omniture

Makeblock Pamer Penyelesaian Pendidikan STEAM Menang Anugerah di CES 2018

Makeblock
2018-01-10 13:34 736

Makeblock Neuron gabung konsep pendidikan dengan teknologi canggih perkasa kanak-kanak ubah idea menjadi nyata

LAS VEGAS, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Menerusi tema "Kodkan Masa Depan Anda," Makeblock, penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka di dunia, akan mempamerkan pelbagai rangkaian produknya yang memenangi anugerah untuk pengekodan, robotik, pembelajaran AI dan IoT menerusi CES 2018 bertempat di Pusat Konvensyen Las Vegas, Dewan Selatan 2, Reruai 25425 mulai 9 hingga 12 Januari ini. Selain itu, salah satu produk kebanggaan Makeblock, Makeblock Neuron, akan diberi pengiktirafan dalam acara tersebut sebagai Penerima Kehormat Anugerah Inovasi CES 2018 bagi kategori "Teknologi untuk Dunia yang Lebih Baik".

Makeblock Neuron Penerima Kehormat Anugerah Inovasi CES
Makeblock Neuron Penerima Kehormat Anugerah Inovasi CES

"Pada tahun 2018, salah satu matlamat utama Makeblock adalah untuk membolehkan kanak-kanak mula didedahkan dengan pengekodan dan menginspirasikan kanak-kanak untuk belajar mencipta pada usia muda," kata Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Makeblock Jasen Wang. "Makeblock sentiasa berdedikasi untuk mencipta penyelesaian pendidikan STEAM yang terbaik dalam kategorinya untuk sektor pendidikan, dan dengan menumpu perhatian kami terhadap perkakasan, pembangunan perisian, bahan-bahan mengajar dan pertandingan robotik, kami dapat mencapai matlamat ini dengan lebih pantas."

Makeblock Neuron ialah platform blok binaan elektronik canggih yang boleh diatur cara untuk pelajar-pelajar STEAM berusia 6 tahun ke atas. Neuron menyediakan lebih 30 jenis blok yang mempunyai fungsi-fungsi berbeza seperti kuasa, sensor cahaya & bunyi, panel LED, motor dan banyak lagi. Setiap blok boleh digandingkan dengan yang lain bagi menjadi penyelesaian elektronik berbilang fungsi. Menerusi perisian pengaturcaraaan berasaskan aliran, Aplikasi Neuron, pengguna berupaya menghasilkan alat-alat yang inovatif seperti kediaman pintar, Penyuap Haiwan Peliharaan IoT, Set Berkebun Maya dan Anjing Pintar, dengan mudah. Selain aplikasi Neuron, Makeblock turut disediakan dengan 3 perisian pengaturcaraan visual, yang berasaskan Scratch MIT: aplikasi Makeblock, aplikasi mblock dan PC mblock.

Selain terpilih sebagai Penerima Kehormat Anugerah Inovasi CES 2018, Makeblock Neuron telahpun memenangi empat anugerah reka bentuk industri yang diiktiraf di peringkat antarabangsa: Anugerah Reka Bentuk Produk Red Dot Jerman, Anugerah Emas IDEA Amerika, Anugerah Emas K-Design Korea dan juga Anugerah Good Design Jepun.

Makeblock turut menawarkan pelbagai sumber dan aktiviti pendidikan dalam talian serta luar talian, termasuk bahan-bahan kursus dalam talian yang berkaitan, kurikulum, bengkel pengalaman dan pertandingan robotik belia global yang dikenali sebagai MakeX. Setakat ini, lebih 4.5 juta orang daripada 140 negara menggunakan penyelesaian pendidikan STEAM daripada Makeblock untuk mengajar atau mempelajari bahasa pengaturcaraan seperti Scratch, Python selain teknologi-teknologi canggih seperti AI dan juga IoT. Para pengguna berpeluang untuk beralih dengan bebas daripada pengaturcaraan visual kepada pengaturcaraan berasaskan teks seperti Python dengan hanya satu klik dalam mblock Makeblock.

Makeblock mempunyai barisan produk paling lengkap dalam industri
Makeblock mempunyai barisan produk paling lengkap dalam industri

Jemputlah menyertai Makeblock dalam CES yang bertempat di Pusat Konvensyen Las Vegas, Dewan Selatan 2, Reruai 25425 untuk mempelajari sendiri bagaimana syarikat mengubah lanskap pendidikan.

Latar Belakang Makeblock

Makeblock Co., Ltd, ditubuhkan pada tahun 2013, ialah penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka. Menawarkan kit robot boleh diatur cara yang mudah digunakan, platform blok binaan elektronik, platform robotik DIY, kursus dan aplikasi pengaturcaraan visual, ia bermatlamat untuk membantu kanak-kanak mengembangkan potensi penuh mereka. Makeblock turut mengadakan pertandingan robotik belia global, MakeX yang membolehkan pasukan pelajar bersaing dengan membina robot dan dalam masa yang sama mempelajari teknik penyelesaian masalah, kemahiran teknologi dan kerjasama berpasukan. Setakat ini, Makeblock menggaji 450 kakitangan, separuh daripada mereka merupakan kakitangan penyelidikan & pembangunan (R&D). Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.makeblock.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180109/2028242-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180109/2028242-1-b

Source: Makeblock
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Household Products Household/Consumer/Cosmetics Toys Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)