omniture

YOTEL Lancar YOTELPAD - Cara Hidup Lebih Pintar

YOTEL
2018-01-16 17:00 514

LONDON, 16 Januari 2018 /PRNewswire/ --

Lima tawaran YOTELPAD baharu menandakan kemunculan YOTEL dalam segmen inap bersambung perkukuh semula kebolehan jenama bagi mengoptimumkan ruang melalui reka bentuk cerdas dan teknologi pintar.  

Hari ini YOTEL mengumumkan penembusan mereka ke dalam segmen inap bersambung menerusi pelancaran jenama YOTELPAD baharu. Meneruskan prinsip reka bentuk pintar terhadap kabin YOTEL dan YOTELAIR, YOTELPAD mengubah unsur utama pangsapuri berservis mewah menjadi kediaman kompak dengan reka bentuk khusus, dikenali sebagai 'PAD', bagi memenuhi keperluan warga dunia pada harga yang berpatutan.

generated by system

"Berikutan kejayaan pelancaran YOTELAIR dan YOTEL, kami dapat melihat peluang yang dijangkakan untuk menilai semula segmen penginapan lanjutan biasa menurut gaya yang sama yang mengubah model-model hotel konvensional," kata Hubert Viriot – Ketua Pegawai Eksekutif YOTEL.

YOTELPAD menawarkan penyelesaian penginapan yang direka sempurna dengan mengoptimumkan ruang dan teknologi. PAD standard akan bermula pada saiz 20 meter persegi (215 kaki persegi), namun PAD bersaiz lebih besar turut disediakan dan akan menyediakan ruang SmartBeds™ daripada YOTEL yang boleh dilaras, ruang bekerja yang selesa serta ruang bersantai, bilik mandi en-suite mewah, dapur kecil yang lengkap sepenuhnya dan juga ruang simpanan yang mencukupi. Technowall terkenal YOTEL akan membolehkan para tetamu PAD menghubungkan dan memperibadikan dengan mudah ruang ini bagi mewujudkan suasana seperti di rumah.

Mengulas tentang perkara ini, Jo Berrington - Naib Presiden Jenama berkata, "YOTELPAD akan melangkaui sempadan tradisional menerusi gabungan antara standard berkualiti hotel dan keselesaan seperti di rumah, semuanya dapat dicapai melalui ciri-ciri penting dalam reka bentuk terkenal kami dengan memanfaatkan sepenuhnya ruang yang padat. Ini bukan sahaja membolehkan setiap tetamu atau pemilik memperoleh PAD peribadi yang berfungsi sepenuhnya, tetapi juga faedah tambahan untuk bekerja, berhubung, bersantai dan bersosial dalam ruang pelbagai fungsi dan menyeronokkan, mewujudkan rasa bermasyarakat yang kukuh," sambung Berrington.

Kawasan dan kemudahan komuniti akan disusun mengikut persekitaran setempat dan akan menyediakan gimnasium sepanjang masa, ruang simpanan basikal dan peralatan, loker Amazon, dobi, pawagam rumah dan perpustakaan selain Club Lounge terkenal YOTEL, yang sesuai untuk bekerja bersama-sama, mesyuarat dan menghiburkan rakan taulan mahupun rakan sejawat. 

"Menyerlahkan nilai jenama YOTEL yang sebenar, PAD akan disokong oleh minat kami terhadap teknologi dan inovasi; pengalaman tetamu digital kami yang lancar disediakan melalui aplikasi YOTELPAD. Selain fungsi aplikasi jelas terhadap tempahan dan kemudahan mendaftar masuk dan keluar, aplikasi kami akan menjadi kunci digital anda dan kemudahan penting untuk memesan kemudahan dan 'tempat-menjamu-selera.' Berperanan sebagai pekerja rencam maya bersaiz poket, aplikasi ini akan menghubungkan anda terus kepada pelbagai perkhidmatan dan pengalaman dalam komuniti tempatan," sambung Berrington.

YOTELPAD akan dilancarkan di seluruh dunia menerusi lima projek yang telahpun disahkan di Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah. YOTELPAD pertama yang bakal diumumkan berada di Park City (Utah) di Park City Mountain, pusat peranginan ski terbesar di AS dan akan dibangunkan oleh Replay Destinations, salah satu pemaju paling inovatif bagi projek-projek pusat peranginan destinasi di Amerika Utara.

"Faedah-faedah tambahan dalam memperkenalkan YOTELPAD kepada portfolio kami, ialah ia bukan sahaja membolehkan kami menembusi segmen pasaran baharu, tetapi turut membolehkan kami beroperasi di lokasi-lokasi baharu, yang tidak sesuai untuk jenama-jenama YOTEL dan YOTELAIR. Perkongsian terkini kami bersama REPLAY adalah amat luar biasa - menyedari betapa berpotensinya jenama baharu kami dalam pasaran pusat peranginan destinasi. Kami yakin YOTELPAD Park City akan menjadi satu kejayaan luar biasa dan kini kami melihat pelbagai peluang bersama REPLAY," kata Hubert Viriot, Ketua Pegawai Eksekutif YOTEL.

Projek YOTELPAD Park City seterusnya akan diikuti dengan dua projek YOTELPAD di wilayah Geneva Lake yang bakal dibangunkan oleh M3 Real Estate. Selain itu, YOTEL Miami dan YOTEL Dubai akan turut menyediakan YOTELPAD sebagai sebahagian daripada projek pembangunan mereka.

"Berserta jenama-jenama sedia ada kami, kami melihat potensi yang besar untuk pembangunan YOTELPAD di seluruh dunia. YOTELPAD akan menjadi projek yang mampu beroperasi sendiri atau menjadi sebahagian daripada pembangunan kegunaan bercampur termasuk YOTEL. Setiap PAD akan dikendalikan oleh YOTEL dan boleh dimiliki oleh pelabur individu atau pelabur institusi," simpul Viriot.

Maklumat Lanjut:  http://www.yotelpad.com

yotel_uk@kwittken.com

Source: YOTEL
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Hotels and Resorts Multimedia/Online/Internet Travel New products/services