Kelab Perancis kunjungi Qatar sempena Jelajah Musim Sejuk 2017 dan kagumkan khalayak dengan permainan pertunjukan di atas padang terapung di Teluk Parsi
DOHA, Qatar, 23 Disember 2017 /PRNewswire/ -- Pemain-pemain bintang terkenal Paris Saint-Germain bertemu dengan ribuan peminat bola sepak Qatar sempena Jelajah Musim Sejuk 2017 kelab tersebut di Qatar minggu ini.
Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8241951-paris-saint-germain-qatar-2017-winter-tour/
Skuad ini, yang menampilkan beberapa pemain terbaik di dunia termasuk Neymar Jr, Edinson Cavani, Kylian Mbappe, Dani Alves, Marco Verratti, Julian Draxler dan Angel Di Maria, meluangkan masa selama dua hari di Qatar.
Dalam salah satu detik paling istimewa jelajah tersebut dan merupakan yang pertama di dunia, pasukan berkenaan bermain permainan latihan di padang bola sepak terapung di kawasan perairan Teluk Paris, di Westbay Doha, dengan latar langit bandar yang mengagumkan sebagai latar belakangnya.
Jadual perjalanan yang padat turut melibatkan safari padang pasir yang mana sekumpulan pemain melakukan perjalanan bersama Lembaga Pelancongan Qatar (QTA) untuk meneroka Lautan Pedalaman indah di Qatar dan bersantai di kem padang pasir yang tipikal. Para pemain daripada pasukan tersebut turut meneroka budaya Qatar ketika melawat Muzium Msheireb untuk mempelajari lebih lanjut tentang sejarah negara ini, dan dihidangkan dengan makanan tradisional Qatar di atas bumbung Shangri-La Hotel yang megah, membolehkan mereka melihat pemandangan Corniche Doha yang indah.
Beberapa pemain turut mengambil bahagian dalam sesi tandatangan awam yang dianjurkan oleh Ooredoo di Pusat Membeli Belah Qatar. Di sana, mereka disambut oleh ratusan peminat tempatan yang teruja, yang ingin melihat sekali imbas pemain-pemain kegemaran mereka. Ooredoo turut mengundang 50 kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam sesi klinik yang dipimpin oleh jurulatih Unai Emery, dibantu oleh Zoumana Camara dan para pemain daripada pasukan tersebut.
Sepanjang jelajah, 20 atlet tempatan muda yang berbakat, dipilih oleh Qatar National Bank (QNB) dan Kementerian Pendidikan berpeluang untuk bertemu sekumpulan pemain, dan menimba kemahiran baharu dan memperoleh pengalaman yang tidak ternilai daripada mereka demi masa depan.
Pada sebelah malam tanggal 21 Disember, para pemain dan kakitangan kelab disajikan dengan hidangan makan malam tradisional yang istimewa di Katara.
Selain itu, pemain Qatar FIFA Paris Saint-Germain Aameghessib dan Mannika dari Perancis mengambil bahagian dalam perlawanan e-sukan yang menonjolkan bakat Qatar terbaik, sebelum bertanding dengan beberapa pemain bola sepak Paris Saint-Germain.
#QWT2017