omniture

Alland & Robert Perkenal Gam Karaya kepada Industri Makanan

Alland & Robert
2018-01-09 10:10 518

PARIS, 9 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Sebagai gam semula jadi yang dihasilkan oleh pokok liar, gam Karaya merupakan bahan semula jadi berunsur sayuran yang boleh digunakan untuk banyak kegunaan makanan dan farmaseutikal.  Alland & Robert, sebuah syarikat Perancis yang ditubuhkan 134 tahun dahulu dan peneraju dalam pengeluaran gam Karaya, telah membangunkan satu kaedah rawatan fizikal yang mengurangkan jumlah kiraan plat hidrololoid dan pada masa yang sama mengekalkan kesemua ciri-ciri fungsian mereka.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8240951-alland-robert-introduce-karaya-gum/

Inovasi penting ini berdasarkan konsep unik pemanasan kilat masa kini, yang memberikan gam Karaya kualiti mikrobilogi yang hebat.  Dikaitkan dengan persediaan khusus dan pemindahan asli produk, proses unik ini memastikan keseragaman suhu dalam gam yang dirawat.  Proses ini membuka peluang baharu kepada gam Karaya.  Ia mungkin boleh digunakan secara sendirian atau digabungkan dengan hidrokoloid yang lain.  Akhirnya, untuk formulasi salutan, inti, kuah salad, pencuci mulut dan sos beremulsi, gam Karaya boleh menjadi jawapan kepada keperluan baharu berkaitan penambahbaikan tekstur.

Gam Karaya merupakan lelehan gam semula jadi yang diperolehi melalui insisi pucuk dan dahan pokok Sterculia. Turut dikenali sebagai "Sterculia", ia dikutip dengan tangan daripada pokok sterculia yang tumbuh di kawasan kering dan berbatu, terutamanya di rantau-rantau khusus di Afrika (terutamanya Senegal dan Mali) dan India.  Ia telah digunakan berabad-abad lamanya – dan masih lagi biasa terdapat – dalam masakan tradisional Afrika dan India.

Gam Karaya boleh ditemui dalam pelbagai produk seperti produk pemakanan, pencuci mulut, ubat-ubatan, donat, sos pedas, makanan sedia dimakan, ais krim, dan biskut.  Tanpa sebarang modifikasi kimia, gam Karaya menawarkan banyak ciri fungsian:  ejen penteksturan dan pembekuan, serat pemakanan, kompaun pelekat, ejen kawalan kelikatan, penahanan air dan ciri ampaian.  Kesan gam Karaya pada tekstur begitu ketara, walaupun pada kepekatan yang rendah.

Ia 100% semula jadi dan vegetarian, bebas daripada racun perosak dan GMO.  Ia tinggi serat dan tidak mengandungi gluten.  Ia dikelaskan sebagai E416 oleh rujukan bahan tambahan EFSA (Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah).  Menurut EFSA dan JECFA (Ahli Jawatankuasa Bersama Pakar FAO/WHO Bahan Tambahan Makanan), gam Karaya tidak memudaratkan dari segi keselamatan dan tiada keperluan untuk mendapatkan nombor ADI (Pengambilan Harian Yang Boleh Diterima[1]) untuknya.

Sejak 1884, Alland & Robert telah mengkhusus dalam gam semula jadi dan menggalakkan penggunaan bahan-bahan semula jadi dan mampan dalam industri makanan, kosmetik dan farmaseutikal.  Alland & Robert menjamin kebolehjejakan dan kebolehpercayaan produknya, yang terkenal kerana kualiti yang cemerlang, hasil daripada tumpuan yang mantap dalam Penyelidikan & Pembangunan, insurans kualiti dan pembangunan lestari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi info@allandetrobert.fr

[1] Pengambilan Harian Yang Boleh Diterima ialah kuantiti sesuatu bahan yang secara teorinya boleh diinges oleh seorang individu sederhana yang mempunyai berat 60kg pada setiap hari tanpa sebarang risiko kesihatan.

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/620209/Karaya_Gum.jpg )
Video: https://www.multivu.com/players/uk/8240951-alland-robert-introduce-karaya-gum/

Source: Alland & Robert
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Paper/Forest Products/Containers New products/services