![]() |
Cole Haan Perkenal Kedai Utama di Central World
BANGKOK, 9 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Star360, peneraju perniagaan kasut di Asia Tenggara, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran kedai utama Cole Haan yang terletak di Central World, destinasi beli belah gaya hidup yang terbesar di Bangkok.
Ditubuhkan pada tahun 1928, Cole Haan ialah jenama Amerika ikonik yang terkenal dengan reka bentuk warisan dan klasik digabungkan dengan teknologi inovatif. Sejak tiga tahun lalu, Cole Haan berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam lebih 40 pasaran baharu di seluruh Asia Pasifik, Amerika Latin, Eropah dan Timur Tengah.
Rekaan dan bahagian dalam kedai ini menampilkan beberapa bilik, yang diinspirasikan oleh susun atur kediaman yang menonjolkan produk-produk gaya hidup baharu yang inovatif daripada jenama ini. Susun atur baharu ini membolehkan lebih banyak kasut dan aksesori dipaparkan dengan elegan.
Berjalan serentak dengan pelancaran kedai baharu ini ialah kempen Extraordinary Women, Extraordinary Stories (Wanita Luar Biasa, Kisah Luar Biasa) Cole Haan Musim Luruh 2017 yang menampilkan ikon-ikon fesyen Christy Turlington Burns dan Karlie Kloss, dipotretkan oleh jurugambar terkenal Cass Bird. Kempen ini menonjolkan wanita-wanita luar biasa ini dan hubungan unik mereka serta keinginan yang sama terhadap perubahan bermatlamat.
Burns dan Kloss kedua-duanya mendapat ilham untuk menukar kejayaan mereka dalam bidang peragaan untuk berusaha mencetuskan impak luar biasa terhadap kehidupan wanita melalui inisiatif masing-masing: Kode with Klossy, memperkasa wanita muda dan kanak-kanak perempuan untuk mempelajari pengekodan selain menjadi pemimpin dalam bidang teknologi, manakala Every Mother Counts, memberi sokongan kepada ibu-ibu seluruh dunia dengan akses kepada penjagaan perbidanan yang penting.
"Kami berbesar hati apabila Star360 bekerjasama dengan kami untuk melancarkan kedai Cole Haan di Thailand ini yang akan terus memberikan pelanggan lebih banyak akses kepada koleksi Cole Haan yang inovatif dan bergaya untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Hal ini selari dengan matlamat kami untuk terus meluaskan dan membolehkan pelanggan bijak kami mendapatkan kasut serta aksesori luar biasa di seluruh Asia Tenggara dan serata dunia," kata Greg Dinges, Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar, Antarabangsa di Cole Haan.
Baru-baru ini, Cole Haan Thailand melancarkan koleksi GrandEvølution Musim Luruh 2017, satu evolusi langsung daripada francais Utama pertama, ØriginalGrand, yang menambah kuasa tarikan serta gaya moden kepada jejalur kulit luar asli. Koleksi-koleksi tambahan termasuk GrandMøtion untuk lelaki, dan koleksi StudiøGrand generasi seterusnya untuk wanita, direka untuk gaya hidup aktif yang mempunyai pelbagai aspek, amat sesuai untuk peralihan dari jalan-ke-studio serta di mana-mana jua antara kedua-duanya.
"Cole Haan ialah peneraju unik dalam kalangan syarikat fesyen dan gaya hidup yang mana kami sentiasa berusaha untuk mencipta atau mencipta semula kasut dan aksesori melalui rekaan yang indah, kejuruteraan berasaskan penyelidikan dan dengan ketelitian yang prihatin terhadap gaya. Sempena pelancaran Koleksi Cole Haan dan keluaran silhuet terkini dalam produk Siri Utama kami, kami mencari dua individu yang sama unik. Apa yang menjadikan Karlie dan Christy cantik bukanlah disebabkan apa yang mereka tampilkan pada kamera; tetapi apa yang mereka pilih untuk lakukan di luar kamera. Menjalani kehidupan luar biasa yang dipenuhi denga tujuan adalah sesuatu persamaan dengan mereka yang boleh dicita-citakan oleh semua orang," kata David Maddocks, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan di Cole Haan.
Koleksi Cole Haan ini disediakan di Central World, Bangkok. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cole Haan dan pilihan lengkap rekaan inovatif serta koleksi luar biasanya, para pelanggan boleh mengunjungi lebih banyak kaunter Cole Haan di Thailand yang terletak di lokasi-lokasi tambahan ini:
COLE HAAN BANGKOK:
Untuk kemas kini selanjutnya, sila layari Cole Haan Thailand melalui https://www.facebook.com/colehaan.th/.
Latar Belakang Cole Haan
Cole Haan LLC, dengan Ibu Pejabat Global yang terletak di Greenland, New Hampshire dan Pusat Kreatif di Bandar Raya New York, ialah jenama aksesori gaya hidup Amerika yang ikonik serta peruncit bagi kasut, beg tangan, aksesori kulit, pakaian luar dan kaca mata premium untuk lelaki dan wanita. Cole Haan berpegang pada komitmennya terhadap ketukangan, gaya yang abadi dan inovasi rekaan. Untuk maklumat lanjut, layari ColeHaan.com dan ikuti @ColeHaan.
Latar Belakang Star 360
Star 360 Holdings Pte Ltd ialah pengedar dan peruncit terkemuka bagi kasut, pakaian serta aksesori sukan dan juga fesyen. Ia juga merupakan pemilik jenama kasut bertaraf global, Masai Barefoot Technology® ("MBT"), yang mengeluarkan kasut fisiologi direkayasa di Switzerland.
Ditubuhkan pada tahun 2000 dan beribu pejabat di Singapura, Star 360 Holdings ialah kumpulan gaya hidup global dengan subsidiari-subsidiari milik penuh dalam 17 pasaran, mewakili lebih 20 jenama premium. Ia memiliki dan mengendalikan lebih 70 kedai khusus dan mengedar ke lebih 12,500 titik jualan seluruh dunia.
| Untuk maklumat lanjut, hubungi Perhubungan Awam AS: |
Untuk maklumat lanjut, hubungi: |
| Kimry Blackwelder, Cole Haan |
Achaya Kunathai, Star360 (Thailand) |
| Telefon: +1 (212) 763-3060 |
Telefon: 089-8948495 |
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/616960/Cole_Haan_Central_World_Storefront.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/616959/Cole_Haan_Central_World_Inside.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/466214/COLE_HAAN_Logo.jpg