omniture

Wilayah Paling Murah Hati di Amerika Syarikat 10 Tahun Berturut-turut

Gift of Life Donor Program
2018-01-08 21:32 227

Gift of Life Pecahkan Dua Rekod Negara bagi Pendermaan Organ 2017  

PHILADELPHIA, 8 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Program Gift of Life Donor ialah pertubuhan perolehan organ (OPO) utama di Amerika Syarikat buat tahun ke-10 berturut-turut, dengan kejayaan penyelarasan organ yang menyelamatkan nyawa daripada 565 penderma organ pada tahun 2017. Hadiah bertimbang rasa ini menghasilkan 1,546 organ yang dipindahkan – jumlah penderma organ dan pemindahan tertinggi bagi mana-mana OPO di negara ini dalam satu tahun. Ia memperlihatkan legasi berterusan bagi suatu permulaan baharu daripada keluarga yang bersedih kepada mereka yang menantikan "hadiah kehidupan."

Gift of Life leads U.S. in organ donors for 10th year. Leads nation in organ transplants in 2017.
Gift of Life leads U.S. in organ donors for 10th year. Leads nation in organ transplants in 2017.

Sebagai sebuah pertubuhan bukan untung, OPO yang ditentukan mengikut sistem persekutuan, Gift of Life berkhidmat kepada 11.2 juta orang meliputi separuh bahagian timur Pennsylvania, selatan New Jersey dan Delaware. Kadar derma tahunannya terus menduduki antara yang tertinggi di dunia, bersamaan dengan 50 penderma organ-setiap-juta-penduduk.

Pada tahun 2017, Gift of Life turut menerima tisu daripada 2,468 penderma termasuk 1,281 perderma rangka otot dan 2,112 penderma kornea. Derma yang menambah baik kehidupan ini boleh memberi manfaat kepada seramai 88,000 orang, menerusi derma tulang yang dapat memperbaiki pergerakan, derma injap jantung dapat membetulkan kecacatan yang mengancam nyawa, derma kulit bagi pembedahan pembentukan semula dan untuk menyembuhkan pesakit yang merupakan mangsa kebakaran, dan kira-kira 2,575 kornea individu bagi memberikan hadiah penglihatan.

"Perkembangan pertubuhan kami terlaksana hanya disebabkan oleh sifat bertimbang rasa para penderma dan keluarga penderma yang sentiasa menjadikan lokasi ini sebagai wilayah paling murah hati di negara ini. Tahun ini, mereka menyelamatkan dan menambah baik kehidupan hampir 90,000 orang," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gift of Life Howard M. Nathan. "Kami amat berterima kasih kepada mereka kerana memberikan hadiah yang berharga ini, yang sering terjadi ketika berhadapan dengan kehilangan besar." Profil ini menceritakan kisah sebuah keluarga mengenai kesedihan, kemurahan hati yang menyelamatkan nyawa dan sokongan yang berterusan.

Nathan menyambung, "Usaha penting ini memerlukan sifat belas ihsan yang luar biasa dan komitmen berterusan daripada kakitangan kami, pusat-pusat pemindahan organ dan rakan-rakan kongsi hospital. Saya amat berbangga dengan mereka. Mereka bersama-sama memastikan kami dapat menyediakan organ dan tisu yang amat diperlukan oleh mereka yang paling memerlukannya." Seorang bapa yang masih muda meluahkan rasa terima kasih beliau dan "peluang kedua" dalam nukilan blog ini.

Gift of Life bekerjasama erat dengan 130 hospital jagaan akut dan 15 pusat pemindahan organ di seluruh rantau. Presiden Abington – Jefferson Health Meg McGoldrick menyatakan tentang kolaborasi dan sifat belas ihsan yang diperlukan oleh usaha untuk menyelamatkan nyawa ini: "Gift of Life menyediakan kepakaran dan sokongan yang tidak ternilai tatkala kami membantu keluarga yang mempertimbangkan pendermaan organ dalam salah satu pengalaman yang paling sukar yang perlu mereka hadapi."

