![]() |
SIMI VALLEY, California, 6 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Airborne Wireless Network (OTC QB: ABWN) hari ini mengumumkan bahawa sebagai persiapannya menjelang Ujian Penerbangan Radio Hibrid dan Komunikasi Laser akan datang, Mynaric (dahulunya Vialight Communications), mengaturkan penghantaran dua terminal laser penerbangan dan komponen-komponen berkaitan ke ABWN menurut Perjanjian Perkhidmatan Rekaan dan Pembuatan yang berkuat kuasa pada 11 Ogos 2017.
Penghantaran yang telah disahkan itu akan membolehkan ABWN menjalankan fasa ujian yang seterusnya, bagi melaksanakan ujian dua pesawat yang menggunakan dua pesawat Cessna atau yang serupa (Ujian Cessna). Ujian Cessna dibangunkan menerusi ujian konsep bukti penerbangan ABWN yang berjaya pada Mei 2017 yang dijalankan di Roswell, New Mexico, yang menggunakan dua pesawat Boeing 767 dan berjaya menunjukkan kebolehan pesawat yang dilengkapi dengan Infinitus Super Highway™ untuk bertindak sebagai pengulang/penghala bawaan udara bagi menghantar dan menerima isyarat jalur lebar daripada satu pesawat kepada pesawat yang lain. Ujian konsep bukti penerbangan juga berjaya menunjukkan komunikasi pesawat-kepada-darat, komunikasi darat-kepada-pesawat, dan komunikasi pesawat-kepada-pesawat-kepada-darat-dan-balik.
Michael Warren, Ketua Pegawai Eksekutif ABWN, berkata, "Kolaborasi kami bersama Mynaric untuk Ujian Cessna kami yang akan datang menyediakan langkah penting untuk memulakan Sistem Radio Hibrid dan Komunikasi Laser proprietari kami dan membolehkan kami mara lebih hampir kepada pengkomersialan Infinitus Super Highway™ kami. Kami berharap demonstrasi ini akan mengesahkan kadar data antara dua platform bawaan udara yang sebelum ini tidak mungkin terlaksana dari segi teknologi."
"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Airborne Wireless Network dalam pencapaian penting ini untuk akhirnya merealisasikan status operasi penuh Infinitus Super Highway™," kata Dr. Markus Knapek, Ahli Lembaga Mynaric.
Melalui permohonan paten pada 25 Julai 2017, ABWN ingin mendapatkan hak-hak eksklusif berhubung kaedah penyegerakan pautan laser antara pesawat dalam penerbangan untuk digunakan dalam teknologi Infinitus Super Highway™ proprietarinya. ABWN akan menggunakan kaedah ini sebagai panduan untuk berusaha meningkatkan kelajuan penghantaran data dengan ketara untuk Infinitus Super Highway™ yang dirancang daripada ABWN.
Terminal Laser Penerbangan Mynaric digunakan untuk Ujian Cessna ABWN akan menguji gangguan pautan laser untuk mengesahkan lagi Sistem Radio Hibrid dan Komunikasi Laser ABWN. Ujian Cessna direka untuk membuktikan pautan laser bawaan udara "penyegerakan kendiri" dan "pemulihan kendiri" adalah sesuai dan praktikal. Pada masa kini, ABWN menjangkakan ia akan berupaya menjalankan Ujian Cessna dan ujian bawaan udara lebih besar yang melibatkan sehingga 20 pesawat komersial sepanjang tahun 2018. Sekiranya berjaya, ABWN akan berusaha menyelesaikan pembangunan perkakasan dan perisian bagi melancarkan Infinitus Super Highway™.
Latar Belakang Mynaric
Mynaric (dahulunya Vialight Communications) ialah pengeluar bagi teknologi komunikasi laser yang digunakan untuk menyediakan rangkaian komunikasi dinamik di udara dan angkasa. Produk penghantaran data tanpa wayarnya termasuk stesen darat dan terminal laser, yang membolehkan kuantiti data yang amat tinggi dihantar secara tanpa wayar pada jarak yang jauh dengan kelajuan tinggi.
