omniture

Enigma Software Group Failkan Notis Rayuan Bawa Kes Terhadap Malwarebytes bagi Amalan Tidak Adil Predatori Ke Mahkamah Rayuan Litar ke-9

Enigma Software Group USA, LLC
2017-11-24 01:07 562

Enigma Software Group teruskan rayuan terhadap tuntutannya bahawa Malwarebytes menyalah gunakan undang-undang untuk mendapatkan kelebihan daya saing mengatasi para pesaing.

Amalan perniagaan tidak adil oleh Malwarebytes jejaskan syarikat-syarikat perisian, selain hak bebas memilih bagi pengguna.

CLEARWATER, Florida, 23 November2017 /PRNewswire/ -- Enigma Software Group USA, LLC ("ESG"), pembuat program anti-perisian hasad SpyHunter 4, hari ini mengumumkan ia telah memfailkan Notis Rayuan kepada Mahkamah Daerah AS berhubung kesnya terhadap Malwarebytes, Inc. Pada Oktober 2016, Enigma Software Group menyaman Malwarebytes kerana menyekat pengguna dengan cara yang menyalahi undang-undang daripada menggunakan SpyHunter 4 daripada Enigma Software Group melalui satu siri taktik predatori. Awal bulan ini, Hakim Daerah menolak tuntunan undang-undang Enigma Software Group. Dengan hormatnya tidak bersetuju dengan Pendapat Mahkamah, Enigma Software Group kini memfailkan Notis Rayuan bagi membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan Litar ke-9.

ESG Provides Anti-Malware Solutions with Premium Technical Support
ESG Provides Anti-Malware Solutions with Premium Technical Support

"Kes ini adalah tentang memerangi amalan perniagaan yang tidak adil dan melindungi hak pilihan pengguna," kata jurucakap Enigma Software Group Ryan Gerding. "Malwarebytes menjadikannya hampir mustahil untuk pelanggan kami menggunakan perisian kami menurut cara yang mereka inginkan."

Enigma Software Group mempertikaikan bahawa penyekatan oleh Malwarebyte terhadap SpyHunter 4 adalah jauh menyimpang daripada sekadar mengesyorkan produk mereka berbanding produk yang lain. Malwarebytes bukan sekadar mengkuarantin dan melumpuhkan SpyHunter 4, tetapi turut menjadikannya sukar untuk pengguna memasang SpyHunter 4 – dan oleh yang demikian menyebabkan program itu tidak berguna dan tidak efektif. Taktik oleh Malwarebytes terhadap pesaing yang mantap ini menafikan hak pengguna untuk memilih perisian keselamatan menurut kehendak mereka.

Selain itu, Malwarebytes memenuhi Seksyen 230 Akta Kesopanan Komunikasi yang terbukti berdasarkan kuasa tidak terhad syarikat untuk menyekat, mengkuarantin dan melumpuhkan sebarang program perisian yang ia dapati "sebaliknya mengganggu", dan syarikat tersebut tidak perlu berpura-pura "Berniat Baik" apabila membuat pertimbangan yang sewenang-wenangnya itu. Enigma Software Group percaya ini merupakan satu pemutarbalikan terhadap maksud sebenar statut berkenaan.

Malwarebytes telah mengenal pasti SpyHunter 4 sebagai "Program Berpotensi Tidak Diingini", padahal hakikat ini adalah tidak benar sama sekali. Pelanggan Enigma Software Group dengan sukarela memuat turun SpyHunter 4, memasang dengan sukarela SpyHunter 4, dan membayar dengan sukarela untuk terus menggunakan SpyHunter 4. Namun begitu, Malwarebytes percaya, ia "Berpotensi Tidak Diingini". Beratus-ratus pelanggan yang membayar kepada Enigma Software Group mengadu bahawa mereka tidak mendapat akses kepada perlindungan oleh SpyHunter 4 memandangkan Malwarebytes mula melumpuhkannya tahun lalu.

"Kami percaya pengguna seharusnya boleh memilih jenis produk keselamatan dan jumlah produk keselamatan yang mereka inginkan untuk melindungi komputer mereka," kata Gerding. "Kami sedia maklum ramai pengguna ingin mendapatkan berbilang lapisan perlindungan dan memilih pelbagai produk keselamatan. Dengan melumpuhkan SpyHunter 4, Malwarebytes merampas pilihan tersebut daripada pengguna. Kami percaya prinsip bimbingan seharusnya menjadi pilihan bebas pengguna dalam pasaran yang mana semua produk antiperisian hasad tersedia untuk pengguna, dan produk-produk bersaing berdasarkan kualiti dan kepuasan pelanggan – bukannya berdasarkan amalan perniagaan yang tidak adil."

Kes--5:17-CV—02915-EJD – Enigma Software Group USA, LLC lwn. Malwarebytes, Inc.

Latar Belakang Enigma Software Group USA, LLC

Enigma Software Group USA, LLC ialah penyepadu sistem dan pembangun perisian keselamatan PC bertaraf antarabangsa milik persendirian, dengan pejabat-pejabat berada di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Kepakaran syarikat ialah pembangunan perisian keselamatan PC, analisis keselamatan dalam talian, penilaian ancaman penyesuaian dan pengesanan ancaman keselamatan PC, selain pembaikan khas perisian hasad untuk jutaan pelanggan mereka di seluruh dunia. ESG terkenal dengan SpyHunter®, perkhidmatan dan produk perisian antiperisian hasad. SpyHunter 4 telah beberapa kali mendapat skor tertinggi dalam ujian perbandingan yang dijalankan oleh makmal-makmal ujian pihak ketiga yang bebas seperti AV-Comparatives dan AV-TEST. SpyHunter 4 turut menerima pensijilan daripada OPSWAT dan TRUSTe.

Berhubung dengan ESG melalui Twitter | Facebook | Google+ | LinkedIn | YouTube

SUMBER: Enigma Software Group USA, LLC

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/609662/enigmalogo_big.jpg

 

 

Source: Enigma Software Group USA, LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Legal issues