omniture

eBaoTech Umum Pelancaran Global eBaoCloud InsureMO

eBaoTech
2018-01-03 10:00 912

SHANGHAI, 3 Januari 2018 /PRNewswire/ -- eBaoTech Corporation, penyedia penyelesaian insurans terkemuka dunia mengumumkan pelancaran global eBaoCloud® InsureMOTM, atau Insurance Middle Office, selepas kejayaan pelaksanaan di China dan beberapa pasaran lain di Asia Pasifik dan Eropah.

eBaoCloud® InsureMO™ menyediakan platform API terbuka inovasi pantas dan ketersambungan mendalam, untuk mendayakan semua pihak dalam ekosistem insurans digital, dan menghubung pelbagai saluran dan senario perniagaan kepada pelbagai sistem teras tradisional syarikat-syarikat insurans. Ciri-ciri utamanya termasuk:

  • Enjin dan mikroservis produk paling fleksibel untuk jualan, perkhidmatan dan tuntutan insurans disediakan: Berdasarkan pengalaman kerja yang Panjang dalam sistem teras insurans di 40 buah negara, eBaoCloud InsureMO mengandungi, akan terus menambah dan memperbaiki asas API untuk ekosistem insurans, bagi membolehkan jangkaan kepantasan serta kos dalam era digital yang akan datang.
  • Semua produk insurans utama disokong dan membolehkan pemberkasan: Bermula dengan insuran hayat, umum dan kesihatan tradisional, sehinggalah kepada produk insurans mikro malahan nano yang berdasarkan konteks atau senario tersedia untuk pelarasan dan pemberkasan pantas di semua "sempadan" yang sebelum ini mustahil untuk ditangani
  • Berasaskan natif awan dan mikroservis: Ditulis semula berdasarkan seni bina internet dan awan sepenuhnya untuk memastikan kefleksibelan setara dengan syarikat-syarikat internet bertaraf dunia untuk menangani jumlah, variasi dan kelajuan yang besar
  • Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS): Kedua-dua sebagai penawaran awan awam dan peribadi, dengan sokongan pembangun yang mantap dan pengurusan dan pembolehan akses melalui eBaoCloud Container dan penyepaduan kepada sistem teras tradisional yang lancar 

Semenjak pelancaran pertamanya dalam tahun 2015 di China dan beberapa pasaran perintis di Asia Pasifik dan Eropah, eBaoCloud InsureMO telah menyaksikan penerimaan hebat oleh semua pihak yang berkepentingan utama dalam ekosistem insurans digital. Terdapat kira-kira 100 penyewa dan lebih daripada 1,000 produk insurans dijual di eBao Cloud. Penyewa-penyewa ini termasuk syarikat-syarikat insurans utama, broker bebas terkemuka dengan lebih daripada 20 ribu ejen insurans hayat, syarikat pengedar utama kereta dengan lebih 2 juta polisi insurans dijual setiap tahun, laman portal internet dan e-dagang terkemuka, dan syarikat baharu InsurTech yang meneraju. Dengan kejayaan awal ini, eBaoTech kini mengambil langkah seterusnya untuk melancarkan eBaoCloud InsureMO ke seluruh komuniti insurans digital dunia.

Woody Mo, Ketua Pegawai Eksekutif eBaoTech Corporation menambah, "Insurans digital ialah insurans yang terhubung. Cara-cara tradisional untuk industri insurans untuk melaksanakan teknologi terlalu lambat dan terlalu mahal. Kebanyakan sistem teras dalam syarikat insurans sudah ketinggalan zaman. Menukar sistem teras mengambil masa terlalu lama dan memerlukan terlalu banyak wang. eBaoCloud InsureMO menyediakan sebuah pemecut untuk mengubah dunia digital hampir dalam masa sebenar dan pada masa yang sama menyokong transformasi sistem teras secara beransur-ansur. Kami mencari rakan kongsi di seluruh dunia untuk eBaoCloud InsureMO untuk bekerjasama untuk menjadikan insurans terhubung dan insurans inklusif satu kenyataan. Dengan InsureMO, anda boleh mengambil lebih insurans!"

eBaoCloud InsureMO: Sebuah Platform API Terbuka
eBaoCloud InsureMO: Sebuah Platform API Terbuka

Untuk maklumat lanjut mengenai InsureMO, sila hubungi pejabat tempatan kami https://www.ebaotech.com/contact-us/worldwide-offices atau emel info@ebaotech.com.

Latar Belakang eBao Cloud

eBao Cloud ialah sebuah kumpulan produk PaaS dan SaaS yang berdasarkan pada teknologi insurans 4G (berdasarkan natif awan dan mikroservis). eBao Cloud merupakan platform pembolehan dan ketersambungan untuk pembawa insurans, saluran tradisional, rakan kongsi afiniti baharu, dan syarikat-syarikat FinTech. eBao Cloud membolehkan pelancaran produk hampir pada masa sebenar untuk saluran-saluran, termasuk proses jualan, penepatan, perkhidmatan dan pengendorsan, tuntutan, bayaran dan lain-lain.

Latar Belakang eBaoTech Corporation

Misi eBaoTech ialah "menjadikan insurans mudah". Sejak penubuhannya dalam tahun 2000 dan merintis teknologi insurans 3G, atau sistem insurans utama berasaskan Java, eBaoTech memimpin dunia sekali lagi dalam perubahan kepada teknologi insurans 4G yang berasaskan natif awan dan mikroservis. Dua barisan perniagaan eBaoTech ialah: eBao Cloud dan eBao Software. Awan eBao ialan platform API Terbuka untuk menyediakan ketersambungan dan pembolehan sebenar untuk syarikat insurans, saluran-saluran tradisional, rakan kongsi afiniti, dan syarikat baharu FinTech. eBao Software termasuk terutamanya sistem suit teras untuk syarikat-syarikat insurans hayat, umum dan kesihatan serta penginsurans semula. Maklumat lanjut di www.ebaotech.com.

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20171222/2021263-1

Source: eBaoTech
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Insurance Internet Technology New products/services