Smile Train lancarkan Kempen 'Give Smiles' pada hari pemberian terbesar tahun ini, Selasa Sumbangsih untuk menyokong kanak-kanak dengan sumbing yang tidak dirawat di seluruh dunia
NEW YORK, 28 November 2017 /PRNewswire/ -- Dalam sambutan Selasa Sumbangsih dan musim memberi, Smile Train, organisasi OKU sumbing terbesar di dunia, melancarkan kempen "Give Smiles" yang baharu untuk membantu lebih banyak kanak-kanak di seluruh dunia senyum dan hidup lebih bahagia dan lebih sihat.
Sebagai sebahagian daripada kempen, Smile Train akan melancarkan beberapa video testimoni yang menyerlahkan beberapa penyokong organisasi yang begitu bersemangat. Dalam video tanpa skrip ini, setiap penyokong memberikan penonton pandangan mendalam tentang hubungan peribadi mereka dengan sumbing dan apa yang akhirnya memberi inspirasi kepada mereka untuk memberi senyuman.
"Kami sangat teruja untuk meraikan Selasa Sumbangsih dan melancarkan kempen Give Smiles yang baharu," kata Susannah Schaefer, Ketua Pegawai Eksekutif Smile Train. "Harapan kami adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberi inspirasi untuk orang ramai menghulurkan bantuan bagi membantu kanak-kanak dengan sumbing yang tidak dirawat di seluruh dunia menerima pembedahan sumbing yang menyelamatkan nyawa."
Sebagai sebahagian daripada Selasa Sumbangsih dan musim perayaan, beberapa penyokong Smile Train dari seluruh dunia akan menyertai sambutan ini. Berikut adalah gambaran keseluruhan aktiviti utama:
- Pertubuhan Miss Universe (21 November): Bagi memulakan Selasa Sumbangsih, Smile Train menganjurkan acara dengan para pemenang pertandingan Miss Universe di Las Vegas. Peserta Miss Universe menyertai Smile Train dalam menyebarkan senyuman di seluruh dunia dengan membantu kanak-kanak dengan sumbing yang tidak dirawat di dunia membangun melihat senyuman baharu mereka buat kali pertama. Para peserta pertandingan mengambil bahagian dalam aktiviti menghias cermin pegang untuk pesakit Smile Train yang menjalani pembedahan pembetulan sumbing. Cermin-cermin ini akan diberikan kepada para pesakit agar mereka dapat melihat senyuman mereka yang menawan buat pertama kali selepas pembedahan.
- Kembara Senyuman ke India (28 November): Smile Train menganjurkan acara koktel di ibu pejabat mereka. Acara ini akan mempamerkan pengalaman realiti maya 360 ° baharu organisasi ke India di mana penonton akan melihat sendiri perjalanan Nisha dan Vikas untuk mengukir senyuman baharu.
- 'Streamathon' Devin Thorpe (28 November): Ketua Pegawai Eksekutif Smile Train, Susannah Schaefer akan mengambil bahagian dalam penstriman langsung pada Selasa Sumbangsih yang dihoskan oleh Devin Thorpe. 'Streamathon' akan distrim secara langsung selama 24 jam pada Selasa Sumbangsih, dan Susannah akan bersiaran langsung pada 11:45 pagi EST di mana beliau akan bercakap mengenai model unik Smile Train, dan rancangan organisasi untuk Selasa Sumbangsih. Devin Thorpe ialah seorang wartawan, penulis, penceramah profesional, dan pengasas Your Mark on the World Center, sebuah perniagaan yang didorong oleh misi untuk menyelesaikan masalah terbesar di dunia.
- Cef Katsuji (28 November): Smile Train bekerjasama dengan Peserta Pertandingan Top Chef BRAVO, Cef Katsuji, untuk meningkatkan kesedaran dan dana untuk kanak-kanak dengan sumbing yang tidak dirawat. Cef Katsuji akan menyumbangkan 20% hasil daripada restorannya kepada Selasa Sumbangsih kepada Smile Train. Restoran-restoran termasuk: Mexikosher-NYC dan Mexikosher-LA.
- Acara Kulinari Selebriti (28 November): Dengan kerjasama Glad, dan kempen perayaan Glad-to-Give mereka, Smile Train Philippines akan menjadi tuan rumah acara memasak selebriti dengan personaliti TV Filipina, Danica Sotto-Pingris. Mendapat jolokan "Spread Smiles This Holiday", acara memasak waktu tengah hari itu bertujuan untuk mengajar para peserta hidangan menarik dan menyeronokkan yang mudah disediakan untuk pertemuan-pertemuan berbeza dengan mereka yang tersayang. Perolehan dari kelas akan memanfaatkan program tempatan Smile Train di Filipina.
- Marian Rivera dan Kultura (28 November): Personaliti TV, pelakon, dan Duta Smile Train, Marian Rivera, telah bekerjasama dengan Kultura, sebuah rangkaian kedai yang mengkhusus dalam produk buatan tempatan (bermula dengan perhiasan hinggalah barang kemas, pakaian hingga kepada barangan cenderamata) sebagai Duta Jenama baharu mereka. Sebagai sebahagian daripada perkongsiannya, Kultura akan memberikan sebahagian daripada hasil yang diperoleh pada Selasa Sumbangsih kepada Smile Train.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Smile Train atau untuk membuat sumbangan dan "Give Smiles" semasa musim perayaan ini, lawati: smiletrain.org/givesmiles. Ikuti Train Smile di Twitter dan Instagram @SmileTrain untuk maklumat terkini sepanjang tahun.
Latar Belakang Smile Train
Smile Train menyediakan pembedahan sumbing dan penjagaan menyeluruh sumbing percuma kepada kanak-kanak di negara-negara membangun. Melalui latihan doktor tempatan dan pemerkasaan hospital rakan kongsi di seluruh dunia, kami memajukan penyelesaian yang mampan dan model berskala untuk merawat sumbing, menambah baik kehidupan kanak-kanak secara drastik, termasuk keupayaan mereka untuk makan, bernafas, dan bercakap dari masa ke masa. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana pendekatan yang mampan Smile Train bermakna sumbangan mempunyai impak segera dan jangka panjang, sila lawati smiletrain.org.