omniture

BSI Perkukuh Kedudukan di Asia Pasifik Dengan Pengambilalihan Neville Clarke

BSI
2017-12-05 10:00 461

LONDON, 5 Disember 2017 /PRNewswire/ -- BSI, sebuah syarikat piawaian perniagaan, hari ini mengumumkan pengambilalihan Neville Clarke, sebuah perniagaan Asia Pasifik yang mengkhusus dalam latihan organisasi dan pembinaan keupayaan. Ini akan menyaksikan Neville Clarke menjadi subsidiari operasi bagi perniagaan Perkhidmatan Profesional BSI dan akan beroperasi dengan nama, "BSI Neville Clarke – Syarikat Perkhidmatan Profesional BSI".

Neville Clarke melengkapi strategi BSI untuk menawarkan pilihan perkhidmatan latihan yang lebih luas dalam pasaran ASEAN. Ia meningkatkan tawaran produk BSI dengan meluaskan pilihan kursus latihan dan harta intelek dalam tiga bidang utama: Jaminan, Penglibatan dan Prestasi, di peringkat serantau dan pada masa depan di peringkat global.

Pengambilalihan Neville Clarke meluaskan pengaruh BSI dan kebolehskalaan latihan serta perkhidmatan pembinaan keupayaan[1] berkaitan menerusi penambahan 150 kakitangan dan pejabat di sekitar Singapura, Malaysia, Indonesia dan juga Filipina. Pelaburan ini turut memberikan BSI dengan penembusan pasaran ke dalam pasaran Filipina yang pantas berkembang.

Howard Kerr, Ketua Eksekutif di BSI berkata: "Selama beberapa tahun, strategi kami adalah untuk membina skala yang kritical dalam pasaran ASEAN. Pengambilalihan Neville Clarke membolehkan kami melaksanakan tujuan ini bukan hanya dengan meluaskan pengaruh kami di rantau ini tetapi juga dengan mengukuhkan kepakaran latihan kami serta tawaran produk untuk pelanggan kami."

David Horlock, Pengarah Urusan Asia Pasifik di BSI mengulas: "Neville Clarke memberikan kami peluang-peluang pertumbuhan serta merta di Asia Pasifik dan terus mengukuhkan komitmen BSI terhadap pasaran ASEAN. Neville Clarke mempunyai reputasi yang mantap dan telah lama bertapak di rantau tersebut dengan pelbagai pelanggan daripada pihak kerajaan, pelanggan antarabangsa dan pelanggan bereputasi tinggi yang mencakupi sektor-sektor pembuatan, kewangan, penjagaan kesihatan, teknologi, makanan dan automotif."

"Penambahan pasukan profesional Neville Clarke, harta intelek mereka dan kepakaran teknikal digabungkan dengan jenama BSI yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta perkhidmatan yang lebih luas akan membantu membuka kunci kecemerlangan untuk pelanggan kami. Pengambilalihan ini turut menyediakan peluang-peluang pembangunan profesional dan peningkatan kerjaya untuk pakar-pakar teknikal Neville Clarke. Saya berbesar hati kerana pasukan kepimpinan Neville Clarke akan menyertai pasukan BSI."

Alan Russell, Pengarah di Neville Clarke berkata: "Lembaga Neville Clarke berbesar hati dengan pengambilalihan Neville Clarke oleh BSI. Reputasi yang mantap dan nilai-nilai kedua-dua syarikat menjadikannya satu gabungan hebat dan akan mewujudkan masa depan yang terjamin menerusi peluang-peluang lebih besar untuk kakitangan kami yang amat komited dan juga para pelanggan mereka."

Kerr menyimpulkan: "Selama lebih sepuluh tahun BSI telah memperluas kumpulan pelanggan kami secara semula jadi, meningkatkan kehadiran global dan meluaskan tawaran portfolio kami agar sepadan dengan keperluan perniagaan masa kini. Pengambilalihan ini memperkukuh komitmen kami untuk menggalakkan Ketahanan Organisasi dalam kalangan pelanggan kami. Demi memastikan kami kekal menjadi organisasi yang berdaya tahan – organisasi yang tangkas, adaptif, mantap dan berdaya saing – kami mempunyai cita-cita yang lebih tinggi terhadap pertumbuhan yang turut melibatkan pengambilalihan berkualiti seperti Neville Clarke."

Terma-terma pengambilalihan tidak didedahkan. 

Nota untuk Editor:  

 [1]Pembinaan Keupayaan ialah hasil gabungan antara perkhidmatan latihan dan sokongan, seperti analisis-jurang, demi memastikan pelanggan mempunyai kemahiran dan keupayaan yang diperlukan untuk melaksanakan perubahan yang menjurus kepada prestasi yang lebih baik.

Mulai hari ini, Neville Clarke akan beroperasi di bawah nama BSI Neville Clarke – Syarikat Perkhidmatan Profesional BSI dan akan mengguna pakai logo baharu seperti di bawah:

Latar Belakang BSI   

BSI (Institusi Piawaian British) ialah syarikat piawaian perniagaan yang melengkapkan perniagaan-perniagaan dengan penyelesaian yang diperlukan untuk mengubah piawaian amalan terbaik menjadi tabiat kecemerlangan. Ditubuhkan pada tahun 1901, BSI merupakan Badan Piawaian Kebangsaan pertama dunia dan ahli pengasas Organisasi Antarabangsa untuk Pemiawaian (ISO). Lebih seabad kemudian, ia terus memudahkan peningkatan perniagaan dan ketahanan organisasi di seluruh dunia dengan membantu pelanggan-pelanggannya memacu prestasi, mengurus risiko dan berkembang secara mampan melalui penggunaan piawaian sistem pengurusan antarabangsa, yang kebanyakannya berasal daripada BSI. Terkenal dengan lambang kecemerlangannya termasuk BSI Kitemark yang diiktiraf oleh pengguna, pengaruh BSI mencakupi pelbagai sektor dengan tumpuan khusus terhadap Aeroangkasa, Automotif, Persekitaran Binaan, Makanan, Penjagaan Kesihatan dan juga IT. Menerusi 81,000 pelanggan di 181 negara, BSI ialah sebuah organisasi yang mana produk dan perkhidmatannya menginspirasi kecemerlangan seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://www.bsigroup.com

Latar Belakang Neville Clarke  

Neville Clarke ('NC') ditubuhkan pada tahun 1988 dan diambil alih oleh Pera pada tahun 1996 sebagai cabang latihan antarabangsa bagi syarikat perunding pengurusan dan teknologi antarabangsa yang beribu pejabat di UK, Pera. Mulai tahun 2009, Neville Clarke melalui proses MBO, dan secara operasinya beribu pejabat di Singapura, selain turut berada dalam pasaran tersebut bersama-sama Indonesia, Malaysia dan Filipina. Ia menggaji seramai 150 kakitangan dalam sejumlah 7 pejabat. Perniagaan utamanya menyediakan latihan dan 'pembinaan keupayaan' dalam sistem pengurusan antarabangsa (iaitu piawaian ISO yang diiktiraf) dan kemahiran-kemahiran berkaitan (iaitu Kaizen, Six-Sigma dsb.) untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa di rantau tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: http://www.nevilleclarke.com

Source: BSI
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion