omniture

Laporan Generasi Muda Perniagaan Keluarga Cina Disiar di Beijing

LKK Health Products Group
2017-12-06 09:37 817

BEIJING, 6 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Biarpun masih terdapat pelbagai halangan dan kesukaran bagi menuju kejayaan, generasi muda daripada perusahaan keluarga Cina telah mula meninggalkan impak dalam ekonomi pasaran. Pada 4 Disember, Laporan Generasi Muda Perniagaan Keluarga Cina ("Laporan") disiarkan di Beijing, sebagai lensa bagi membantu memahami idea dan status kumpulan yang unik ini. Laporan ini disiapkan melalui kolaborasi antara beberapa institusi penyelidikan, termasuk Pejabat Penyelidikan Persekutuan Industri dan Perdagangan Seluruh-China (ACFIC), Jawatankuasa Perusahaan Keluarga bagi Persatuan Penyelidikan Ekonomi Persendirian China dan juga Keluarga Lee Kum Kee.

En. Sammy Lee, Pengerusi LKK Health Products Group berucap dalam persidangan
En. Sammy Lee, Pengerusi LKK Health Products Group berucap dalam persidangan

Laporan tersebut menyentuh tentang usahawan-usahawan muda yang telah selesai atau melangkah ke dalam proses penggantian; mereka yang belum mewarisi tetapi dididik untuk menjadi pewaris; dan mereka yang memulakan perniagaan mereka sendiri dan tidak terlibat dalam perusahaan milik keluarga mereka. Laporan tersebut berusaha untuk menonjolkan generasi muda bagi perusahaan keluarga dengan cara yang jujur, objektif dan komprehensif.

Laporan Generasi Muda Perniagaan Keluarga Cina
Laporan Generasi Muda Perniagaan Keluarga Cina

"Pada ketika ini, perusahaan keluarga menyumbang sebanyak 80% daripada perusahaan persendirian di China dan kebanyakan usahawan yang memulakan perniagaan mereka pada peringkat awal reformasi dan keterbukaan China kini telahpun lanjut usia," kata En. Zhuang Congsheng, mantan Timbalan Pengerusi ACFIC dan Pengerusi Persatuan Penyelidikan Ekonomi Persendirian China. "Sama ada generasi muda boleh mengambil alih dengan lancar akan menentukan masa depan perusahaan keluarga Cina dengan ketara, dan pastinya memberi pengaruh penting kepada pembangunan ekonomi China yang mampan dan mantap dalam tempoh jangka panjang."

Jawatankuasa Perusahaan Keluarga bagi Persatuan Penyelidikan Ekonomi Persendirian China menyiarkan siri laporan "pembangunan", "tanggungjawab sosial korporat" dan "pewarisan" berhubung perniagaan keluarga Cina masing-masing pada tahun 2011, 2013 dan 2015. Laporan ini menumpu pada usahawan "generasi muda" yang berprofil tinggi dan bertujuan untuk membantu mereka meneroka dan menilai amalan yang inovatif serta pengalaman yang membuahkan kejayaan dari perspektif yang menggabungkan antara teori dan amali, dan oleh yang demikian menggalakkan proses pewarisan yang baik dan pembangunan mampan bagi perusahaan keluarga Cina.

Laporan tersebut mengandungi tiga bab. Bab I mencakupi satu laporan kebangsaan dan tujuh sublaporan tentang keadaan di Shanghai, Jiangsu, Zhejiang, Shandong, Hubei, Guangdong dan Sichuan. Bab II mengandungi kajian-kajian kes berperwakilan terhadap 34 usahawan daripada generasi lebih muda. Dengan menumpu pada topik utama proses pertukaran tampuk pimpinan untuk perusahaan dan budaya yang berkaitan, ia menjelaskan bagaimana mereka memilih sama ada untuk mewarisi atau memulakan perniagaan mereka sendiri selain perjalanan psikologi pada ketika itu. Bab III ialah pengenalan ringkas terhadap 108 organisasi milik usahawan lebih muda di seluruh dunia.

"Golongan belia adalah 'baharu' dan 'bersemangat'," kata En. Sammy Lee, anggota generasi keempat Keluarga Lee Kum Kee dan Pengerusi LKK Health Products Group. "Keusahawanan Berterusan" terpahat dalam jiwa Keluarga Lee Kum Kee. Dari segi tadbir urus, kami menubuhkan jawatankuasa keluarga atas dasar 'rawatan pencegahan penyakit', yang mengambil langkah-langkah pencegahan, dan memandang jauh ke hadapan dari segi pembangunan jangka panjang keluarga dan perusahaannya. Kami berharap kisah-kisah Keluarga Lee Kum Kee selain kajian-kajian kes yang lain dalam Laporan tersebut dapat difahami oleh lebih ramai orang, dan dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mara ke hadapan, khususnya berkaitan dengan inovasi dan cita-cita."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171204/2006185-1-a 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171204/2006185-1-b

 

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Survey, Polls & Research