Syarikat persendirian ke-17 paling pesat berkembang di Amerika Syarikat bakal menggunakan mata wang baharu mudahkan peluasan peringkat antarabangsa
CHICAGO, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Strike Social — syarikat persendirian ke-17 paling pesat berkembang di Amerika Syarikat, menurut Inc. 500 — dengan sukacitanya mengumumkan penerimaan Dash sebagai satu kaedah bayaran untuk kempen pengiklanan digital.
Strike Social meraih penghormatan istimewa kerana menjadi firma pengoptimuman pengiklanan YouTube terbesar, dengan separuh pendapatannya adalah daripada Facebook dan platform-platform pengiklanan digital yang lain seperti Amazon, DoubleClick, Snap, Twitter, LinkedIn dan Instagram. Strike Social beroperasi menerusi 14 mata wang fiat berbeza, yang boleh mengakses 40 negara di luar A.S.
"Sukar untuk menjelaskan betapa banyak tenaga kerja diperlukan, betapa jerih dan mahal bagi syarikat-syarikat beroperasi merentasi sempadan menerusi mata wang fiat," kata Patrick McKenna, pengerusi dan pengasas bersama Strike Social. "Kos untuk mengurus operasi global dalam jabatan perakaunan dan kewangan anda sendiri sudahpun membebankan, dan dalam banyak keadaan, anda perlu mengupah pakar cukai tempatan di setiap negara bagi membantu anda kekal mematuhi undang-undang untuk terus menjalankan transaksi perbankan."
Strike Social berusaha selama empat tahun untuk menubuhkan empat entiti subsidiari luar negara yang berasingan dan menjalinkan 10 hubungan perbankan tradisional yang berbeza di lapan negara. Namun begitu, syarikat masih tidak dapat mencapai segelintir ekonomi utama, seperti Brazil dan India.
"Penambahan Dash sebagai kaedah bayaran membolehkan kami merentasi seluruh pelosok dunia, dan dengan yuran transaksi mereka yang amat rendah, ia menjadi satu peluang hebat buat kami dan juga pelanggan kami," tambah McKenna.
Perbelanjaan pengiklanan digital global dijangka mencecah $269 bilion pada tahun hadapan, mencapai sejumlah $335 bilion menjelang tahun 2020. "Kami menerima kesemuanya dalam mata wang Dash jika perlu," kata McKenna.
Untuk maklumat lanjut tentang Strike Social, layari strikesocial.com.
Latar Belakang Strike Social
Strike Social memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan untuk memacu hasil terbaik dalam YouTube dan pengiklanan media sosial. Melalui perisian dan perkhidmatan yang dibeli oleh syarikat media, Strike Social mengurus lebih 15,000 kempen setiap hari untuk agensi-agensi dan jenama-jenama yang terkemuka di dunia, termasuk Xbox, Honda, Mattel dan KFC. Dengan operasi di peringkat global, Strike Social beribu pejabat di Chicago. Ketahui lebih lanjut di strikesocial.com.
Maklumat perhubungan media
Ligia Aguilhar
laguilhar@strikesocial.com
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/134531/strike_social_logo.jpg