omniture

Beckman Coulter Terlibat Pertikaian Perdagangan dengan Quidel untuk Jual BNP Secara Langsung

Beckman Coulter Diagnostics
2017-11-29 00:16 474

BREA, California, 28 November 2017 /PRNewswire/ -- Beckman Coulter komited untuk memastikan para pelanggan menerima kualiti cerakin terbaik, mengikut masa, bagi membantu profesional penjagaan kesihatan dan makmal menyediakan penjagaan yang lebih baik kepada pesakit. Untuk membawa sasaran ini lebih jauh, pada masa hadapan Beckman Coulter merancang untuk menjual secara langsung cerakin peptida natriuretik bagi Sistem Immunocerakin Rumpun Akses kepada para pelanggannya. Pada masa ini, para pelanggan Beckman Coulter mendapat akses kepada cerakin BNP yang, meskipun dibangun dan diperbuat oleh Beckman Coulter, dijual secara eksklusif oleh Quidel dan pengedar-pengedar lantikannya. Quidel mengambil alih peranan komersil ini sebagai hasil transaksi terbarunya dengan Alere.  Hari ini, Beckman Coulter membuat permohonan supaya mahkamah San Diego memperjelas dan menguatkuasakan hak Beckman Coulter untuk menjual cerakin peptida natriuretik secara langsung kepada pelanggannya. Sementara perkara undang-undang ini diselesaikan, pembuatan dan pembekalan cerakin TRIAGE® BNP oleh Beckman Coulter kepada Quidel dan hubungan pelanggan Quidel dijangka akan berterusan seperti biasa, maka para pelanggan boleh terus bergantung kepada bekalan BNP yang berkualiti tinggi secara berterusan untuk digunakan pada penganalisis Beckman Coulter.

Latar Belakang Beckman Coulter
Beckman Coulter Diagnostics membantu profesional penjagaan kesihatan dan makmal menyediakan penjagaan yang lebih baik untuk pesakit dengan menyampaikan maklumat diagnostik tepat yang diperlukan, ketika mereka memerlukannya. Selama lebih 80 tahun, Beckman Coulter telah menjadi rakan kongsi pilihan bagi organisasi-organisasi penjagaan kesihatan. Instrumen kami yang boleh skala, ujian diagnostik yang menyeluruh dan perkhidmatan pengurusan perniagaan telah dipercayai oleh hospital-hospital, makmal-makmal dan penjagaan kesihatan kritikal yang lain di seluruh dunia. Kami berkongsi misi dengan para pelanggan kami ke arah pembaikan berterusan dan penjagaan pesakit berkualiti kerana kami percaya apabila keberkesanan dan hasil klinikal bertambah baik, para pesakit mendapat manfaat dan kami dapat menggerakkan penjagaan kesihatan ke hadapan untuk setiap orang.

© 2017 Beckman Coulter, logo bergaya dan tanda-tanda produk serta perkhidmatan Beckman Coulter yang disebut di sini adalah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar Beckman Coulter, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/610417/BECKMAN_COULTER_LOGO.jpg

 

 

Source: Beckman Coulter Diagnostics
Related Stocks:
NYSE:DHR
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Legal issues