Baru-baru ini, Mynaric menyelesaikan IPO bagi mengumpul lebih € 27 (USD 30) Juta. Mynaric diniagakan dalam Bursa Saham Frankfurt di bawah ISIN DE000A0JCY11 | simbol M0Y
Untuk maklumat lanjut layari: www.mynaric.com
Latar Belakang Airborne Wireless Network
Syarikat ini berhasrat untuk mewujudkan rangkaian tanpa wayar bawaan udara jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menghubungkan pesawat komersial yang sedang dalam penerbangan, dikenali sebagai Infinitus Super Highway™. Syarikat menjangkakan setiap pesawat yang mengambil bahagian dalam rangkaian Infinitus Super Highway™ akan bertindak sebagai pengulang atau penghala bawaan udara, menghantar dan menerima isyarat jalur lebar dari stesen dalam penerbangan dan darat, mewujudkan lebuhraya super maklumat digital di ruang angkasa. Syarikat ini berharap agar rangkaian Infinitus Super Highway™ menjadi saluran internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi untuk meningkatkan liputan dan keterhubungan. Syarikat tidak berhasrat untuk menyediakan liputan pelanggan runcit kepada pengguna akhir, tetapi, sebaliknya, bertindak sebagai pengangkut borong dengan pelanggan sasaran, seperti penyedia perkhidmatan internet dan telekomunikasi.
Kini, keterhubungan di dunia dapat dicapai dengan menggunakan satelit, kabel dasar laut dan gentian berpangkalan di darat, antara sumber-sumber lain. Syarikat percaya bahawa Infinitus Super Highway™ Syarikat boleh menjadi penyelesaian untuk mengisi kelompongan keterhubungan dunia dan juga meningkatkan fungsi keterhubungan dunia. Sebaik sahaja rangkaian Infinitus Super Highway™ dibangunkan dan dilaksanakan sepenuhnya, ia mampu menyediakan keterhubungan berkos rendah dan berkelajuan tinggi ke kawasan luar bandar, negara-negara kepulauan, kapal-kapal di laut, pelantar minyak, pesawat komersial dan persendirian yang sedang dalam penerbangan, selain penyedia perkhidmatan internet dan juga penyedia telekomunikasi.
Untuk maklumat lanjut layari: www.airbornewirelessnetwork.com
Notis Berhubung Kenyataan Jangkaan:
Hebahan ini mengandungi "kenyataan jangkaan" mengikut pengertian peruntukan perlindungan selamat Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat 1995. Semua kenyataan selain kenyataan-kenyataan berkaitan sejarah atau fakta-fakta semasa yang terkandung dalam siaran ini, termasuk kenyataan-kenyataan berhubung keputusan operasi masa depan kami dan kedudukan kewangan, strategi perniagaan, cadangan produk dan perkhidmatan baharu, kos penyelidikan dan pembangunan, pemberian kelulusan kawal selia, masa dan kemungkinan kejayaan, rancangan dan objektif pengurusan untuk operasi masa depan dan keputusan masa depan bagi produk dan perkhidmatan yang dijangkakan, merupakan kenyataan jangkaan. Dalam beberapa keadaan, kenyataan jangkaan boleh dikenal pasti melalui istilah-istilah seperti "mungkin, "bakal", "jikalau", "mengharapkan", "merancang", "menduga", "boleh", "akan", "berhasrat", "menyasarkan", "mengunjurkan", "bercadang", "percaya", "menganggarkan", "meramalkan", "berpotensi" atau "terus" atau bertentangan dengan istilah-istilah ini atau ungkapan yang sama. Kenyataan-kenyataan ini adalah berdasarkan kepercayaan dan jangkaan semasa berhubung pengurusan Syarikat dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang jelas. Sekiranya andaian tersirat terbukti tidak tepat atau ketidaktentuan berlaku, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan.
Risiko dan ketidaktentuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, prestasi kewangan kami, termasuk sejarah kerugian operasi kami; kebolehan kami mendapatkan pembiayaan tambahan untuk meneruskan operasi kami; kebolehan kami untuk membangunkan dan mengkomersialkan Infinitus dengan jayanya; kebolehan kami memeterai perjanjian bersama syarikat-syarikat penerbangan komersial yang membenarkan kami memasang peralatan pada pesawat mereka; perubahan dalam persekitaran kawal selia Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang mana kami bercadang untuk beroperasi; kebolehan kami untuk menarik dan mengekalkan pengurusan utama dan kakitangan lain; persaingan daripada peserta pasaran baharu; kebolehan kami mengenal pasti dan meneruskan pembangunan produk-produk berkaitan; dan risiko-risiko, ketidaktentuan dan andaian yang disebutkan dalam pemfailan yang kami lakukan bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Kenyataan-kenyataan jangkaan ini adalah benar setakat tarikh siaran ini dan kami tidak merancang untuk mengemas kini secara umum atau menyemak mana-mana kenyataan jangkaan yang terkandung dalam siaran ini, sama ada disebabkan oleh sebarang maklumat baharu, peristiwa akan datang, perubahan keadaan atau sebaliknya.
Hubungi:
info@airbornewirelessnetwork.com +1-805-583-4302
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/508284/Airborne_Logo.jpg