omniture

Fullerton Health Umum Masuk ke Pasaran Filipina Melalui Pemerolehan Intellicare Group

Fullerton Health
2017-12-12 10:41 591


SINGAPURA, 12 Disember 2017 /PRNewswire/ - Fullerton Healthcare Corporation Limited (Fullerton Health) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian untuk memperoleh 60% kepentingan dalam Intellicare Group, salah satu penyedia penjagaan terurus terkemuka di Filipina. Filipina merupakan pasaran penting di Asia Pasifik bagi Fullerton Health, disokong oleh pemacu pertumbuhan mendasar yang menarik. Penyelesaian transaksi ini adalah tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat tertentu dan dijangka selesai pada awal tahun 2018.

Intellicare Group ditubuhkan pada tahun 1995 dan secara strategik sejajar dengan wawasan Fullerton Health sebagai penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan utama di Asia Pasifik. Intellicare Group terdiri daripada tiga syarikat: Asalus, sebuah organisasi penyelenggaraan kesihatan ("HMO") yang terlibat dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan terurus melalui program penyelenggaraan kesihatan yang berorientasikan pencegahan yang komprehensif dan sistematik; Avega, penyedia perkhidmatan pentadbiran pihak ketiga kepada korporat serta perusahaan kecil dan sederhana; dan Aventus, satu rantaian sembilan klinik pesakit luar pelbagai kepakaran.

Dr Michael Tan, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fullerton Health, mengulas: "Hari ini merupakan satu kejayaan penting bagi Fullerton Health dan membawa kami ke negara kelapan di Asia Pasifik. Dengan penduduk melebihi 100 juta orang, Filipina menawarkan potensi pertumbuhan yang besar bagi syarikat, dan sinergi potensi antara kedua-dua perniagaan kami, bersama-sama dengan keupayaan operasi dan teknologi, akan membolehkan kami menyampaikan faedah dan perkhidmatan kepada lebih banyak korporat dan pesakit di seluruh negara. Pengambilalihan ini memperkukuhkan strategi kami untuk membangunkan kehadiran di pasaran di rantau ini, dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan Intellicare Group ke dalam keluarga Fullerton Health. "

Mario M. Silos, Pengerusi dan Presiden Intellicare Group, berkata: "Pelaburan oleh Fullerton Health, yang menjadikan mereka pemegang saham majoriti kami, ialah satu perkembangan yang menarik bagi Intellicare Group. Ini akan membolehkan kami memanfaatkan rangkaian luas dan kepelbagaian pengalaman mereka di seluruh Asia Pasifik untuk memastikan bahawa kami menyediakan penjagaan yang paling canggih kepada korporat dan pesakit di seluruh Filipina. Sebagai syarikat HMO yang terkemuka di negara ini, kami komited untuk memimpin bidang penjagaan kesihatan terurus. Fullerton Health berkongsi nilai-nilai kami untuk memastikan penjagaan kesihatan yang cekap, boleh diakses, mampu milik dan penuh belas, dan sinergi yang dihasilkan menerusi pengambilalihan ini akan membolehkan kita melaksanakan setiap nilai ini dan meningkatkan pendekatan inovatif dan holistik bagi penjagaan kesihatan yang terurus."

Maklumat perhubungan Media dan Hubungan Pelabur:

Brunswick Group untuk Fullerton Health
Will Carnwath, Ben Fry
FULLERTONHEALTH@brunswickgroup.com
+65 6426 8188

Intellicare
Jinky R. Recto
jrecto@intellicare.net.ph
789-4000 loc. 3400 / 0917-8493069

J. Romero Advertising untuk Intellicare
Mikhail S. Agcaoili
magcaoili@jromero.com.ph
518-2057 loc. 118 / 0908-8757495

Source: Fullerton Health
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers