omniture

Lebih Ruang untuk Aliran Kerja Visual - Wacom Perkenal Produk Utama Baharu dalam Rangkaian Paparan Pen

Wacom
2018-01-17 11:13 598

Untuk pembentangan, penulisan atau penganotasian serta sebarang aliran kerja-eDokumen yang memerlukan fungsi input pen atau penandatanganan.

TOKYO, 17 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Satu produk utama yang baharu untuk kegunaan perniagaan dan pendidikan diperkenalkan oleh Wacom hari ini. Skrin 24-inci HD-penuh itu menawarkan ruang yang cukup dan paparan resolusi tinggi (1920 x 1080 piksel). Menurut pelbagai persekitaran penggunaan, dua model kini disediakan, versi pen sahaja (DTK-2451) dan juga versi pen & fungsi sentuh (DTH-2452).

Lebih ruang untuk komunikasi visual dengan Paparan Pen Interaktif DTK-2451 & DTH-2452 Wacom
Lebih ruang untuk komunikasi visual dengan Paparan Pen Interaktif DTK-2451 & DTH-2452 Wacom

 

Aliran Kerja Digital yang Cekap

Kedua-dua unit menyumbang kepada kecekapan aliran kerja digital yang canggih dalam perniagaan dan juga pentadbiran awam. Skrin bersaiz lebih besar menyokong interaksi langsung bersama pelanggan dan klien di kaunter atau dalam senario perundingan. Disepadukan ke dalam sistem pengurusan dokumen, paparan Wacom baharu menawarkan ruang yang lebih luas untuk menulis, menganotasi dan menandatangan dokumen. Selain itu, bagi versi pen & fungsi sentuh, ia menyokong pengendalian dokumen yang lebih intuitif pada skrin manakala teknologi pen Wacom yang khusus meningkatkan ketepatan, kemudahan penggunaan dan sifat seakan kertas apabila menulis menggunakan pen pada skrin. ExpressKeys boleh disesuaikan oleh pengguna melakukan fungsi yang sama: Ia menawarkan kekunci-pintas kepada arahan yang paling kerap digunakan dalam pelbagai aplikasi perisian.

Pembentangan dan pengajaran pada abad ke-21

Komunikasi visual ialah kunci dalam mesyuarat pelanggan, selain sektor pendidikan. Untuk mendapatkan komunikasi visual dengan kesan sepenuhnya, ia perlu bersifat fleksibel, interaktif dan sedia untuk diubah sebagai sebahagian daripada mesyuarat, sesi pembelajaran atau pengucapan. Paparan interaktif Wacom menawarkan ciri sedemikian. Menambah teks, nota atau lakaran kepada slaid pembentangan atau templat sumbang saran menjadikan pengajaran lebih cekap dan menarik. Guru-guru boleh berdepan dengan murid-murid dan mengetengahkan kursus pembelajaran mereka pada masa sebenar demi menggalakkan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif.

Memvisualkan diagnosis dan terapi

Khususnya di Jepun, paparan Wacom baharu dijangka akan digunakan dalam sektor perubatan. Golongan profesional penjagaan kesihatan boleh menggunakan skrin bagi tujuan penjelasan visual dalam rundingan bersama pesakit atau menambah butiran lanjut dalam diagnosis dengan menambah nota atau lakaran kepada rekod digital pesakit seperti gambar sinar-x atau carta pergigian. Selain itu, kebolehan menyimpan tandatangan pada skrin memberi peluang untuk menandatangani preskripsi atau mendapatkan dokumentasi persetujuan termaklum pesakit. Di samping itu, ia merupakan alat penting untuk pendaftaran pesakit, sebagai borang elektronik yang boleh diisi pada skrin, yang mengurangkan keperluan terhadap kertas.

Pengurusan dokumen dalam pentadbiran awam

Kedua-dua model menyokong proses pengurusan dokumen dalam perniagaan dan pentadbiran awam. Dokumen bersaiz penuh boleh dipaparkan untuk pembacaan yang mudah dan penggunaan yang interaktif. Borang, kontrak perjanjian boleh ditandatangani tanpa perlu dikecilkan atau ditatal, dan oleh yang demikian mengurangkan keperluan terhadap dokumentasi dan arkib berasaskan kertas. Penyulitan disediakan untuk simpanan eTandatangan berdasarkan pelbagai data biometrik yang direkod oleh sensor pen, seterusnya menjamin piawaian keselamatan pada tahap yang tinggi untuk pengesahan forensik.

Perhatian terhadap butiran terperinci

DTK-2451 dan DTH-2452 menggunakan kaca permukaan keras buatan khas yang tahan calar, mengurangkan silau dan memberikan sifat seakan kertas demi pengendalian pen yang lebih semula jadi. Saiz bezel dikurangkan bagi mengurangkan kesan fizikal sebanyak mungkin dan dalam masa yang sama masih memberikan pengalaman pen yang selesa dan juga ergonomik. Pemegang pen baharu dipasang pada kedua-dua sisi unit bagi menyediakan ruang yang mudah dan selamat untuk menyimpan pen ketika tidak digunakan. Terdapat juga slot keselamatan Kensington bagi mencegah kecurian di tempat jualan, serta penambat pen bagi mengelakkan kehilangan pen. Sambungan video DVI digunakan untuk menyokong sistem analog dan digital, manakala output video disertakan bagi menghubungkannya dengan monitor dan projektor luar. Kesan fizikal dikurangkan dan bentuknya elegan dan bergaya. Unit ini menyertakan tiang boleh laras yang condong daripada 11 hingga 73 darjah bagi menampung kedudukan kerja yang paling selesa. Terdapat juga lubang cagak VESA standard untuk digunakan bersama pengunjur dan tiang kaki pihak ketiga.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ahli profesional jualan Wacom di kawasan anda.

Latar Belakang Wacom

Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat global yang berpangkalan di Jepun (Bursa Saham Tokyo 6727) yang mempunyai beberapa subsidiari dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong pemasaran dan pengedaran di lebih 150 negara. Wawasan Wacom untuk mengeratkan orang ramai dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi menjadikannya pengeluar utama dunia bagi tablet dan paparan pen interaktif selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta beberapa seni digital, filem, kesan khas, fesyen dan rekaan yang paling menarik di seluruh dunia selain memberikan perniagaan dan pengguna di rumah dengan teknologi antara muka utama untuk menzahirkan personaliti mereka. Penyelesaian eTandatangan daripada Wacom dimanfaatkan dalam pelbagai bidang aplikasi yang amat mementingkan pencapaian aliran kerja digital dengan tahap keselamatan yang tinggi, seperti: POS, ePembayaran, pasport elektronik, insurans, perbankan dan daftar masuk hotel.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian kami, http://business.wacom.com.

Halaman Produk: 
AP: http://signature.wacom.eu/en-ap/products/hardware/dtk-2451-dth-2452/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180115/2029440-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180110/2029440-1LOGO

Source: Wacom
Related Stocks:
OTC:WACMY Tokyo:6727
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Education Health Care/Hospital New products/services