TV Bakal Hilang Satu Mata Saham Setahun pada 2017 dan 2018
Google dan Facebook Bakal Raih Pelaburan Digital Tambahan 186% pada 2017
NEW YORK, 4 Disember 2017 /PRNewswire/ -- GroupM, syarikat pengurusan media WPP, hari ini mengemas kini ramalan pelaburan pengiklanannya bagi tahun 2017 dan 2018. Secara global, GroupM menganggarkan pertumbuhan sebanyak 3.1% tahun ini dan 4.3% pada tahun 2018, satu peningkatan sebanyak $23B pada tahun hadapan. Angka-angka ini dibincangkan dalam Persidangan Media dan Komunikasi Global UBS Tahunan kali ke-45 di New York.
GroupM menekankan pertumbuhan KDNK global menerusi permintaan pengguna yang semakin meningkat, pelaburan tetap, pengeluaran perindustrian dan eksport sebagai penyumbang kepada ramalan yang lebih positif bagi tahun 2018. Walau bagaimanapun, risiko-risiko yang dikenal pasti ialah pelaburan dan produktiviti yang lemah, selain ancaman hutang berlebihan, yang boleh menghalang pihak penggubal dasar daripada meningkatkan kadar faedah.
"Kadar pertumbuhan adalah luas memandangkan lebih ramai orang bekerja, namun amat rendah dengan kadar peningkatan gaji yang perlahan. Sekiranya ekonomi dunia mengekalkan peningkatan permintaan terhadap tenaga kerja, ia mungkin memperlihatkan wujudnya jurang kemahiran yang semakin besar. Seterusnya, persaingan seharusnya meningkatkan gaji, memacu pelaburan dalam produktiviti dan membantu inflasi agar akhirnya dapat melepasi sasaran bank pusat," kata Adam Smith, Pengarah Niaga Hadapan.
| Pelaburan Media (harga semasa) |
2016 |
2017f |
2018f |
| Amerika Utara |
189,042 |
193, 193 |
199,845 |
| %Berbanding Tahun Sebelumnya |
3.1 |
2.2 |
3.4 |
| Amerika Latin |
33,306 |
35,117 |
37,417 |
| %Berbanding Tahun Sebelumnya |
0.2 |
5.4 |
6.6 |
| Eropah Barat |
98,014 |
100,638 |
103,297 |
| %Berbanding Tahun Sebelumnya |
3.8 |
2.7 |
2.6 |
| Eropah Tengah & Timur |
14,074 |
15,340 |
16,696 |
| %Berbanding Tahun Sebelumnya |
9.3 |
9.0 |
8.8 |
| Asia-Pasifik |
172,714 |
179,659 |
189,315 |
| %Berbanding Tahun Sebelumnya |
5.4 |
4.0 |
5.4 |
| Asia Utara |
93,893 |
97,542 |
102,234 |
| %Berbanding Tahun Sebelumnya |
5.9 |
3.9 |
4.8 |
| ASEAN |
14,163 |
14,899 |
16,720 |
| %Berbanding Tahun Sebelumnya |
4.3 |
5.2 |
12.2 |
| Timur Tengah & Afrika |
11,426 |
10,840 |
11,416 |
| %Berbanding Tahun Sebelumnya |
0.5 |
-5.1 |
5.3 |
| Seluruh Dunia |
518,577 |
534,786 |
557,986 |
| %Berbanding Tahun Sebelumnya |
3.9 |
3.1 |
4.3 |
Aspek yang menjadi kepentingan utama pemasar ialah bahagian KDNK global bagi pengiklanan, yang diramal mencecah 0.7% pada tahun 2017 dan 0.69% pada tahun 2018. Ini menonjolkan satu trend yang berlarutan bagi penurunan bahagian untuk pengiklanan, yang sering disebut sebagai bukti cabaran industri berstruktur. Walau bagaimanapun, GroupM percaya bahawa faktor utama ialah jumlah "wang pengiklanan" kini ditujukan kepada data dan teknologi demi penglibatan pengguna dalam segmen digital. "Bagi setiap dolar yang beralih daripada segmen legasi kepada media digital, GroupM menganggarkan 25 sen akan disalurkan kepada teknologi dan data. Ini tidak mengambil kira konsep lapuk dalam pelaburan media kerja yang ada sekarang," kata Smith. "Kami juga sedia maklum bahawa sepanjang tempoh inflasi yang rendah, wang pemasaran akan diperuntukkan semula kepada promosi; ini merupakan satu cabaran berkitar, dan bukannya cabaran berstruktur."
