omniture

Ascensia Diabetes Care dan Health2Sync Umum Kolaborasi Bawakan Penyelesaian Pengurusan Diabetes Digital kepada Pesakit di Asia

Health2Sync
2017-11-28 15:00 387

BASEL, Switzerland dan TAIPEI, Taiwan, 28 November 2017 /PRNewswire/ -- Ascensia Diabetes Care dan Health2Sync hari ini mengumumkan satu kolaborasi yang bertujuan untuk menambah baik perkhidmatan penjagaan diabetes dengan membawakan penyelesaian pengurusan digital bersepadu untuk para pesakit di Asia. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, syarikat-syarikat tersebut akan menyediakan gabungan tawaran kepada individu yang menghidap diabetes yang terdiri daripada sistem pemantauan glukosa darah CONTOUR®PLUS atau CONTOUR®TS daripada Ascensia, aplikasi Health2Sync dan program kesetiaan untuk pengguna, dikenali sebagai Program Penjagaan Pelanggan Ascensia.

Setelah gabungan tawaran ini dilancarkan, apabila individu yang menghidap diabetes membeli system CONTOUR®PLUS atau CONTOUR®TS, mereka akan berpeluang menyertai Program Penjagaan Pelanggan Ascensia setelah mendaftar akaun dalam aplikasi mudah alih Health2Sync. Faedah-faedah keahlian termasuk kupon diskaun untuk strip ujian, promosi dan bahan-bahan pendidikan tentang diabetes. Dengan menggunakan aplikasi Health2Sync, individu yang menghidap diabetes akan berupaya merekodkan bacaan glukosa darah, mengesan nilai glukosa darah dan membuat keputusan berkaitan pengurusan diabetes berdasarkan analisis yang disediakan. Dongel didayakan teknologi tanpa wayar Bluetooth® daripada Health2Sync turut disediakan. Dongel ini dihubungkan kepada meter dan membolehkan data dimuat turun terus daripada meter kepada aplikasi.

"Kolaborasi dengan Health2Sync ini akan membolehkan kami membawakan penyelesaian pengurusan digital yang berkesan kepada individu yang menghidap diabetes di Asia," jelas Michael Kloss, Ketua Pegawai Eksekutif, Ascensia Diabetes Care. "Dengan membawakan bersama ciri-ciri ketepatan dan mesra pengguna kepada meter kami berserta keupayaan perisian yang inovatif dalam aplikasi Health2Sync, kami berupaya menyediakan nilai penting untuk pesakit yang menghidap diabetes di rantau ini."

"Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan Ascensia bagi membawakan sistem pengurusan diabetes berasaskan aplikasi kami kepada lebih ramai pesakit," kata Ed Deng, Ketua Pegawai Eksekutif Health2Sync. "Kredibiliti dan warisan Ascensia dalam penjagaan diabetes melengkapi dengan unggul kepakaran kami dalam penyelesaian perisian yang inovatif, dan kami yakin gabungan tawaran ini akan menyediakan satu penyelesaian bersepadu yang dapat membantu individu yang menghidap diabetes mengurus keadaan mereka dengan lebih baik."

Menurut terma-terma perjanjian, pada peringkat awal pakej terberkas akan disediakan di Hong Kong, Malaysia, Singapura dan Taiwan, dengan potensi untuk menambah negara-negara tambahan. Health2Sync dan Ascensia turut meninjau pendekatan inovatif bagi menyediakan gabungan penyelesaian melalui penyedia insurans kesihatan untuk pesakit yang menghidap diabetes.

Aplikasi mudah alih pengurusan diabetes dan platform pengurusan pesakit Health2Sync direka bagi menjadikan pengesanan dan pengurusan glukosa darah lebih bermakna. Aplikasi ini membolehkan individu yang menghidap diabetes merekodkan bacaan glukosa darah, tekanan darah, berat dan aktiviti harian dengan mudah bagi membolehkan mereka memahami tahap kesihatan mereka dengan lebih baik. Aplikasi ini membantu pengguna menafsir data yang mereka rekodkan dan memberikan maklum balas serta peringatan tersuai yang dapat membantu pengguna menambah baik kawalan diabetes. Aplikasi ini juga membolehkan individu yang menghidap diabetes mengajak rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga mereka menjadi rakan dalam aplikasi untuk menyokong mereka dalam usaha mengurus diabetes bersama-sama. Bagi penyedia penjagaan kesihatan, platform pengurusan pesakit berasaskan web daripada Health2Sync membolehkan pengesanan pesakit dan susulan untuk penyedia penjagaan yang lebih cekap.

BGMS CONTOUR®PLUS menawarkan kaedah pemantauan glukosa darah yang mudah digunakan dengan ketepatan terbukti yang mematuhi piawaian ISO 15197:2013. Pelbagai ciri direka untuk membantu individu yang menghidap diabetes memantau glukosa darah mereka dengan berkesan, termasuk Pensampelan Second-Chance®, yang membolehkan seseorang pesakit menambah darah apabila sampel darah pertama tidak mencukupi. BGMS CONTOUR®PLUS ialah sistem yang ringan dan mudah digunakan yang turut terbukti mematuhi piawaian ISO 15197:2013.

Untuk maklumat lanjut tentang Ascensia Diabetes Care, layari: http://www.ascensia.com.

Untuk maklumat lanjut tentang Health2Sync, layari: http://www.health2sync.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Joseph Delahunty, Naib Presiden, Ketua Komunikasi Global    
Ascensia Diabetes Care
E-mel: joseph.delahunty@ascensia.com  
Telefon: +41-79-422-928

Jenny Kao
Health2Sync
E-mel: PR@health2sync.om

 

Source: Health2Sync
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements