omniture

Tanla Solutions Lindung Syarikat Telekomunikasi Utama India Daripada Transaksi SMS Antarabangsa Palsu

Tanla Solutions Limited
2018-01-12 21:01 589

HYDERABAD, India, 12 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Tanla Solutions, salah satu penyedia Komunikasi Awan yang terbesar di dunia, memproses lebih 90 Bilion komunikasi perniagaan setahun, mengumumkan penggunaan komersial Hab SMS jarak-jauh antarabangsanya bersama pengendali mudah alih yang terkemuka di India.

Hab ini ialah platform yang banyak faedah, bersepadu dan mematuhi peraturan yang dibangunkan dan digunakan dalam masa yang singkat serta diurus oleh Tanla bagi menjana keuntungan daripada SMS antarabangsa. Ia menawarkan perkhidmatan tembok api SMS, pembawaan dan penamatan yang merangkumi semua, disediakan melalui sambungan tunggal kepada hab berpusat yang digunakan dalam rangkaian syarikat telekomunikasi.

Platform Hab SMS Tanla generasi seterusnya yang disokong oleh rangkaian telekomunikasi yang terbaik dalam kategori meningkatkan pengalaman pelanggan dengan ketara dengan mempercepatkan penghantaran pesanan ringkas. Kepintaran platform ini menjamin keutamaan penyerahan bagi pesanan yang sensitif terhadap masa seperti OTP, dan oleh yang demikian membawa kepada peningkatan berkali-kali ganda terhadap kadar penukaran transaksi dan pemerolehan pengguna.

"Menerusi penggunaan hab jarak-jauh antarabangsa, Tanla dan rakan kongsi Syarikat Telekomunikasi kami bersama-sama dapat mendayakan perniagaan menerusi ekosistem perkhidmatan yang berkesan kos dan cekap penghantaran, dan oleh yang demikian memberi nilai yang lebih kukuh untuk syarikat-syarikat perusahaan serta pengalaman yang beraneka untuk pelanggan mudah alih," kata Pengerusi dan Pengarah Urusan Tanla, Uday Reddy.

Hab SMS jarak-jauh antarabangsa ini dijangka terus mengukuhkan kedudukan Tanla dan pasaran Syarikat Telekomunikasi, mengoptimumkan sumber rangkaian dan menjana pendapatan tambahan daripada trafik SMS yang masuk ke India.

Latar Belakang Tanla: 

Tanla memulakan perjalanannya tatkala memasuki alaf baharu bersama sekumpulan kecil pakar pemesejan mudah alih, yang berpangkalan di Hyderabad, India, untuk mencipta perkhidmatan pemesejan bertaraf dunia.

Hari ini, Tanla merupakan peneraju global dalam domainnya sebagai salah satu penyedia Komunikasi Awan yang terbesar, mengendalikan lebih 90 bilion komunikasi perniagaan setahun.

Tanla menginovasi cara dunia berkomunikasi, terus meninggikan piawaian melalui tahap kelajuan yang dipertingkat, kemudahan dan keringkasan penyelesaian Komunikasi Awan, mengguna pakai teknologi-teknologi canggih bagi memenuhi keperluan bijak pelbagai kumpulan pelanggan, bermula daripada syarikat-syarikat perusahaan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi merentasi geografi.

Tanla ialah sebuah syarikat awam berhad yang tersenarai dalam bursa saham India utama (BSE CODE: 532790 dan NSE: TANLA).

 

Source: Tanla Solutions Limited
Keywords: Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts New products/services