omniture

Alat Robotik Pembedahan Bersaiz Kecil Tingkatkan Kemungkinan Intervensi Pembedahan

MMI Srl
2017-12-05 18:49 650

CALCI, Itali, 5 Disember 2017 /PRNewswire/ --

MMI S.r.l. Perkenal Pergelangan Tangan Robotik Terkecil Dunia

Medical Microinstruments S.r.l. (MMI), pembangun bagi penyelesaian robotik baharu bagi memenuhi keperluan perubatan yang tidak dipenuhi, hari ini memperkenalkan platform robotiknya yang direka khas untuk mikropembedahan terbuka. Platform ini membolehkan pakar bedah mengawal dua mikroinstrumen bersendi kecil yang memudahkan prosedur pembentukan semula selepas mengalami kecederaan traumatik serta penyingkiran tumor daripada tisu lembut dan tulang, selain menawarkan potensi kadar kejayaan pembedahan dan keputusan pesakit yang lebih baik.

generated by system

Video - https://www.youtube.com/watch?v=CTg262fMap0

Alat-alat MMI dilengkapi dengan pergelangan tangan bersendi terkecil dengan diameter luar berukuran 3-milimeter dan bahagian hujung dengan kelebaran 150 mikron. Pergelangan tangan tersebut adalah penting untuk menjalankan mikropembedahan robotik dalam persekitaran klinikal sebenar dan membolehkan manipulasi mudah terhadap sutur bersaiz kecil, daripada saiz 9-0 hingga 12-0.

"Hasil penggunaan bahan-bahan canggih dan proses mikrofabrikasi baharu, kami dapat mereka bentuk pergelangan tangan bersendi paling kecil demi menyediakan ketangkasan alat yang unik serta ketepatan robotik kepada pakar bedah mikropembedahan," kata Massimiliano Simi, Pengasas Bersama dan Naib Presiden R&D.

Pakar bedah mengendalikan mikroinstrumen sambil duduk di sebelah katil pembedahan dan melihat melalui mikroskop pembedahan. Platform robotik MMI merakam pergerakan tangan pakar bedah dan gerakan yang dikecilkan saiznya dilaksanakan pada mikroinstrumen.

"Kami membangunkan teknologi rintis ini bersama pakar bedah mikropembedahan bermula daripada konsep produk dan maklum balas serta respons positif yang kami terima sepanjang proses amat menggalakkan dan membantu kami untuk percaya bahawa kami berada pada landasan yang betul untuk membangunkan robot oleh dan untuk pakar bedah mikropembedahan," kata Hannah Teichmann, Pengasas Bersama dan Naib Presiden Klinikal.

Prof. Marco Innocenti, Ketua Mikropembedahan Plastik dan Rekonstruktif di Careggi University Hospital, Florence yang juga Penasihat Klinikal MMI, yang membentangkan kerja-kerja praklinikal dengan robot MMI pada Kongres Persatuan Mikropembedahan Rekonstruktif Dunia kali ke-9 di Seoul, termasuk anastomosis robotik arteri 0.35mm berkata:

"Pada pandangan saya, platform robotik MMI akan terus memajukan bidang mikropembedahan dan melangkaui keupayaan tangan manusia, dan oleh yang demikian membolehkan lebih ramai pakar bedah menjalankan prosedur yang lebih rumit, dan turut membolehkan mikropembedahan super, seperti pembentukan semula limfa, yang dilakukan oleh mereka yang lebih berkepakaran,."  

Presiden dan Pengasas Bersama MMI, Giuseppe Maria Prisco, menganggarkan potensi peluang pasaran tahunan adalah bernilai kira-kira $2.5 bilion.

Pautan berkaitan:  

http://www.mmimicro.com

Tonton video syarikat melalui http://www.mmimicro.com/mmi-video

Latar Belakang:  

Medical Microinstruments S.r.l. (MMI), ditubuhkan pada tahun 2015, terletak di Calci (PI), Itali. Misi syarikat adalah untuk membantu lebih ramai pakar bedah seluruh dunia menawarkan prosedur yang lebih canggih, dan dalam masa yang sama mengurangkan kos untuk pesakit, hospital dan masyarakat secara keseluruhannya.

Hubungi:
Vanya Petrova
Pengurus Perhubungan
vanya.petrova@mmimicro.com 
+39-348-5441025

 

Source: MMI Srl
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services