omniture

Adyen Lancar WeChat Pay Melalui Terminal Titik-Jualan Proses Pembayaran Untuk 400 Juta Pengguna Cina

Adyen
2017-12-08 07:00 597

Saat Tepat Untuk Musim Cuti Beli Belah, Adyen Kini Tawar Tiga Penyedia Pembayaran Terbesar China melalui Terminal Titik-Jualan Seluruh Dunia  

AMSTERDAM, 8 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Adyen, platform pembayaran pilihan untuk syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia, hari ini memperkenalkan WeChat Pay, salah satu aplikasi pembayaran mudah alih yang paling popular di China, membolehkan peniaga Adyen menawarkan WeChat Pay pada terminal titik-jualan (POS) di seluruh dunia. Ini merupakan tambahan penting kepada penyelesaian perdagangan seragam Adyen. Sejak tahun 2016, pengguna berupaya membeli barangan secara dalam talian menggunakan WeChat Pay melalui platform Adyen; kini, mereka dapat melakukan perkara yang sama dalam kedai konvensional.

Penambahan WeChat Pay menandakan bahawa peniaga Adyen kini boleh menerima bayaran daripada tiga penyedia pembayaran terbesar China, termasuk Alipay daripada Alibaba dan China UnionPay (UPI). WeChat mempunyai seramai 1.3 bilion pengguna, 400 juta daripada mereka menggunakan WeChat Pay sama ada untuk membayar rakan (pembayaran P2P) atau membeli produk.

"Kami berasa teruja untuk mengumumkan bahawa kini Adyen menyediakan ketiga-tiga kaedah pembayaran Cina utama melalui terminal POS pelanggan kami di seluruh dunia," kata Roelant Prins, ketua pegawai komersial, Adyen. "Keupayaan ini membolehkan peniaga kami memenuhi kehendak kumpulan pelanggan yang amat penting dan besar ini ketika mereka berkunjung ke luar negara. Selepas berlangsungnya jualan Hari Bujang yang memecah rekod pada November lalu, pencarian cara yang membolehkan pengguna Cina membuat pembelian menggunakan kaedah pembayaran pilihan mereka menjadi semakin penting berbanding sebelumnya kepada para peniaga."

Kuasa membeli baharu China didorong oleh beberapa trend utama:

  • Pengguna Cina idamkan barangan mewah – pengguna Cina bertanggungjawab terhadap sehingga separuh daripada jualan jenama mewah seluruh dunia, menurut laporan McKinsey. Tahun ini, diunjurkan bahawa pembeli rentas sempadan di China akan membelanjakan purata $473.26 pada setiap belian rentas sempadan, yang mewakili 4.2 peratus daripada jumlah pasaran e-dagang runcit. Hal ini dijangka bersamaan dengan $85.76 bilion pada tahun 2017.
  • Pengguna Cina merupakan pembeli global – faktor ini menjurus kepada pembelian rentas sempadan. Menjelang tahun 2022, Forrester meramalkan e-dagang rentas sempadan meningkat sebanyak 20 peratus, mencecah $630 bilion, dengan China menerajui peningkatan ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Adyen, sila layari www.adyen.com.

Latar Belakang Adyen
Adyen ialah platform pembayaran pilihan untuk syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia. Satu-satunya penyedia bagi infrastruktur hujung-ke-hujung moden yang menghubungkan terus kepada Visa, MasterCard, serta kaedah pembayaran pilihan pengguna seluruh dunia, Adyen menyediakan kaedah pembayaran dalam talian, mudah alih dan dalam kedai yang lancar. Mempunyai pejabat-pejabat di seluruh dunia, Adyen berkhidmat kepada lebih 4,500 perniagaan, termasuk 8 daripada 10 syarikat Internet terbesar di A.S. Para pelanggannya terdiri daripada Facebook, Uber, Netflix, Spotify, Casper, Bonobos dan juga L'Oreal.

Perhubungan Akhbar:
Adyen
Dave Pedersen
dave.pedersen@adyen.com

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/615900/Adyen_Logo.jpg

Source: Adyen
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Licensing/marketing agreements