omniture

THOMAS SABO Sambut Suasana Musim Bunga/Panas 2018 dengan Siri Tropical

THOMAS SABO GmbH & Co. KG
2017-12-01 00:43 705

LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, Dec. 1, 2017 /PRNewswire/ --

Warna-warna barang kemas yang terang, barang-barang berharga yang direka bentuk dengan teliti dan juga kepelbagaian budaya – sempena musim bunga/panas 2018, THOMAS SABO menumpu pada ekspresi reka bentuk yang ikonik bagi Koleksi Sterling Silver, dengan keamatan warna yang begitu unik. Serlahan gaya motif-motif mitos tropika bagi siri Tropical baharu ini merupakan pencuri tumpuan yang istimewa.

generated by system

generated by system

Loket serlahan kerawang buatan tangan memikat sebagai tumpuan utama. Azimat burung kakak tua dan batu matahari berkilauan dengan warna-warnanya, corak berinspirasikan Aztec dan hiasan kerawang. Selain itu, rantai leher dengan bulu-bulu beralun selain cincin, anting-anting, gelang turut menarik perhatian dalam penciptaan barang kemas individu. THOMAS SABO Snake mempesonakan buat julung kalinya dalam bentuk cincin, loket, gelang atau anting-anting tunggal dengan gaya berwarna hijau dan firus.

"Siri Tropical kami menafsirkan kontras antara hijau gelap hutan rimba, warna-warna haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta pantulan cahaya berkilauan dalam hasil ciptaan barang kemas yang direka dengan bijak," kata Susanne Kölbli, Pengarah Kreatif THOMAS SABO.

Siri Tropical ini, selain banyak hasil inovasi yang lain daripada Koleksi Sterling Silver, bakal disediakan di semua kedai THOMAS SABO dan kedai-dalam-kedai di http://www.thomassabo.com selain daripada rakan-rakan kongsi terpilih mulai pertengahan Januari 2018.

Bahan imej sedia dimuat turun untuk tujuan penyuntingan di sini.

Latar Belakang THOMAS SABO

THOMAS SABO merupakan salah sebuah syarikat barang kemas dan jam tangan yang terkemuka di dunia, mereka bentuk, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup untuk wanita dan lelaki. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Thomas Sabo di Jerman, mengendalikan sekitar 300 kedai milik sendiri di serata lima benua dengan keseluruhan pekerja seramai 1,860 orang. THOMAS SABO turut berkolaborasi di peringkat global bersama kira-kira 2,800 rakan kongsi dagangan dan juga pengendali syarikat penerbangan dan kapal persiaran terkemuka.

Maklumat perhubungan akhbar 

THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Felizia Kindermann
Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa & Korporat
+49912397150
press@thomassabo.com

Source: THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail New products/services