omniture

Thuraya Menang Anugerah Pengendali Satelit Terbaik Tahunan Telecom Review

Thuraya Satellite Telecommunications Company
2017-12-08 20:06 654

DUBAI, UAE, 8 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Thuraya, penyedia utama bagi komunikasi satelit mudah alih, menerima satu lagi anugerah tahun ini. Disampaikan oleh Telecom Review sempena 'Sidang Kemuncak It's All About Smart Networking' tahunan kali kesembilan di Dubai, Anugerah Pengendali Satelit Terbaik Tahunan ini diterima oleh Ahmed Al Shamsi, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Thuraya.

generated by system

Memenangi anugerah buat kali ketiga dan tahun kedua berturut-turut, Thuraya menerima bilangan undi terbanyak daripada panel bebas yang terdiri daripada golongan veteran industri yang berpengalaman daripada arena syarikat telekomunikasi, arena vendor telekomunikasi/ICT dan arena pelaburan-perbankan ICT.

Kemenangan ini menyimpulkan prestasi cemerlang Thuraya sepanjang tahun lalu yang turut menyaksikan kami memenangi kategori "Inovasi Komunikasi Satelit Mobiliti Darat Terbaik" menerusi Anugerah Persatuan Pengguna Satelit Mudah Alih (MSUA) 2017 dan Pengendali MSS Terbaik Tahunan menerusi Anugerah Selevision SatellitePro. Ahmed Al Shamsi berkata: "Ini merupakan detik-detik yang penting buat kami di Thuraya memandangkan kami berjaya mengekalkan beberapa kemenangan tahun ini. Dalam usaha kami untuk mengekalkan status sebagai pengendali satelit paling inovatif, kami akan terus membawakan pilihan yang lebih hebat dan kefleksibelan kepada pengguna dan tatkala kami melangkah menuju tahun 2018, kami yakin dan berasa teruja dengan apa yang bakal menantikan Thuraya."

Ketua Pegawai Eksekutif Trace Media International, Toni Eid berkata: "Kami berbangga untuk menyampaikan Thuraya dengan anugerah yang layak diterima ini. Hebat rasanya dapat melihat sejauh mana syarikat tersebut berkembang maju tahun ini dan kami berharap dapat menyaksikan pencapaian akan datang dan baharu yang mengujakan daripadanya." Mengulas tentang kemenangan tersebut, Rakan Pengurusan Telecom Review dan Ketua Editor Telecom Review Amerika Utara berkata: "Sekali lagi Thuraya membuktikan ia merupakan pelopor bagi industri Komunikasi Satelit (Satcom)."

Tahun ini, Thuraya memperkenalkan beberapa produk dan perkhidmatan baharu termasuk terminal maritim SeaStar Thuraya, Thuraya WE, Satelit dwimod pertama dunia dan hotspot LTE;  Thuraya Aero - platform perkongsian data bawaan udara yang menyediakan sambungan dalam penerbangan ketika menaiki pesawat bersaiz kecil dan sederhana; Thuraya IP M2M untuk sambungan IoT di kawasan-kawasan terpencil dan Thuraya Talk - perkhidmatan Suara melalui IP (VoIP) yang pertama dalam kategorinya yang memberikan pelanggan dengan cara mudah untuk kekal terhubung dan meningkatkan komunikasi untuk kegunaan peribadi serta profesional.

Perkongsian baharu turut dimeterai tahun ini termasuk kerjasama dengan Gulfsat di Kuwait; perkongsian dengan ELSE untuk menyediakan asas rancangan 'gelombang baharu' masa depan dan MoU bersama Huawei untuk melanjutkan ekosistem keselamatan awam.

Source: Thuraya Satellite Telecommunications Company
Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Awards