omniture

Merck Tandatangani Perjanjian Pembekalan Komersial dengan bluebird bio bagi Pengeluaran Vektor Virus

Merck
2017-12-20 21:00 571

- Bertujuan untuk percepat pengeluaran rawatan baharu untuk pelbagai jenis penyakit serius

- Tekankan perniagaan Life Science Merck sebagai organisasi pengeluaran kontrak utama dan penyedia komersial vektor virus untuk terapi gen

DARMSTADT, Jerman, 20 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi utama, hari ini mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian pembekalan komersial untuk mengeluarkan vektor virus kepada bluebird bio, Inc., daripada Cambridge, Massachusetts, AS, untuk digunakan dalam terapi gen yang berpotensi membawa transformasi.

generated by system

"Kami berharap dapat berkolaborasi dengan bluebird bio untuk memanfaatkan penemuan penting terapi bagi melawan penyakit yang mempunyai pilihan rawatan yang terhad atau tiada pilihan," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Dengan pengalaman selama 30 tahun dalam pengeluaran vektor virus, kami kekal komited untuk menginovasi bersama para ilmuan, hospital dan pengeluar terapi sel bagi mempercepatkan akses kepada terapi gen disesuaikan untuk para pesakit yang amat memerlukannya."

Menurut perjanjian selama beberapa tahun itu, sektor perniagaan Life Science Merck akan mengeluarkan vektor lentiviral untuk produk ubatan bluebird bio yang dibangunkan bagi merawat pelbagai penyakit genetik yang jarang berlaku. bluebird bio ialah sebuah syarikat peringkat klinikal yang membangunkan terapi-terapi gen dan sel yang berpotensi membawa transformasi untuk penyakit-penyakit genetik yang teruk dan imunoterapi berasaskan sel T untuk kanser.

Terapi gen melibatkan pemberian bahan genetik ke dalam sel-sel pesakit bagi mencetuskan kesan terapeutik seperti pembetulan gen bermutasi atau menyasarkan semula sel imun bagi melawan kanser. Bagi menghasilkan produk terapi yang disesuaikan, gen-gen dimasukkan ke dalam sel-sel imun menggunakan vektor virus seperti vektor yang dikeluarkan oleh Merck.

Kontrak ini adalah berdasarkan pengalaman luas Merck dalam menghasilkan vektor virus untuk terapi gen daripada peringkat klinikal kepada komersial. Syarikat ini terlibat dalam peralatan dan perkhidmatan pengeluaran terapi gen dan sel selama hampir tiga dekad lamanya.

Carlsbad Merck, California, kemudahan pengeluaran yang berpangkalan di AS, yang menyediakan perkhidmatan pengeluaran terapi virus dan gen BioReliance®, terlibat dalam bidang terapi gen sejak tahun 1997, saat hampir bermulanya percubaan klinikal untuk terapi gen. Pada Oktober 2017, kemudahan ini menyelesaikan pemeriksaan Pra-Lesen Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan A.S. (FDA) serta pemeriksaan Kebenaran Pemasaran Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Pelaburan Merck dalam bidang terapi gen termasuk peluasan terkini di Carlsbad kepada hampir dua kali ganda berbanding kapasiti pengeluaran terdahulu — daripada 44,000 kaki persegi kepada 65,000 kaki persegi. Tapak ini melibatkan 16 suit bilik bersih pengeluaran pukal virus modular dengan peralatan sekali guna dan dua suit mengisi/menamatkan untuk terapi gen, vaksin virus dan produk imunoterapi.

Syarikat juga mempunyai kapasiti pengeluaran terapi virus dan gen dan perkhidmatan perbankan sel di Glasgow, Scotland. Ia juga mempunyai perkhidmatan perbankan sel di Rockville, Maryland, serta menawarkan ujian biokeselamatan BioReliance® di seluruh dunia untuk produk-produk terapi gen peringkat klinikal dan komersial.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck

Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah €15 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

 

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts