LONDON dan STOCKHOLM, 27 November 2017 /PRNewswire/ --
Penyedia komunikasi berasaskan awan terkemuka, CLX Communications AB (XSTO:CLX), hari ini mengumumkan pelan untuk memberhentikan jenama pemesejan perusahaan Mblox A2P, awal bulan hadapan.
Ditubuhkan pada tahun 2000, Mblox ialah perintis awal yang memperkenalkan SMS A2P kepada perniagaan-perniagaan di seluruh dunia. Mblox telah lama menjadi salah satu syarikat pemesejan mudah alih terkemuka di dunia dan salah satu daripada jenama yang paling dikenali dalam industri pemesejan mudah alih.
Keputusan ini dibuat hampir dua tahun selepas CLX mengambil alih Mblox pada nilai $117 juta, dan mencadangkan penyelesaian projek penggabungan antara kedua-dua syarikat. Ini melibatkan penggabungan sistem, proses dan pekerja daripada Mblox, dengan penyedia pemesejan CardBoardFish (yang diambil alih oleh Mblox pada 2014) ke dalam perniagaan CLX yang sedia ada.
Bermula 5 Disember 2017, laman sesawang Mblox dan CardBoardFish akan ditutup dan dihalakan ke laman sesawang CLX, sementara pelanggan portal masing-masing akan dipindahkan ke portal pelanggan CLX.
Robert Gertsmann, Pengasas Bersama dan Pengarah, CLX berkata: "Kami sangat berbangga dengan kejayaan dan warisan Mblox; salah satu daripada jenama paling utama dalam pemesejan mudah alih yang mana saya sendiri, dan ramai rakan sekerja saya di CLX ini, terlibat dengan penciptaannya secara langsung.
"Walau bagaimanapun, misi kami di CLX ringkas sahaja - untuk menjadi syarikat komunikasi awan terkemuka, untuk mencapai sasaran ini memang menjadi niat kami untuk menggabungkan syarikat dan mendapatkan kekuatan daripada memiliki satu penawaran jenama yang disatukan di bawah nama CLX."
Latar Belakang CLX Communications
CLX Communications (CLX) merupakan sebuah penyedia global terkemuka perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi berasaskan awan bagi perusahaan-perusahaan dan pengendali-pengendali mudah alih. Perkhidmatan komunikasi mudah alih CLX membolehkan syarikat-syarikat untuk berkomunikasi secara global dengan cepat, selamat dan efektif dari segi kos dengan pelanggan-pelanggan dan peranti-peranti yang disambungkan - Internet Komunikasi Benda (IoT).
Penyelesaian CLX membolehkan komunikasi kritikal bagi perniagaan di seluruh dunia melalui perkhidmatan pemesejan mudah alih (SMS), perkhidmatan suara dan perkhidmatan ketersambungan mudah alih bagi IoT. CLX telah memperoleh keuntungan berterusan sejak syarikat ditubuhkan. Syarikat beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan turut berada di lebih 20 negara.
Saham CLX Communications diniagakan di NASDAQ Stockholm - XSTO:CLX.
Untuk mengetahui lebih lanjut sila hubungi: http://www.clxcommunications.com