omniture

Silinder Hidraulik XCMG Cipta Rekod Baharu dengan 9,500 Jam Bekerja Tanpa Henti

XCMG
2017-12-05 19:26 540

PILBARA, Australia, 5 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Silinder hidraulik untuk mesin pengorek muatan besar yang dibangunkan oleh XCMG Hydraulics Co., Ltd melaporkan tempoh kerja secara berterusan selama 9,500 jam di Wilayah Pilbara, Australia, memecahkan rekod terdahulu 5,000 jam menerusi prestasi luar biasanya dalam pelbagai keadaan.

"Sehinggalah baru-baru ini, komponen jentera pembinaan Cina tidak wujud dalam syarikat perlombongan Australia Barat," kata Wang Min, pengerusi XCMG. "Kami berusaha untuk menguasai teknologi-teknologi komponen teras untuk memberi kelebihan utama kepada produk kami dalam pasaran. Silinder hidraulik kami kini menjadi peneraju dalam industri menerusi kualiti kecemerlangan yang mengungguli jenama-jenama utama antarabangsa yang lain."

"Sektor komponen teras XCMG dilengkapi sepenuhnya untuk menyediakan penyelesaian sistem hidraulik dan transmisi bersepadu demi memenuhi keperluan pelanggan kami. Kami akan menumpu pada pengukuhan usaha penyelidikan & pembangunan (R&D) kami untuk menginovasi dalam lebih banyak bidang termasuk aplikasi bahan baharu dan jaminan kualiti bagi mencabar yang terbaik daripada yang terbaik," kata Wang.

Rangkaian produk luas XCMG Hydraulics kini menyediakan seluruh penyelesaian khusus untuk pelbagai jentera berat yang terbukti anjal dan andal. Silinder minyak untuk kren muatan besar juga merupakan produk dominan daripada XCMG Hydraulics. Teknologi sekatan hubungan segerak yang dibangunkan sendiri dan mempunyai empat silinder ini merupakan pemegang rekod bagi komponen muatan terbesar Asia.

XCMG Hydraulics turut mencapai pengeluaran tersuai kelompok kecil melalui pembaharuan dan penaiktarafan, memendekkan tempoh kitar pengeluaran-penyerahan daripada enam bulan menjadi empat minggu, di samping menjamin kualiti yang tekal dan kestabilan yang lebih baik sehingga 50 peratus.

Didorong oleh inovasi, XCMG memperlihatkan keputusan yang konsisten dalam penyelidikan dan pembangunan komponen teras. XCMG Drivetrain, sebuah subsidiari yang pakar dalam penghasilan komponen-komponen termasuk transmisi, penukar kilasan dan bekas pemindahan, membangunkan sendiri dan mengeluarkan panel kawalan elektrik siri MYF dan gandar pemanduan basah siri WA, satu-satunya produk transmisi canggih yang digunakan secara meluas dan disahkan oleh pasaran China.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 177 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Keywords: Auto Machinery Mining Oil/Energy Transportation