omniture

Bintang AI dari China: Alcorrect Tranlator gegarkan CES

Beijing Ai Babel Technology Co., Ltd.
2018-01-13 03:25 639

LAS VEGAS, 13 Januari 2018 /PRNewswire/-- pameran perdagangan terbaik untuk industri elektronik pengguna global – CES 2018 di Vegas telah dibuka kepada seluruh dunia sejak 9 Januari. Teknologi dan produk-produk kecerdasan buatan (AI) yang dibawa oleh syarikat-syarikat Cina antara yang paling mengagumkan di pameran, yang mana, AIcorrect Translator, dibangunkan dan diperkenalkan oleh Babel Technology di Beijing, sebuah pasukan berpangkalan di Tsinghua, menarik perhatian pembeli dan peserta pameran dari seluruh dunia.

AIcorrect Translator sokong terjemahan suara masa sebenar bersama antara Cina/Inggeris dan 30 bahasa lain.
AIcorrect Translator sokong terjemahan suara masa sebenar bersama antara Cina/Inggeris dan 30 bahasa lain.

Sebagai satu penzahiran utiliti AI teknologi dalam bidang awam, AIcorrect Translator menangani masalah dalam komunikasi silang-linguistik. Ia menyokong penterjemahan masa sebenar bersama dalam pelbagai situasi antara Cina/Inggeris dan 30 bahasa yang lain, termasuk Jepun, Korea, Thailand, Perancis, Rusia dan Sepanyol, bahasa-bahasa utama seperti Bahasa Inggeris terbahagi lagi kepada loghat. Kualiti terjemahan mencecah setinggi 96%.

Ia juga mempunyai skrin sentuh, di mana transkripsi dan terjemahan dipamerkan pada masa yang sama. Malah lebih mengejutkan, sehingga empat peranti yang berhubung, AIcorrect Translator menyokong perbualan dalam empat bahasa yang berbeza. Bertempat di aras pameran, ramai hadirin kagum pada utiliti dan fungsinya, malahan seorang pembeli British juga menunjukkan hasrat untuk membuat pra pesanan 2,000 unit di tapak pameran.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China telah mengatasi penggiat lain dalam bidang kecerdasan buatan, dalam aplikasi dan pembangunan untuk tujuan awam seperti bayaran mudah alih yang telah memperoleh pencapaian luar biasa, dron dan produk-produk inovasi lain juga berada di barisan hadapan industri. Lei Guan, Ketua Pegawai Eksekutif Babel Technology, kelihatan sedikit beremosi apabila bercakap dengan kami. "Sebagai pembuka laluan Cina dalam bidang AI, kami mereka peranti ini dengan harapan bahawa beratus-ratus juta orang dapat mengaksesnya dan menjalankan komunikasi silang bahasa tanpa halangan." Beliau menambah, "dengan AIcorrect Translator, impian kami tidak lagi berdepan dengan perbezaan bahasa."

Untuk maklumat lanjut: songyang@aibabel.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180112/2031299-1

 

Source: Beijing Ai Babel Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology New products/services