omniture

Kebanggaan India apabila KISS Menang Anugerah Berprestij Energy Globe World 2017

KIIT
2018-01-18 19:49 461

BHUBANESWAR, India, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Institut Sains Sosial Kalinga (KISS), sebuah organisasi setara Institut Teknologi Perindustrian Kalinga (KIIT) , memenangi 'Anugerah Energy Globe World kali ke-18 -2017' sebagai satu-satunya organisasi dari India. Anugerah Energy Globe World ialah anugerah paling penting dalam bidang alam sekitar. Ia disampaikan kepada KISS dalam sebuah majlis, yang dihadiri oleh lebih 60 negara dan disiar ke seluruh dunia, di Tehran, Iran pada 16 Januari 2018.

generated by system

KISS memenangi anugerah dalam kategori 'Api' untuk inisiatif hijau yang dijalankan oleh institut ini yang mengurangkan kesan ekologi yang dihasilkan oleh aktivit memasak dalam skala besar. Sebanyak 2,000 projek dari 178 negara bersaing bagi memenangi anugerah ini dalam lima kategori: Tanah, Api, Air, Udara dan Belia. India, Thailand dan Sepanyol dipilih sebagai finalis global bagi kategori 'Api'. Selepas melalui penilaian yang teliti, barisan juri yang bertauliah memilih KISS bagi menerima anugerah ini, menjadi satu-satunya organisasi dari India yang memenanginya.

KISS memodenkan kaedah penyediaan makanan untuk 27,000 pelajar melalui tumbuhan biogas, sistem memasak berasaskan wap, sistem pemanasan solar dan sistem pemuliharaan air hujan. Negarawan, Penggubal Dasar, Birokrat dan Pemenang Hadiah Nobel dari seluruh dunia telah mengunjungi KISS dan memberi pujian tinggi terhadap sistem mesra alam yang diguna pakai di sini.

Ketika melahirkan rasa gembiranya, Dr. Achyuta Samanta, KIIT & KISS berkata, "Pencapaian yang jarang diraih oleh KISS ini memberi kebanggaan dan penghormatan bukan sahaja kepada KISS, tetapi juga kepada seluruh negara. Tatkala dunia berada di ambang kemusnahan alam sekitar berpunca daripada ancaman pemanasan global, perlindungan terhadap alam sekitar dirasakan sebagai suatu yang tidak dapat dielakkan oleh setiap penduduk bumi ini."

Anugerah Energy Globe ialah satu anugerah alam sekitar, bagi mengiktiraf penyelesaian terbaik untuk perubahan tenaga dan iklim semasa. Ia diasaskan pada tahun 1999 di Austria sebagai satu inisiatif tempatan. Sejak itu, ia mewujudkan anugerah peringkat global, disampaikan setiap tahun di lebih 170 negara. Setiap tahun, Anugerah Energy Globe disampaikan dahulu di peringkat tempatan, di dalam negara. Projek-projek terbaik dicalonkan untuk Anugerah Energy Globe World, disampaikan dalam lima kategori berbeza. Majlis penyampaian anugerah diadakan di negara berbeza setiap tahun.

Barisan juri terdiri daripada beberapa aktivis alam sekitar yang ternama: Prof. Edward S. Ayensu, Don Baker, Maneka Gandhi, Peter Rae dan Franz-Josef Radermacher.

Perhubungan Media:
Shradhanjali Nayak
Pengarah - Perhubungan Awam
KIIT
+91-9437020240
shradhanjali@kiit.ac.in

Source: KIIT
Keywords: Education Environmental Products & Services Higher Education Awards