omniture

Minggu Fesyen Antarabangsa Laluan Sutera 2017 diadakan di Chongqing, China

Huoerguosi Mojie Culture Media Co., Ltd.
2017-12-23 03:05 1122

Negara-negara di sepanjang Laluan Sutera layak memohon

CHONGQING, China, 23 Disember 2017 /PRNewswire/ - Minggu Fesyen Antarabangsa Laluan Sutera 2017 telah diadakan di Chongqing, China dari 3 Disember hingga 10 Disember, serentak dengan Pertandingan Akhir Global Super Model Antarabangsa AMA Asia "I CityTM". Minggu Fesyen Antarabangsa Laluan Sutera merupakan acara fesyen pertama di dunia yang mengambil Laluan Sutera sebagai tema dan bukannya dinamakan sempena bandar tuan rumah. Jawatankuasa penganjur acara memilih bandar tuan rumah untuk setiap edisi acara ini, dalam kalangan bandar-bandar di seluruh dunia yang telah membuat tawaran, berdasarkan kriteria tertentu. Acara ini dianggap sebagai Sukan Olimpik industri fesyen, dan bandar-bandar di semua negara di sepanjang Laluan Sutera layak untuk memohon.

Silk Road International Fashion Week
Silk Road International Fashion Week

Pengerusi jawatankuasa penganjur Wang Haotian berkata, Minggu Fesyen Antarabangsa Laluan Sutera 2017 dianjurkan oleh Perikatan Industri Kreatif Fesyen Global Zhongguancun dan Persatuan Model Asia dan dianjurkan bersama oleh Huoerguosi Mojie Culture Media Co., Ltd, acara pelancaran Khas untuk beberapa koleksi pereka, Forum Fesyen Antarabangsa Laluan Sutera, Majlis Fesyen Antarabangsa Laluan Sutera dan Majlis Anugerah Crafter Gold Lei diadakan semasa acara itu, dengan dihadiri wakil dari Kemboja, Kanada, China, Itali, Jepun, Mongolia, Filipina, Rusia, Korea Selatan dan Vietnam. Pereka termasuk Zheng Qinger, Xiao Lu, Hu Sheguang, Qiao Jiangjiang, Flavia, Maria Kazak, Philip Cho, Ariunaa Surenjav, Mario Orfei dan Антон Пермяков Россия mengadakan pameran peribadi masing-masing, dengan Matt Lee, model dari Macau yang merupakan artis yang amat berbakat, mendapat perhatian yang meluas.

Anugerah Fesyen Crafter Gold Lei direka untuk memperingati hasil kerja tangan Lei Zu, seorang wanita terkenal di China purba dan mengiktiraf pengamal fesyen yang dinamakan sebagai contoh dari segi hasil kerja tangan dan bersaing untuk anugerah tertinggi dalam fesyen. Sebagai pencipta sutera mulberi, Lei Zu merupakan pencipta dan pembangun yang pembiakan sutera yang pertama, dan juga pembuatan sutera dan teknik membuat pakaian yang pertama. Lei Zu dianggap sebagai salah satu penyumbang pertama China untuk pembangunan tamadun manusia dan juga salah satu pencetus industri pakaian dan fesyen negara. Penganjur Minggu Fesyen Antarabangsa Laluan Sutera 2017 membantu untuk menyemarakkan kembali Laluan Sutera dengan cara yang moden sepenuhnya, sejajar dengan trend fesyen hari ini!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
En. Cui
Tel: +86-139-1008-7122 / +86-158-0161-5861
E-mel: adxwh@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171220/2019547-1

Source: Huoerguosi Mojie Culture Media Co., Ltd.
Keywords: Entertainment Fashion Trade show news