BENGALURU, 30 November 2017 /PRNewswire/ -- Jubilant Biosys Ltd., subsidiari Jubilant Life Sciences Ltd yang berpangkalan di Bengaluru, hari ini mengumumkan mereka berjaya mencapai tahap perkembangan peringkat awal berkaitan satu program kolaboratif bersama Sanofi di Frankfurt, Jerman yang menumpu terhadap gangguan metabolik. Tahap perkembangan ini memperlihatkan kejayaan peralihan program kolaboratif ke fasa seterusnya dalam proses penemuan dan pembangunan.
Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada portfolio program, yang bermula pada tahun 2016, menumpu pada penemuan dan pembangunan perencat molekul kecil untuk berbilang sasaran yang dihasilkan bagi menangani keperluan perubatan yang belum dipenuhi terhadap diabetes dan obesiti. Jubilant Biosys mengesahkan ia menerima bayaran bagi pencapaian tahap perkembangan pertama untuk kolaborasi ini. Jubilant Biosys akan terus mengaplikasikan platform penemuan ubatan bersepadunya yang berkesan bagi menghasilkan molekul-molekul baharu yang dapat memperlihatkan bukti-mekanisme klinikal.
"Jubilant Biosys melabur dalam platform penyakit metaboliknya bagi menggalakkan penemuan dan pembangunan terapi molekul kecil. Sejak pemeteraian kerjasama ini, pasukan-pasukan Jubilant Biosys dan Sanofi bekerjasama erat dalam beberapa program penyakit metabolik yang pertama dalam kategorinya. Kami berharap dapat memajukan program-program ini selanjutnya melalui proses penemuan dan pembangunan demi menyediakan terapi baharu yang penting bagi merawat diabetes," kata En. Steven Hutchins, Jubilant Biosys, Presiden, Drug Discovery Solutions.
Dr. Philip Just Larsen, Ketua Penyelidikan Diabetes Global & Ketua Pegawai Saintifik, Sanofi, Jerman berkata: "Sanofi berusaha untuk terus menginovasi bagi memberi nilai buat individu yang mengalami gangguan metabolik. Kolaborasi yang produktif dengan Jubilant Biosys ini terus memperlihatkan komitmen kami untuk menemui dan membangunkan terapi-terapi baharu demi membantu pesakit yang menghidap diabetes atau komplikasinya."
Latar Belakang Jubilant Biosys Limited
Jubilant Biosys a subsidiari Jubilant Life Sciences Ltd, sebuah syarikat farmaseutikal dan sains hayat global yang bersepadu, berpangkalan di Bengaluru dan Noida di India. Jubilant Biosys telah menonjolkan kepakaran dalam pelbagai bidang terapeutik termasuk, tetapi tidak terhad kepada Onkologi, Gangguan Metabolik, Kesakitan & Keradangan serta CNS. Model perniagaannya melibatkan perkhidmatan penemuan ubatan, inovasi dalaman yang proprietari dan pelaburan strategik sebagai komponen asas yang disediakan untuk penyelidikan kolaboratif, perkongsian dan pelesenan luar.
Untuk maklumat lanjut: http://www.jubilantbiosys.com; http://www.jubl.com
Untuk Pembangunan Perniagaan:
Dr. Rajiv Tyagi
Tel: +91-80-66628400
Emel: Rajiv_Tyagi@jubilantbiosys.com
Sumber: Jubilant Biosys