omniture

Syarikat kelima terbesar dunia Tencent lancar Projek QQ X sebagai usaha beri inspirasi golongan belia

Tencent Holdings Limited
2017-11-24 22:13 819

GREAT WALL STATION, Antartika24 November 2017 /PRNewswire/ -- Ekspedisi untuk Projek QQ X, satu usaha daripada QQ, khidmat pesanan ringkas yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat internet Cina yang terkemuka, Tencent Holdings, berjaya tiba di Great Wall Station, Antartika (62 darjah 12'59" S, 58 darjah 57'52" B) menerusi jemputan daripada ketua stesen Chen Bo. Tiga individu cemerlang, terpilih daripada antara 800 juta golongan belia China, akan meneroka bentuk muka bumi, geomorfologi dan spesies yang membentuk benua paling selatan di Bumi.

Foto ahli-ahli Projek QQ X
Foto ahli-ahli Projek QQ X

Projek QQ X mempunyai hentian-hentian di Pulau Galapagos, Namibia, Sepanyol dan Antartika. Secara keseluruhannya, empat destinasi tersebut berkongsi visi untuk membuka jalan kepada golongan muda yang ingin meneroka dunia. Di tiga hentian pertama, projek ini menerima sokongan daripada Kedutaan Ecuador di China, Kedutaan Namibia di China, Pentadbiran Artik dan Antartika Cina, Institut Penyelidikan Charles Darwin dan World Wildlife Fund, antara lainnya.

Permodalan pasaran Tencent kini mencecah HK$4.13 trilion (kira-kira US$528.5 bilion) pada 21 November 2017, mendahului Facebook dan berada di kedudukan kelima di dunia. Di tengah-tengah pembangunan pesat syarikat ini, Tencent merancang untuk menumpu pada penerokaan potensi golongan belia dunia, dan menggalas tanggungjawab sosial dengan lebih baik sebagai sebuah perusahaan yang ingin mencapai kecemerlangan dengan meneroka nilai-nilai semula jadi dan kemanusiaan serta lebih terhubung dengan dunia melalui QQ.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171123/1999811-1

Source: Tencent Holdings Limited
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Conservation/Recycling