omniture

Pakar Bandar Lestari dan Boleh Didiami / Kursus Sarjana Baharu: Penyelesaian Bandar Pintar

Hochschule fur Technik Stuttgart
2017-11-29 21:46 544

STUTTGART, Jerman, 29 November 2017 /PRNewswire/ -- Pada Semester Musim Sejuk 2018/19, HFT Stuttgart di Jerman akan melancarkan kursus Sarjana baharu 'Penyelesaian Bandar Pintar' dalam bahasa Inggeris , dengan pendekatan antara disiplinnya yang unik di dunia. Dalam sebuah persekitaran antarabangsa, para pelajar memperoleh kemahiran menyeluruh dalam bidang perancangan bandar dan bangunan pintar, infrastruktur dan pengurusan projek pintar, serta pembiayaan, pendigitalan dan tadbir urus pintar. 

generated by system

generated by system

Semakin ramai orang di serata dunia berhijrah ke konurbasi untuk mencari pekerjaan, kemakmuran dan taraf hidup yang lebih baik. Salah satu akibatnya adalah rebakan bandar - peluasan sempadan bandar tidak terkawal yang diburukkan lagi oleh pertambahan mobiliti manusia secara besar-besaran. Bandar-bandar di seluruh dunia berdepan dengan masalah pencemaran bunyi, kesesakan, trafik jam yang teruk, serta pencemaran udara yang berbahaya. Pelaburan besar diperlukan dalam infrastruktur sosial dan teknikal agar dapat membawa orang ramai ke arah masa hadapan bandar boleh didiami.

Inilah titik tolak pendekatan bandar pintar dalam kursus Ijazah Sarjana baharu ini, berasaskan kesedaran bahawa kecekapan subjek khusus dalam bidang pengangkutan, tenaga, pembangunan bandar dan pentadbiran, yang masih lagi tidak dikaitkan antara satu sama lain dengan baik, hanya akan dapat memenuhi keperluan kompleks sebuah bandar boleh didiami dan berorientasikan masa hadapan sekiranya wujud interaksi yang erat antara kesemua bidang ini pada masa akan datang.

HFT Stuttgart telah memberi sumbangan besar bagi dunia mampan selama beberapa tahun ini, dengan kursus-kursus yang bertumpu kepada tenaga, mobiliti dan pembinaan mesra iklim. "Berdasarkan pengalaman ini, kami menawarkan peluang mempelajari topik-topik global yang berkaitan bandar dengan lebih mendalam dalam satu kursus Ijazah Sarjana yang baharu," Profesor Roland Dieterle, Dekan Akademik. Satu pilihan MBA tambahan daripada Universiti John Moores Liverpool, UK, juga tersedia.

Oleh sebab wujud pertambahan permintaan global terhadap kepakaran bandar pintar, para graduan dijangka akan diberi peluang kerjaya yang cemerlang dalam pentadbiran awam dan sektor swasta.

http://www.hft-stuttgart.de/Smart-City-Solutions
Prof. Roland Dieterle
+4971189262679
scs-master@hft-stuttgart.de

Source: Hochschule fur Technik Stuttgart
Keywords: Education