omniture

AC OCEAN WALK Umum Pemerolehan Revel Hotel and Casino Atlantic City

AC OCEAN WALK
2018-01-10 00:02 158

Hartanah dijenamakan semula sebagai Ocean Resort Casino 

ATLANTIC CITY, New Jersey, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- AC OCEAN WALK hari ini mengumumkan ia memperoleh hartanah yang dahulunya dikenali sebagai Revel Casino Hotel di Atlantic City dengan bayaran $200 juta.  Hartanah ini akan dijenamakan semula sebagai Ocean Resort Casino, bagi memanfaatkan lokasi hartanah yang terletak di kawasan seluas 20 ekar sepanjang Atlantic City Boardwalk yang terkenal, serta pemandangan lautan yang dapat dilihat dalam 1,399 biliknya. AC OCEAN WALK akan mula menjalankan kerja-kerja operasi bagi menyiapkan hartanah ini agar dapat beroperasi dengan segera, dengan pembukaan dirancang pada musim panas 2018.

The newly acquired Ocean Resort Casino on the Atlantic City Boardwalk, formerly known as Revel that was built in April 2012 at an investment of nearly $3 billion, will reopen summer 2018.  Source:  AC OCEAN WALK
The newly acquired Ocean Resort Casino on the Atlantic City Boardwalk, formerly known as Revel that was built in April 2012 at an investment of nearly $3 billion, will reopen summer 2018. Source: AC OCEAN WALK

Apabila mula beroperasi sepenuhnya, hartanah ini akan menyediakan antara 2500-3000 pekerjaan untuk Atlantic City, memberikan sumbangan yang tinggi kepada kebangkitan semula ekonomi bandar.

"Kami berasa amat teruja kerana berupaya memanfaatkan peluang untuk memperoleh hartanah yang hebat ini sewaktu Atlantic City meramalkan kemajuan ekonomi yang besar. Kini, bandar ini mempunyai beberapa projek baharu yang menarik bersama hartanah kami dan Hard Rock, selain kampus baharu Stockton University dan peluasan pusat perubatan," kata Bruce Deifik, Pengerusi AC OCEAN WALK.  

 "Kami amat berterima kasih kepada pasukan hebat di JP Morgan dan lain-lain yang membantu kami dalam perjalanan selama lapan bulan ini, dan kami ingin berterima kasih khususnya kepada Atlantic City dan Negeri New Jersey atas hospitaliti, keprihatinan dan profesionalisme mereka. Kami berharap dapat menyediakan perkara yang sama kepada semua penduduk sekitar apabila Ocean mula beroperasi," tambah Deifik.

Revel Casino Hotel asalnya dibuka pada April 2012 dengan jumlah pelaburan hampir $3 bilion dan menjadi bangunan mercu tanda sepanjang Atlantic City Boardwalk bukan hanya disebabkan oleh ketinggiannya sebagai bangunan tertinggi di bandar, tetapi juga perhatiannya terhadap perincian yang dilaksanakan dalam membina menara dan kasino tersebut.

"Hartanah Revel terdahulu itu dibuka pada saat Atlantic City masih mengalami pemulihan ekonomi dan operasinya tidak dapat menampung kumpulan pelanggan di destinasi ini. Namun begitu, hasil kualitinya yang luar biasa dan pelaburan yang dibuat semasa fasa pembangunannya, 'Ocean' baharu akan menonjolkan salah satu hartanah hotel, kasino terbaik yang wujud masa kini dalam pasaran yang semakin pulih yang memperlihatkan kekuatan dan ketahanannya," kata Deifik.

Ocean Casino Resort dengan visi baharu ini akan memanfaatkan sepenuhnya jumlah kawasan hartanah berkeluasan 6.4 juta kaki persegi dengan rancangan membangunkan 138,000 kaki persegi ruang permainan—menyediakan 100 permainan meja judi dan 2,200 mesin slot selain rancangan untuk mengadakan tempat pertaruhan sukan "yang terbaik dalam pasaran."

"Atlantic City bakal kembali dengan semangat berkobar-kobar dan dengan persediaan asas untuk pembenaran pertaruhan sukan di sisi undang-undang, kami meramalkan peluang yang hebat untuk membawakan tempat pertaruhan sukan terkini yang dapat menampung pasaran sukan yang luas dan pelbagai," kata Deifik.

Ocean Resort Casino akan mengekalkan ruang mesyuarat dan konvensyen berkeluasan 165,000 kaki persegi, selain dewan konsert dengan 5,700 tempat duduk yang mempunyai ruang untuk tujuan peluasan masa depan yang bakal dibuat. Hartanah ini turut menyediakan struktur tempat letak kereta dengan 7,700 ruang parker, menjadikan semua lokasi hotel, kasino dan hiburan mudah diakses oleh semua tetamu.

"Misi dan visi kami adalah untuk berkhidmat sepenuhnya kepada kumpulan pelanggan di Atlantic City. Sehubungan dengan itu, kami berusaha untuk mengembalikan semula beberapa buah restoran yang pernah meraih kejayaan di hartanah ini dan kami turut berusaha dengan gigih untuk mewujudkan beberapa tempat baharu yang khusus termasuk bar mi Asia terkemuka dan kelab pemain mewah. Pelaburan kami dalam hartanah ini akan memastikan ada tarikan untuk setiap orang di Ocean Casino Resort," kata Deifik.

Selain hotel dan menara kasino, hartanah ini mempunyai loji utiliti pusat yang unik, yang mampu mengendalikan keperluan elektrik dan haba masa kini dan masa depan yang bakal ditempuhi di tapak berkenaan, yang disebutkan oleh Deifik sebagai "penambahan nilai yang hebat kepada hartanah ini."

"Bagi saya secara peribadi, ini merupakan satu impian yang menjadi kenyataan. Tanpa sokongan keluarga saya, yang memahami wawasan dan keyakinan saya terhadap Atlantic City sebagai satu pasaran yang akan bangkit semula, kejayaan hari ini tidak mungkin dapat dikecapi dan oleh itu, saya amat berterima kasih kepada mereka," kata Deifik.

Integrated Properties ialah pemilik utama dan rakan pengurusan AC OCEAN WALK. Integrated Properties ialah sebuah syarikat pembangunan komersial dan hartanah yang berpangkalan di Denver, ditubuhkan oleh Bruce dan Nancy Deifik pada tahun 1990. Syarikat mengurus aset, hartanah, pemajakan dan pelupusan portfolio hartanah komersial Deifik dan rakan pelaburan beliau. Sejak ditubuhkan, syarikat telahpun memperoleh lebih 103 hartanah komersial termasuk hartanah kegunaan bercampur-campur, pejabat, peruncitan, hotel/kasino, pangsapuri dan gudang di California, Colorado, Florida, Massachusetts, Nevada dan Texas. Portfolio syarikat mencakupi lebih 8.5 juta kaki persegi dan mengkhusus dalam pembangunan kegunaan bercampur-campur di bandar.    

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/625695/AC_OCEAN_WALK_Ocean_Resort_Casino.jpg

Source: AC OCEAN WALK
Keywords: Gambling/Casinos Hotels and Resorts Travel Acquisitions, mergers, takeovers Real estate transactions