Platform kurasi berita yang dikuasakan oleh rantaian blok akan buka jualan token DNN pada 18 Disember 2017.
EDISON, New Jersey, 18 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Platform kurasi berita, Decentralized News Network (DNN) melancarkan fasa pra-jualan tertutup untuk token DNN mereka pada 18 Disember 2017 pada pukul 9:00 pagi (EST). Sebanyak '100 juta' token akan tersedia untuk dijual di sepanjang tempoh ini, dengan fasa tersebut dijangka ditutup pada awal tahun baharu.
"Kami teruja untuk memulakan proses pelancaran fasa penting dalam pembangunan kami sebagai sebuah syarikat dan kami berharap para penyumbang dan penyokong akan mengambil peluang untuk menyertai fasa pra-jualan tertutup kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif DNN, Samit Singh.
DNN akan menerima ether (ETH) dan bitcoin (BTC). Sesiapa yang berminat untuk menyertai pra-jualan tertutup mesti menandatangani perjanjian pra-jualan. Selain itu, sumbangan minimum sebanyak 50 ETH diperlukan.
Para penyumbang boleh menghantar ETH atau BTC ke alamat-alamat yang diberikan kepada mereka oleh pasukan DNN. Para penyumbang mesti menggunakan dompet patuh ERC-20 yang tidak boleh ditukar untuk menerima token. Sebaik urusniaga bukan ETH penyumbang telah disahkan oleh pasukan DNN, token berkadar mengikut nilai sumbangan ETH akan dihantar terus ke dompet mereka.
Untuk sumbangan yang tidak dibuat dalam ETH, purata kadar pertukaran antara mata wang yang disumbangkan dan ETH akan diperolehi menggunakan GDAX, Bitfinex dan Bittrex. Pertukaran ini akan dilakukan sebelum token diperuntukkan. Para penyumbang yang berminat untuk memperoleh lebih daripada €15,000 nilai token DNN, perlu melalui proses Kenali Pelanggan Anda (KYC).
Untuk maklumat lanjut, atau sekiranya berminat untuk memperoleh token DNN semasa pra-jualan, hubungi presale@dnn.media.
Latar Belakang DNN
Decentralized News Network merupakan sebuah platform kurasi berita politik yang bergantung kepada semakan setara, pengesahan fakta, penerbitan, dan penyebaran berita oleh model komuniti. Berita yang boleh dipercayai untuk memberi jawapan kepada anda.
Hubungan Media, Todd Hauptman, Pengurus PR, todd@vanbex.com, +1 604-376-2252