omniture

Cambium Networks menangi Anugerah Tanggungjawab Sosial Best In Biz

Cambium Networks
2017-12-12 23:00 343

Pemimpin jalur lebar tanpa wayar diiktiraf oleh program anugerah perniagaan antarabangsa

ROLLING MEADOWS, Illinois, 12 Disember 2017 /PRNewswire/ - Cambium Networks, penyedia penyelesaian rangkaian tanpa wayar terkemuka di dunia, telah dinamakan pemenang Perak dalam kategori Syarikat Paling Bertanggungjawab Sosial Terbaik Tahunan di Anugerah Best in Biz bagi tahun 2017

"Menilai kategori Syarikat Paling Bertanggungjawab Sosial Terbaik Tahunan bagi Anugerah Best in Biz tahun ini hampir menjadi satu perkara yang mustahil. Syarikat-syarikat ini menetapkan piawaian untuk amalan terbaik dalam dunia korporat," kata Gina Jordan, Biro WLRN-Miami Herald News Tallahassee, yang menghakimi program Anugerah Best in Biz buat kali kedua. "Sukar untuk memilih pemenang apabila mereka semua telah melakukan banyak kebaikan, Syabas kepada pemimpin dan pekerja yang membuat impak berbeza yang positif. Syarikat-syarikat yang besar dan kecil akan mendapat manfaat dengan mengikuti contoh mereka."

"Berbakti kepada masyarakat merupakan teras utama syarikat," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Kami berbesar hati kerana diiktiraf dengan anugerah ini. Kakitangan Cambium dapat mengubah kehidupan orang lain di seluruh dunia dengan menyediakan sambungan jalur lebar tanpa wayar, dan menyokong program pendidikan dan keluarga. Membantu orang lain ialah komponen utama identiti kami sebagai Cambium Networks. "

Aktiviti terkini yang dijalankan oleh kakitangan Cambium Networks termasuk:

Latar Belakang Anugerah Best in Biz

Sekarang pada tahun ketujuhnya, Anugerah Best in Biz ialah satu-satunya program anugerah perniagaan yang dinilai oleh panel akhbar dan penganalisis bebas daripada penerbitan tahap tinggi. Daripada Associated Press hingga kepada Wall Street Journal - dan termasuk Businessweek, CNET, Consumer Affairs, Fast Company, Financial Times, Inc., Forbes, Fortune, World Network, Majalah PC, Reuters, San Francisco Chronicle, USA Today, Wired dan banyak lagi – Anugerah Best in Biz setiap tahun diadili oleh mereka yang ternama dalam kalangan wartawan dan editor terkenal daripada penerbitan tahap tinggi. Anugerah Best in Biz adalah unik kerana ia adalah satu-satunya program anugerah perniagaan bebas yang diadili oleh anggota akhbar dan penganalisis industri. www.bestinbizawards.com/about/

Latar Belakang Cambium Networks

Cambium Networks ialah penyedia global terkemuka penyelesaian tanpa wayar yang dipercayai yang menghubungkan mereka yang tidak terhubung - Orang, Tempat dan Benda. Melalui portfolio luas platform jalur sempit dan jalur lebar tanpa wayar yang boleh dipercayai, berskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedial perkhidmatan dan pengendali rangkaian industri, perusahaan dan kerajaan untuk membina sambungan yang mampu milik, boleh dipercayai dan berprestasi tinggi. Syarikat kini mempunyai lebih daripada tujuh juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mempunyai keperluan mendesak di lebih daripada 150 buah negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan dengan pusat R & D di A.S., U.K. dan India, Cambium Networks menjual melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.

Hubungi: Sara Black, + 1-213-618-1501, sara@bospar.com

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/325530/cambium_networks_logo.jpg

 

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Awards Corporate Social Responsibility