan daripada barisan tayar Roadian.

Nexen Tire Tambah Tayar Tanah Lumpur 'The Roadian MTX' dalam Portfolionya
Nexen Tire Tambah Tayar Tanah Lumpur 'The Roadian MTX' dalam Portfolionya

Roadian MTX menawarkan "dua dinding sisi" yang direka secara tersendiri atau dua reka bentuk dinding sisi berbeza untuk setiap tayar: Machine dan Beast. Dua pilihan ini menawarkan pelanggan dengan kebebasan untuk memilih rupa bentuknya mengikut kecenderungan dan jenis kenderaan. Machine menampilkan profil yang lebih bersifat tradisional manakala Beast mempunyai rupa yang lebih agresif dengan bar cengkaman dinding sisi.

Tayar tersebut turut dilengkapi dengan teknologi pembatalan hingar berpaten, yang memberikan prestasi senyap di laluan lebuh raya. Tayar luar jalan biasanya bising di jalan-jalan biasa, termasuk di lebuh raya, namun MTX telah direka secara strategik untuk mengelakkan sentuhan blok bunga yang berulang-ulang semasa memandu. Posisi blok yang dioptimumkan memberikan pengurangan yang ketara terhadap hingar tayar.

Roadian MTX menyediakan rangka 3-lapis, atau tiga lapisan perlindungan dinding sisi, direka khusus untuk memberikan lebih kestabilan dan ketahanan apabila mengangkut beban yang berat. Tayar ini juga menyediakan bar pelindung rim untuk rim yang bersaiz 20 inci dan lebih besar, yang memastikan rim selamat daripada geseran susur jalan dan lelasan batu.

"Kami amat berbesar hati dapat menawarkan tambahan terkini kami kepada barisan produk Roadian, khususnya disebabkan oleh peningkatan peminat luar jalan, yang dianggap sebagai segmen yang berkembang paling luas dalam industri auto," kata Kyle Roberts, Pengarah Pemasaran Kanan di Nexen Tire Amerika Utara. "Roadian MTX menyediakan pelanggan kami dengan pilihan untuk penyesuaian, selain keupayaan luar jalan yang dipertingkat dan prestasi lebih senyap di lebuh raya."

Nexen Tire merancang untuk menghasilkan sejumlah 35 saiz untuk Roadian MTX, yang awalnya dipamerkan pada Oktober lalu di SEMA SHOW, Las Vegas. Roadian MTX akan dilancarkan julung kalinya di A.S. pada November ini dan akan dijual di banyak negara lain seluruh dunia mulai tahun hadapan.

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada dalam 141 negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat turut memfokus kepada pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat gelaran 'grand slam' setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nexentire.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171120/1996998-1

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news