omniture

Carroll County Energy Mulakan Operasi Komersial

Advanced Power
2018-01-10 23:00 218

CARROLLTON, Ohio, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Advanced Power hari ini mengumumkan operasi komersialnya telahpun dimulakan di kemudahan penjanaan kuasa elektrik gas asli Carroll County Energy 700-megawatt.

Carroll County Energy ialah kemudahan penjanaan bekalan elektrik gas asli kitaran-gabungan yang dibangunkan untuk dijual dalam pasaran PJM. Ia terletak di kawasan yang menjalankan projek penghasilan gas asli berharga rendah, selain talian penghantaran 345 kV AEP dan sistem Saluran Paip Gas Tennessee Kinder Morgan.

Operasi-operasi komersial bermula pada pertengahan Disember, kata Chuck Davis, Presiden, Advanced Power Asset Management. Beliau berkata, permulaan operasi adalah hasil perkongsian komuniti, sokongan kewangan yang kukuh dan profesionalisme Bechtel, kontraktor umum, selain subkontraktor dan juga sekumpulan pekerja yang diambil bekerja untuk membina kemudahan ini.

"Dalam tempoh lebih empat tahun sejak kami mula-mula mengumumkan rancangan untuk membina kemudahan penjanaan elektrik canggih ini, Carroll County Energy menerima sokongan padu daripada barisan kepimpinan dan penduduk Village of Carrollton, Perbandaran Washington dan Carroll County," kata Davis. "Kami berbangga khususnya kerana berpeluang membantu sekolah-sekolah tempatan memberi manfaat kepada mereka yang bekerja dan menetap di sekitar kemudahan kami."

Rancangan untuk membina Carroll County Energy diumumkan pada Julai 2013. Pada April 2015, Advanced Power menutup pembiayaan projek bernilai $899 juta. Pelabur-pelabur ekuiti terdiri daripada TIAA Investments, JERA, Ullico and Prudential Capital Group dan Advanced Power. Kemudahan kredit bercagar senior bagi tujuan pembinaan disediakan oleh BNP Paribas, Credit Agricole dan lapan bank komersial yang lain.

Kemudahan ini, yang menyediakan dua turbin gas GE dan turbin wap, mempunyai kapasiti menjana bekalan elektrik kira-kira untuk 750,000 rumah. Bechtel membina projek ini menerusi kontrak pembinaan siap guna. Ethos Energy mengendalikan kemudahan berkenaan, yang menggaji seramai 22 kakitangan. Advanced Power terus mengurus perniagaan ini.

Advanced Power ialah sebuah syarikat milik persendirian yang dimandatkan untuk membangunkan, memperoleh, memiliki dan mengurus projek penjanaan kuasa dan projek infrastruktur berkaitan di seluruh Eropah dan Amerika Utara. Kepimpinan Advanced Power memiliki rekod prestasi terbukti dalam mengenal pasti, membangunkan dan mengurus projek penjanaan kuasa dan projek infrastruktur berkaitan. Pengurusannya membawa kepada pembangunan lebih 15,000 MW projek penjanaan kuasa dan pembiayaan projek rekursa terhad bernilai $7 bilion.

Hubungi: Jack Wollitz, 800-460-4111 samb. 8153
jack.wollitz@innismaggiore.com

 

Source: Advanced Power
Keywords: Electrical Utilities Gas Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services