omniture

500,000 Lesen Pemandu Biometrik Baharu Sebulan

Dermalog Identification Systems GmbH
2017-12-06 18:00 696

MANILA, Filipina, 6 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Tepat 3 bulan lalu, LTO Pejabat Pengangkutan Darat Filipina mula mengeluarkan lesen pemandu biometrik baharu yang pertama di Metro Manila. Kini, dengan pelancaran sistem seluruh negara yang berjaya diselesaikan, LTO mengeluarkan 500,000 lesen sebulan. DERMALOG, peneraju inovasi Jerman dalam segmen biometrik, membekalkan kad-kad dan juga sistem berkenaan.

generated by system

Penolong Setiausaha Edgar Galvante LTO berkata: "Kami gembira kerana sistem baharu ini dapat menggantikan timbunan lesen pemandu perantaraan berasaskan kertas lama dengan amat pantas dan berkesan. LTO yakin keseluruhan kertas tertangguh ini akan diselesaikan sehingga April 2018."

Ketua Pegawai Eksekutif DERMALOG Günther Mull menyatakan: "Kami berbangga tempoh masa LTO yang singkat dapat dipenuhi. Sistem ini beroperasi selepas 4 bulan dan – dengan bantuan LTO – pelancaran seluruh negara telah selesai dalam tempoh 3 bulan selepas itu di seluruh 257 lokasi."

Dengan 32 ciri keselamatan dan biometrik cap jarinya, lesen tersebut kini merupakan kad pengenalan yang paling selamat di Filipina. Cap jari bagi setiap pemohon diperiksa secara automatik pada pangkalan data pusat LTO. Sistem Pengenalan Cap Jari Automatik (AFIS) DERMALOG mengelakkan berlakunya identiti berganda. Lebih 20 percubaan untuk mendapatkan lesen pemandu kedua di bawah nama berbeza telah dihalang oleh AFIS DERMALOG pada fasa awal.

Biasanya tempoh pengeluaran kad, bermula daripada pendaftaran kepada pencetakan mengambil masa kurang daripada 10 minit. Namun begitu, "pencetakan" bukanlah perkataan yang tepat. Data kini diukir menggunakan mesin pengukir laser pada bahan kad, yang menjamin tiada pemadaman berlaku dan mencegah daripada sebarang pengubahan. Selain itu, kad-kad baharu boleh bertahan sehingga 10 tahun lamanya.

Maklumat perhubungan media:
DERMALOG Identification Systems GmbH
Sven Bockler
Perhubungan Akhbar
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman
Tel.: +49 (40).413-227-0
Faks: +49 (40).413-227-89
E-Mel: info@dermalog.com

Source: Dermalog Identification Systems GmbH
Keywords: Auto Biotechnology Health Care/Hospital Transportation New products/services