omniture

Airborne Wireless Network Masuki Perjanjian Sokongan dengan GE Aviation, Unit Perniagaan GE

Airborne Wireless Network
2017-12-18 21:30 466

SIMI VALLEY, California, 18 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Airborne Wireless Network (OTC QB: ABWN) dengan berbesar hati mengumumkan bahawa pada 14 Disember 2017 ia telah memasuki satu Perjanjian Sokongan dengan GE Aviation, salah satu daripada Unit Perniagaan GE (NYSE:GE). ABWN menjangkakan bahawa hubungan ini akan mempercepatkan pembangunan Sistem Radio Hibrid dan Komunikasi Bebas-Optik proprietari ABWN yang bakal didemonstrasikan pada tahun kalendar 2018.

Michael Warren, Ketua Pegawai Eksekutif ABWN berkata, "Kolaborasi kami dengan GE Aviation akan dapat menyediakan sokongan kejuruteraan berkualiti tinggi dalam ujian Sistem Radio Hibrid dan Komunikasi Bebas-Optik kami tidak lama lagi.  Kepakaran yang disediakan oleh GE Aviation, yang akan menyusun Unit Rujukan Inersia (IRU) gred-taktikal dengan GPS terbina dalam boleh digunakan untuk mengepalai, menunjuk,perilaku, dan kestabilan untuk Sistem, seharusnya dapat memastikan keputusan yang berjaya."

"GE menyediakan sistem rujukan inersia kepada para pelanggan kami selama lebih daripada setengah abad," kata George Kiefer, Eksekutif Pengurusan Produk GE Aviation.  "Navigasi inersia taktikal dan sokongan komunikasi satelit merupakan bidang kepakaran bagi pasukan kami dan kami teruja untuk menyokong Airborne Wireless dalam misinya untuk mengurangkan kos keterhubungan Penerbangan dan membantu menghubungkan pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan.  Ia merupakan pasaran yang berubah dengan pantas, memerlukan teknologi inovatif untuk mendayakan masa depan.  Jurutera-jurutera produk GE sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepakaran produk bertaraf dunia bagi membantu Airborne Wireless mencapai kejayaan dalam pengujian penting ini.

Latar Belakang GE Aviation dan GE
GE Aviation ialah penyedia terkemuka dunia bagi jet penerbangan komersial, perniagaan ketenteraan dan awam serta enjin turboprop dan komponen selain sistem avionik, kuasa elektrikal dan mekanik untuk kapal terbang.  GE mempunyai rangkaian perkhidmatan global untuk menyokong penawaran ini.  GE dan pelanggan-pelanggannya turut bekerjasama meneroka peluang baharu untuk berkembang dan memberikan lebih banyak produktiviti melangkaui perkhidmatan tradisional.  GE Aviation kini menjadi perniagaan digital perindustrian dengan keupayaannya untuk mendapatkan aliran data yang besar yang memberikan pandangan mendalam yang hebat dan kemudiannya menjadi nilai operasi sebenar kepada pelanggan.

GE (NYSE: GE) membayangkan perkara yang tidak dibayangkan oleh yang lain, membina barangan yang tidak dapat dibina oleh yang lain dan memberikan hasil yang menjadikan dunia berfungsi dengan lebih baik.  GE menyatukan dunia fizikal dan digital menerusi kaedah yang tidak dapat dilakukan oleh syarikat lain.  Di dalam makmal, kilang dan juga di lapangan bersama pelanggan, GE mencipta era industri seterusnya untuk menggerakkan, memberi kuasa, membina dan menyembuhkan dunia. www.ge.com

Latar Belakang Airborne Wireless Network
Syarikat berhasrat untuk mencipta rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi bawaan udara dengan menghubungkan kapal terbang komersial dalam penerbangan.  Ia menjangkakan setiap kapal terbang yang mengambil bahagian dalam rangkaian akan bertindak sebagai pengulang atau penghala bawaan udara, menghantar dan menerima isyarat jalur lebar daripada satu kapal terbang kepada yang lain dan mencipta lebuhraya super maklumat digital di udara.   Syarikat menyasarkan rangkaian ini menjadi saluran internet jalur lebar yang berkelajuan tinggi untuk meningkatkan liputan dan keterhubungan. Syarikat tidak berhasrat untuk menyediakan liputan pelanggan runcit kepada pengguna akhir, tetapi, sebaliknya, bertindak sebagai pengangkut borong dengan pelanggan sasaran, seperti penyedia perkhidmatan internet dan telekomunikasi.

Kini, keterhubungan di dunia dapat dicapai dengan menggunakan kabel dasar laut, gentian berpangkalan di darat dan satelit. Syarikat percaya bahawa lebuhraya digital bawaan udara Syarikat boleh menjadi penyelesaian untuk mengisi kelompongan keterhubungan dunia. Sebaik sahaja rangkaian siap dibangunkan dan dilaksanakan sepenuhnya, kegunaannya mungkin tidak terbatas.  Rangkaian Syarikat, apabila siap dibangunkan, akan menyediakan keterhubungan berkos rendah dan berkelajuan tinggi ke kawasan luar bandar, negara-negara kepulauan, kapal-kapal di laut, pelantar minyak, selain daripada pesawat komersial dan persendirian yang sedang dalam penerbangan.

Untuk maklumat lanjut lihat: www.airbornewirelessnetwork.com  

Notis Berhubung Kenyataan Jangkaan:   

Hebahan ini mengandungi "kenyataan jangkaan" mengikut pengertian peruntukan perlindungan selamat Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat 1995. Kenyataan-kenyataan ini adalah berdasarkan kepercayaan dan jangkaan semasa berhubung pengurusan Syarikat dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan yang jelas. Sekiranya andaian tersirat terbukti tidak tepat atau ketidaktentuan berlaku, keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan.

Risiko dan ketidaktentuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ketersediaan modal, ketidaktentuan yang sedia dikaitkan dengan pembangunan produk atau teknologi baharu dan pengendalian sebagai syarikat di peringkat pembangunan; kebolehan kami mendapatkan pembiayaan tambahan untuk meneruskan perniagaan dan pelan pembangunan produk; kebolehan kami untuk membangunkan dan mengkomersialkan produk-produk berdasarkan platform teknologi kami; persaingan dalam industri tempat kami beroperasi dan berniaga; keadaan umum industri; faktor umum ekonomi; impak peraturan industri; kemajuan teknologi; produk-produk dan paten-paten baharu yang diperoleh oleh pesaing; kesukaran atau kelewatan pengeluaran; kebergantungan terhadap keberkesanan paten syarikat, dan keterdedahan terhadap tindakan undang-undang, termasuk litigasi paten, dan/atau tindakan kawal selia.

Hubungi:
info@airbornewirelessnetwork.com
805-583-4302

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/508284/Airborne_Logo.jpg

 

Source: Airborne Wireless Network
Related Stocks:
NYSE:GE OTC:ABWN
Keywords: Airlines/Aviation Internet Technology OTC/SmallCap IRW Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Travel Contracts