Enam negara dijangka akan memacu 68% pelaburan tambahan pada tahun hadapan: A.S., China, Argentina, Jepun, India, dan U.K. Di A.S., kadar pengangguran adalah sebanyak 4.4% dan semakin menurun; gaji sebenar meningkat sebanyak 2.5% dan terus bertambah; manakala keyakinan pengguna adalah yang tertinggi dalam 17 tahun, meskipun pertumbuhan perbelanjaan pengguna terus suram pada kadar 2.7% bagi tahun 2017 dan 2.3% diramalkan bagi tahun 2018.
Ekonomi China mengalami pengimbangan semula memandangkan permintaan terhadap barangan pengguna melebihi pertumbuhan eksport sejak tahun 2011 dan pelaburan tetap sejak tahun 2015; dan kadar peratusan jualan runcit dalam KDNK terus meningkat secara berterusan melebihi angka lebih tinggi 40an. Penambahbaikan China dapat dikaitkan dengan pembaharuan dari sisi bekalan dan pasaran hartanah yang mantap di bandar-bandar peringkat lebih rendah. Walau bagaimanapun, pemasar yang menyasarkan pertumbuhan akan berasa bimbang terhadap penurunan kecenderungan penduduk Cina untuk mencuba produk-produk baharu.
| Kenaikan Iklan Teratas 2018 |
USDjuta |
|
| 1 |
AS |
6,274 |
| 2 |
China |
4,330 |
| 3 |
Argentina |
1,392 |
| 4 |
Jepun |
1,292 |
| 5 |
India |
1,210 |
| 6 |
UK |
1,189 |
Pertumbuhan Argentina merupakan dividen hasil daripada kedinamikan politik dan kenaikan nilai peso.
Di Jepun, ekonomi ketiga terbesar di dunia, Abenomics, dasar-dasar yang disokong oleh Perdana Menteri Shinzō Abe, merangsang peningkatan permintaan pengguna yang paling mantap (3.4%) dalam tempoh tiga tahun.
India terus mara ke hadapan meskipun berlakunya disrupsi reformasi baru-baru ini (penyahwangan dan cukai jualan). Usaha pembandaran yang berterusan dan kenaikan gaji menyokong pertumbuhan pengguna yang mantap dalam aspek kewangan, produk tahan lama, perkhidmatan dan peruncitan. E-dagang menjadi saluran utama untuk FMCG, manakala pelaburan pengiklanan dijangka beralih dengan ketara daripada media lain kepada pembeli/prestasi pemasaran. Amazon kini merupakan pengiklan kedua terbesar di India tatkala ia mencabar pasaran e-dagang bersama saingan tempatan, Flipkart.
Pertumbuhan pelaburan pengiklanan U.K. didorong hampir keseluruhannya oleh digital "semata-mata" memandangkan ia mencapai 60% saham dalam pasaran yang agak stabil, namun hanya menjadi tumpuan jangka pendek tatkala Brexit muncul. Perbincangan lebih menyeluruh berhubung ramalan terhadap U.K. disediakan di sini. Sekiranya Eurozone merupakan sebuah negara, GroupM melihat bahawa ia akan mencabar kedudukan India dengan berada di tempat kelima dari segi sumbangan terhadap pertumbuhan pengiklanan global.
