omniture

Bachmann & Welser Capital Limited Umum Modal Ekuiti dan Komitmen Tambahan sebanyak USD 1.25 Bilion

Bachmann & Welser Capital Ltd
2018-01-02 14:11 618

EDINBURGH, Scotland, 2 Januari 2018 /PRNewswire/ --

Bachmann & Welser Capital Limited ("Bachmann & Welser"), penyedia yang semakin berkembang maju untuk Pembiayaan Bukan Rekursa, Pengewangan, Kewangan Perdagangan, Pembiayaan Projek, SBLC, BG dan MTN, hari ini mengumumkan kejayaan penyelesaian pengumpulan modal ekuiti sebanyak $750 juta dan komitmen tambahan sebanyak $500 juta daripada pelabur-pelabur Timur Tengah.

Edward Bachmann, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bachmann & Welser berkata, "Kami mengalu-alukan suntikan modal yang tepat pada masanya ini oleh para pelabur kami. Hal ini memperlihatkan keyakinan yang kami nikmati daripada rakan-rakan kewangan kami. Di Bachmann & Welser, usaha memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Operasi kami yang baru ditubuhkan di Scotland akan menggunakan dana tambahan ini untuk terus mendorong cita-cita global kami ke hadapan."

Bachmann & Welser kini mempunyai kedudukan strategik untuk meluaskan pengaruh global syarikat. Wakil-wakil yang dilantik akan memantau hal ehwal Bachmann & Welser di lokasi-lokasi terpilih.

"Peraturan keperluan modal Basel III menjadikannya lebih sukar untuk bank-bank utama menggunakan modal dalam Kewangan Perdagangan, namun begitu, Bachman & Welser dapat melihat peluang pasaran yang luas, khususnya dengan harga komoditi dan aliran perdagangan meneruskan pemulihannya dan permintaan pasaran baru muncul melebihi bekalan Kewangan Perdagangan dengan beberapa margin."

Dengan pasukan berpengalaman yang sebahagian besarnya terdiri daripada mantan Pegawai Bank Pelaburan Bandar Raya London dan Pasukan Undang-undang yang kompeten, Bachmann & Welser mengharapkan pertumbuhan penting menjelang akhir tahun kewangan ini.

Rujukan daripada broker dan perantara profesional yang lain dialu-alukan. Hanya permohonan dengan nilai minimum £7 juta akan dipertimbangkan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk Maklumat Lanjut: Sila layari http://www.bachmannwelser.com  Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi talian +44(0)131-357-0361.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Sarah Atkins
Pegawai Perhubungan Media
Sarah.Atkins@bachmannwelser.com

Sumber: Bachmann & Welser Capital Ltd

Source: Bachmann & Welser Capital Ltd
Keywords: Banking/Financial Service