PENGGUNA BAHARU MENDAPAT AKSES PENUH KEPADA TIDAL DENGAN HANYA MELALUI ALAMAT EMEL
NEW YORK, 22 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, platform muzik dan hiburan global, TIDAL, mengumumkan ia bakal menawarkan akses prebiu selama 12-hari kepada perkhidmatan Hi-Fi dan Premium. Bakal ahli boleh mengaktifkan akaun prebiu melalui TIDAL.com bermula pada 25 Disember 2017 sehingga 5 Januari 2017, dengan hanya menggunakan alamat emel, tanpa memerlukan kad kredit. Sepanjang tempoh prebiu, ahli-ahli akan mendapat akses kepada platform penuh TIDAL melalui aplikasi mudah alih, pemain web dan aplikasi desktop. Selain itu, platform tersebut melancarkan empat siri kandungan asli baharu, memberi tiket-tiket, mengehoskan strim langsung, berkongsi senarai main baharu dan banyak lagi beberapa hari dan minggu akan datang.
Tawaran yang belum pernah diberikan ini akan membolehkan pengguna baharu mengalami sendiri kandungan inovatif yang dilancarkan oleh TIDAL setiap hari. Sejak dilancarkan, pendekatan 360-darjah TIDAL terhadap budaya muzik menghasilkan siri kandungan asli, strim langsung dan senarai main yang menjadi tumpuan bagi detik-detik terhebat dalam muzik. Bermula dengan 4:44 kepada TIDAL X: Fenty Puma oleh Rihanna, Side Hustle, Car Test dan kembalinya Rap Radar, TIDAL menawarkan peminat dengan akses barisan hadapan dan tinjauan belakang tabir terhadap artis-artis paling terkenal di dunia dan juga artis-artis yang semakin meningkat naik. Pada tahun 2017 sahaja, TIDAL mengehoskan hampir 40 strim langsung, menganjurkan lebih 70 acara, menyiarkan 335 video asli dan berkongsi lebih 40 lagu eksklusif, album dan video bersama ahli-ahli.
"Menuju tahun 2018, kami berharap dapat memberikan ahli-ahli TIDAL dengan lebih banyak akses serta runut bunyi yang berkualiti tinggi untuk kehidupan seharian," kata Tony Gervino, Naib Presiden, Budaya & Kandungan. "Kami menghargai makna yang dibawakan oleh muzik dan budaya muzik kepada orang ramai dan percaya prebiu ini akan memberi para peminat muzik dengan rasa pengalaman muzik yang dipertingkat yang ditawarkan oleh TIDAL kepada para pelanggannya."
Kandungan dan pengalaman yang ditawarkan oleh TIDAL kepada ahli-ahli memberikan pandangan menyeluruh terhadap artis sebagai orang biasa dan membolehkan para peminat menjalin hubungan yang lebih bermakna. Sepanjang tempoh prebiu tersebut dan ketika melangkah ke tahun 2018, TIDAL akan melancarkan pelbagai jenis kandungan asli, strim langsung dan acara terunggul serta senarai main dipilih susun dengan teliti yang diketahui dan disukai oleh para peminat.
Pelancaran utama bagi tempoh tawaran tersebut disertakan di bawah dan jadual penuh di sini (nota: jadual tertakluk kepada perubahan):
Latar Belakang TIDAL
TIDAL ialah sebuah platform hiburan berunsurkan pengalaman bertaraf global yang dibangunkan untuk peminat, terus daripada para artis dari serata dunia. Ahli-ahli TIDAL dapat menikmati kandungan yang dipilih dan disusun secara eksklusif yang menghubungkan terus artis dengan peminatnya menerusi pelbagai cara. Perkhidmatan ini menawarkan fideliti tinggi, muzik berkualiti bunyi CD, video beresolusi tinggi, peluang untuk mengenali artis baharu melalui TIDAL Rising serta pengalaman unik menerusi TIDAL X. TIDAL tersedia di lebih 52 negara, selain mempunyai lebih 52 juta katalog lagu serta 199,000 video berkualiti tinggi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tidal.com.
Ikuti TIDAL di http://facebook.com/tidal, http://twitter.com/tidal dan https://instagram.com/tidal/
Logo - http://mma.prnewswire.com/media/551889/TIDAL_Logo.jpg