Persaingan Bahagian Media
Secara global, pelaburan televisyen akan berkembang 0.4% pada tahun 2017 dan 2.2% pada tahun 2018, namun TV akan kehilangan satu mata saham tahun ini dan tahun hadapan. Segmen TV China yang dikawal selia mengalami kesukaran pertumbuhan yang lebih tinggi; kecuali China, didapati bahawa segmen TV berkembang pada kadar 3% tahun ini dan 4% pada tahun hadapan, dengan nilai saham yang stabil (41%). Paling utama, ini memperlihatkan pelaburan pengiklanan untuk kandungan "TV" pada peranti TV tradisional. Kita sedia maklum bahawa masa yang diluangkan dengan kandungan TV dilihat kekal bagus, namun penjanaan keuntungan daripada masa yang diluangkan itu menjadi semakin sukar tatkala para penonton tersebar merentasi platform dengan lebih pantas berbanding apa yang dapat dilakukan oleh industri untuk menyediakan penyelesaian pengukuran. Cabaran ini dan juga cabaran lain turut dibincangkan dalam laporan State of Video baharu daripada GroupM.
Pertumbuhan pelaburan digital dijangka mencecah 11.5% pada tahun 2017 dan 11.3% pada tahun hadapan; bahagiannya akan meningkat daripada 34.1% tahun ini kepada 36.4% pada tahun 2018. Kecuali China, pertumbuhan digital adalah agak sederhana: 10.6% (2017) dan 10.5% (2018). GroupM percaya pelaburan digital akan melangkaui pelaburan TV tradisional dalam tujuh belas pasaran menjelang akhir tahun: Australia, Kanada, Denmark, China, Finland, Perancis, Hong Kong, Ireland, Hungary, Jerman, Belanda, New Zealand, Norway, Sweden, Switzerland, Taiwan dan U.K. Berhubung analisis terhadap trend dolar pelaburan sebenar, GroupM tidak bersetuju bahawa segmen digital telahpun melepasi TV di A.S. (setiap sumber industri lain); had nilai ini dijangka akan dilepasi menjelang tahun 2020.
Menjelang suku ketiga, Google melaporkan pendapatan pengiklanan sebanyak $24B manakala Facebook melaporkan pendapatan sebanyak $10B. Menurut kajian GroupM bagi jumlah pelaburan digital seluruh dunia dan berhubung pendedahan terdahulu daripada syarikat-syarikat ini, GroupM percaya kedua-dua syarikat ini akan menyumbang sebanyak 84% dalam seluruh pelaburan digital pada tahun 2017 (kecuali China). GroupM juga percaya kedua-duanya akan menyumbang kepada pertumbuhan digital sebanyak 186% bagi tahun 2017. Ini merupakan berita yang amat buruk berhubung keseimbangan dalam ekosistem penerbit digital. Amazon berada pada laluan yang pantas untuk memainkan peranan yang lebih ketara dari segi penyatuan pelaburan pengiklanan digital bersama beberapa pihak pengusaha yang dominan. Secara konservatif, GroupM percaya jumlah pengiklanan carian dan paparan pada platform Amazon digabungkan dengan pendapatan pengiklanan luar platform mereka mencecah angka tunggal rendah bernilai berbilion-bilion.
Tatkala segmen digital terus berkembang, pembelian programatik dijangka meningkat seiring dengannya. Walau bagaimanapun, menurut analisis GroupM terhadap A.S., khususnya, belanjawan programatik dianggar mencecah 20% bagi perbelanjaan digital (tidak termasuk platform sosial) dan tidak meningkat sepantas yang dijangkakan. GroupM percaya kebimbangan terhadap integriti rantaian bekalan dan keselamatan jenama menjadi faktor-faktor penyumbang. Meskipun GroupM menegaskan tentang kebolehlihatan dan pengukuran keselamatan jenama oleh pihak-pihak ketiga, beberapa rakan kongsi programatik tidak menyokong pencegahan seruan iklan untuk melindungi daripada elemen keganasan, bersifat seksual dan kandungan politik yang melampau termasuk berita-berita palsu. GroupM melaporkan ramai pelanggan beralih kepada pendekatan dengan senarai putih sahaja bagi meningkatkan keselamatan, namun pendekatan ini tidak menghalang jangkauan dan juga peningkatan harga. Pihak-pihak pengiklan kebimbangan terhadap kesuraman bekalan programatik adalah sesuatu yang berasas. GroupM menyokong penggunaan "Ads.txt" oleh pasaran, satu kaedah yang boleh digunakan oleh penerbit dan pertukaran untuk mengisytiharkan secara terbuka syarikat-syarikat yang diberi kebenaran untuk menjual inventori daripada para penerbit tertentu; ini akan memberi keupayaan kepada pihak pengiklan dan agensi untuk membeli secara terus dan menyingkirkan gangguan orang tengah serta bayaran-bayaran yang berkaitan.