Perkongsian OPO dan hospital kini menangani isu kesihatan awam yang kritikal – dan semakin meningkat. Menerusi peningkatan tahap kemajuan yang berterusan dalam bidang pemindahan organ, keperluan terhadap pendermaan organ turut meningkat. Kira-kira 20 orang meninggal dunia setiap hari di A.S. menantikan pemindahan organ. Terdapat lebih 5,300 orang lelaki, wanita dan kanak-kanak yang menantikan pemindahan organ di wilayah Gift of Life dan hampir 116,000 orang di seluruh negara.

Menurut Donate Life America, 95 peratus orang menyokong pendermaan organ, namun hanya 54.7 peratus orang dewasa - 142 juta orang - mendaftar di seluruh negara sebagai penderma organ sama ada melalui lesen memandu mereka atau secara dalam talian. Di rantau Gift of Life, kadar pendaftaran adalah berbeza-beza, bermula di Pennsylvania daripada serendah 31.4 peratus di Philadelphia County kepada setinggi 58 peratus di Centre County, dengan purata 47.8 peratus di seluruh negeri. Purata kadar pendaftaran ialah 40.2 peratus di selatan New Jersey dan 51.6 peratus di Delaware.* 

Menekankan keperluan agar lebih ramai orang mendaftar, seorang wanita berusia 42 tahun meluahkan dalam video ini tentang perjuangan beliau dengan Scleroderma dan penantian beliau terhadap pemindahan sepasang peparu di Gift of Life Family House.

Gift of Life Family House menyediakan perkhidmatan penginapan dengan harga berpatutan dan sokongan buat mereka yang melakukan perjalanan ke Philadelphia bagi mendapatkan penjagaan berkaitan pemindahan organ. Pada tahun 2017, kakitangan dan sukarelawan Gift of Life Family House menyediakan 9,439 penginapan bermalam berserta penjagaan untuk 16,226 tetamu, 32,452 juadah dan 1,554 pengangkutan pergi dan pulang dari hospital. Sejak ditubuhkan pada Julai 2011, Family House menyediakan lebih 46,179 penginapan bermalam untuk 87,042 tetamu dan menyediakan lebih 174,084 juadah makanan.

Gift of Life diiktiraf di peringkat antarabangsa atas kepimpinan dan kepakaran dalam bidang pendermaan organ dan tisu. Institut Gift of Life merupakan peneraju antarabangsa bagi pendidikan pendermaan organ dan tisu, melatih hampir 9,000 ahli profesional dari 37 negara sejak tahun 2004. Daftar Kehamilan Transplantasi Antarabangsa (TPR) Institut ini mengkaji tentang keibubapaan selepas pemindahan organ dan kesan ubat-ubatan terhadap kesuburan dan kehamilan. Sejak tahun 1991, TPR telah mengesan lebih 4,000 kehamilan selepas pemindahan organ, berkongsi maklumat agar legasi pendermaan ini dapat diteruskan selama beberapa generasi.

Tahun ini, Gift of Life akan menghantar satu kontinjen penerima organ dan penderma sihat untuk bersaing dalam Pertandingan Transplan 2018 Amerika di Salt Lake City, Utah, 2-7 Ogos. Mereka akan diiringi oleh keluarga penderma dan juga para penyokong. "Team Philly" sentiasa menjadi salah satu pasukan terbesar dalam Pertandingan Transplan Amerika, dengan bangganya mewakili "wilayah paling murah hati negara".

Latar Belakang Gift of Life Donor Program
Sejak tahun 1974, Gift of Life mengurus lebih 46,000 organ bagi tujuan pemindahan organ dan kira-kira satu juta pemindahan tisu diperoleh daripada penderma Gift of Life. Seorang penderma organ boleh menyelamatkan nyawa sehingga lapan orang, manakala penderma tisu boleh menambah baik kualiti hidup sehingga 75 orang. Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, layari donors1.org.

 

*Nota untuk Editor: Kadar pendaftaran penderma disediakan untuk kebanyakan daerah.

 

Source: Gift of Life Donor Program
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Not for profit Survey, Polls & Research