omniture

Wi-SUN Alliance dan DLMS User Association Mulakan Kolaborasi

Wi-SUN Alliance
2017-12-18 20:00 405

Pacu penyelesaian Utiliti Pintar & Bandar-bandar Pintar saling kendali yang lancar

MORGAN HILL, California, 18 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Wi-SUN Alliance dan DLMS User Association telah memulakan kolaborasi untuk memastikan saling kendalian yang lancar bagi penyelesaian yang menghantar aplikasi DLMS/COSEM menggunakan rangkaian komunikasi Wi-SUN.  Sesi kerja bersama dua kumpulan ini diadakan di MSZT (Magyar Szabványügyi Testület, Institut Piawaian Hungary) di Budapest baru-baru ini untuk mencipta skop kerja dan hasil yang akan memberikan daya lanjutan kepada Utiliti Pintar, Bandar Pintar dan perkhidmatan IoT Perindustrian.  Dua organisasi ini melaksanakan memorandum persefahaman untuk usaha ini dalam satu majlis di Minggu Utiliti Eropah 2017 di Amsterdam.

Usaha sama ini termasuk semakan teknikal Buku Biru, Hijau dan Kuning DLMS UA dan Spesifikasi Profil Teknikal Wi-SUN.  Matlamat akhirnya ialah untuk membantu promosi bersama penyelesaian saling kendali yang dijamin menggunakan DLMS/COSEM dan teknologi Wi-SUN bersama-sama.  Kedua-dua organisasi telah membangunkan program pensijilan yang diiktiraf di peringkat dunia yang mantap untuk menyokong matlamat ini.

"Menerusi penyepaduan DLMS/COSEM, protokol permeteran yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, dan Wi-SUN, teknologi komunikasi dengan puluhan juta peranti terhubung, kolaborasi ini mencerminkan langkah besar ke hadapan dalam pelaksanaan global ekosistem terpiawai untuk Utiliti Pintar dan Bandar-bandar Pintar," kata Phil Beecher, Presiden, Wi-SUN Alliance.

"Dengan pemegang kepentingan utama daripada kedua-dua Wi-SUN Alliance dan DLMS UA bekerja bersama-sama, kami akan dapat mengukuhkan lagi proposisi nilai dan model perniagaan bagi mereka yang melaksanakan penyelesaian Utiliti Pintar dan Bandar Pintar.  Ini akan memperluaskan skop DLMS/COSEM sebagai model data komunikasi bebas media yang versatil dan protokol lapisan aplikasi yang beraneka," kata Gyözö Kmethy, Presiden DLMS UA.

Latar Belakang Wi-SUN Alliance

Wi-SUN Alliance ialah persatuan bukan untung global yang berasaskan keahlian yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang meneraju industri.  Misinya ialah untuk memacu proliferasi global penyelesaian tanpa wayar saling kendali untuk kegunaan dalam bandar pintar, grid pintar dan aplikasi Internet Komunikasi Benda yang lain menggunakan piawaian global terbuka daripada organisasi piawaian antarabangsa, seperti IEEE802, IETF, TIA, TTC dan ETSI.  Dengan lebih daripada 170 ahli di seluruh dunia, keahlian Wi-SUN Alliance terbuka kepada semua pemegang kepentingan industri termasuk vendor silicon, vendor produk, penyedia perkhidmatan, utiliti, universiti, perniagaan dan majlis perbandaran serta organisasi kerajaan tempatan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.wi-sun.org.

Wi-SUN Alliance dan logo Wi-SUN Alliance merupakan tanda dagangan Wi-SUN Alliance.

Latar Belakang DLMS User Association

DLMS User Association ialah persatuan pembangunan piawaian bukan untung bebas yang terletak di Zug, Switzerland.  Ia mempunyai lebih 300 ahli di seluruh dunia termasuk utiliti terkemuka, pengilang dan penyepadu sistem. Ia bertanggungjawab untuk galakan dan sokongan global spesifikasi DLMS/COSEM sebagai protokol bagi pertukaran data meter pintar, untuk menggalakkan pasaran pengendalian tenaga, membantu kecekapan tenaga dan meningkatkan kecekapan perniagaan untuk penggiat pasaran tenaga.  Persatuan ini dengan bangganya meraikan ulang tahun ke20nya tahun ini di Minggu Utiliti Eropah 2017 di Amsterdam.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.dlms.com

 

Source: Wi-SUN Alliance
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Wireless Communications Licensing/marketing agreements Not for profit