Tatkala perhatian pengguna terus terpecah-pecah dalam seluruh platform, ramai yang melihat adanya kebaikan dalam salah satu media pengiklanan paling lama, Out-of-Home, yang turut semakin menjadi lebih bermaklumat dengan data, bersifat digital dan serba guna. Gabungan antara data lokasi dengan pembelian, media sosial dan tingkah laku menonton memperlihatkan proposisi yang semakin menarik. Ia merupakan saham yang semakin meningkat, daripada 6.1% pada tahun 2016 kepada 6.2% pada tahun 2017 dan 6.3% pada tahun 2018 – kadar tertinggi yang dicapai olehnya sejak tahun 1993. Selain segmen digital, ia merupakan satu-satunya platform untuk meningkatkan nilai saham. Radio semakin menurun nilai sahamnya (4.4% tahun ini, 4.3% tahun hadapan) memandangkan ia kurang mengalami disrupsi dan berinovasi dengan kandungan dan media sosial.
"Tahun 2017 ialah tahun yang mencabar. Jenama-jenama beroperasi dalam pasaran-pasaran yang hiper kompetitif dan berpertumbuhan rendah, dicabar untuk menunjukkan hasil dalam tempoh terdekat. Media legasi terus dicabar oleh pemecahan audiens dan persaingan daripada pihak pengusaha digital dominan, serta syarikat-syarikat gergasi yang bergelut dengan kejayaan luasnya sendiri memandangkan pengguna menyalahgunakan platform janaan-pengguna milik mereka," kata Kelly Clark. "Berada di tengah-tengah situasi antara pelanggan yang tegang dan rakan media yang tertekan, agensi-agensi juga turut menyaksikan cabaran pada tahun 2017, namun ia akan menjadi lebih buruk untuk pelanggan kami sekiranya kami tiada untuk membantu menavigasi aspek kedinamikan pasaran. Kami percaya pihak pemasar sentiasa memerlukan rakan-rakan kongsi yang objektif yang dapat beroperasi dalam seluruh lanskap media bagi mengadakan kempen-kempen paling bersepadu, selain membantu membentuk piawaian, pengukuran dan juga integriti."
Latar Belakang GroupM
GroupM ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan media global utama untuk agensi-agensi media WPP termasuk Mindshare, MediaCom, Wavemaker, Essence dan m/Six, dan syarikat audiens programatik didorong hasil, Xaxis. Bertanggungjawab terhadap lebih US $108B dalam pelaburan media tahunan oleh beberapa pengiklan terbesar dunia, agensi-agensi GroupM memberi kelebihan kepada pelanggan menerusi pandangan unik berhubung pasaran media dan audiens pengguna. GroupM mendayakan agensi-agensi dan para pelanggan dengan kepakaran perdagangan, data, teknologi dan pelbagai perkhidmatan istimewa termasuk TV, kandungan dan sukan yang boleh ditangani. GroupM bekerjasama erat dengan syarikat pengurusan pelaburan data WPP, Kantar dan kedua-duanya bersama-sama menyumbang sebanyak hampir 50% daripada pendapatan kumpulan WPP yang bernilai lebih US $19B. GroupM memberikan kelebihan pasaran yang tiada tandingan kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan juga kakitangannya.
Ketahui lebih lanjut tentang GroupM di www.groupm.com.
Ikuti @GroupMWorldwide melalui Twitter
Ikuti GroupM melalui LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/groupm
Nota untuk editor: Salinan siaran Seluruh Dunia GroupM disediakan mengikut permintaan menerusi maklumat perhubungan di bawah.
Hubungi:
Adam Smith, Pengarah Niaga Hadapan
Adam.Smith@GroupM.com
+44 (0)20 7969 4083
David Grabert, Ketua Pemasaran & Komunikasi
David.Grabert@GroupM.com
+1 212.297.8092
Samantha Kops, Pengurus Kanan Komunikasi Pemasaran
Samantha.Kops@GroupM.com
+1 917.4213019
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151103/283547LOGO