Dana baharu bakal diguna untuk luaskan jangkauan hiburan global dan keupayaan pembelajaran mesin syarikat
TORONTO, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Wattpad, syarikat hiburan multiplatform global bagi cereka asli, hari ini mengumumkan USD$51 juta (CAD $61.25 juta) dana baharu. Para pelabur termasuk Tencent Holdings Limited, penyedia terkemuka perkhidmatan Internet bernilai tambah di China, BDC, Kickstart Ventures milik Globe Telecom, Peterson Group, dan pelabur sedia ada Raine. Dana baharu ini akan menyokong pelaburan berterusan dalam pembelajaran mesin dan penceritaan interaktif, meluaskan jangkauan hiburan global syarikat ini dalam dunia televisyen, filem, media digital, dan penerbitan tatkala ia membuat adaptasi cereka-cereka Wattpad kepada format baharu, dan inovasi-inovasi lain. Syarikat juga merancang untuk menambah ahli pasukannya merentas semua jabatan.
Komuniti global Wattpad berkembang melebihi 40 peratus pada 2017, dan kini terdiri daripada lebih 65 juta orang di seluruh dunia. Muat naik cereka meningkat sehingga lebih daripada 400 juta. Pelaburan syarikat dalam pembelajaran mesin meningkatkan sistem pemperibadian dan cadangannya untuk pembaca, menambah masa pembacaan kerana lebih penglibatan; alatan analisa cereka serupa membantu penulis Wattpad membina pengikut dan mendapat keuntungan daripada karya mereka. Usaha Wattpad dalam pembelajaran mesin, pembelajaran mendalam dan rangkaian neural berulang meningkatkan keupayaannya untuk mencari karya-karya yang sesuai diadaptasi dan trend kandungan yang kini digunakan merentas industri hiburan.
Wattpad menjalin usaha sama besar-besaran dengan pihak televisyen, filem dan video digital Universal Cable Productions (UCP), bahagian NBCUniversal Cable Entertainment, eOne, CW Seed dan yang lain. Syarikat bekerjasama dengan syarikat penerbitan seperti HarperCollins, Hachette Audio dan Hachette Romans. Ratusan cereka di Wattpad telah diterbitkan dalam bentuk buku--banyak telah menjadi best-seller-- dan berdozen-dozen lagi telah diadaptasi atau dilesenkan untuk televisyen, filem dan video digital, untuk tayangan di seluruh dunia.
Pada 2017, Wattpad melancarkan Tap by Wattpad, pengalaman penceritaan imersif yang menyampaikan naratif pendek berbentuk perbualan. Tap menawarkan pengalaman hiburan interaktif yang digemari warga digital, menggunakan format berbentuk sembang, digabungkan dengan inovasi multimedia direka khas untuk Tap Originals. Sejak pelancarannya, pengguna di serata dunia menikmati cereka-cereka di Tap, dengan lebih 3 bilion 'tap' pada masa ini bagi lebih 300,000 karya yang tersedia.
Wattpad telah mengumpulkan USD$117.8 juta daripada pelabur antarabangsa di Asia, Amerika dan Kanada. Pelabur-pelabur sebelum ini termasuk OMERS Ventures, August Capital, Union Square Ventures, Golden Venture Partners, Khosla Ventures, AME Cloud Ventures, Northleaf Venture Catalyst Fund dan Version One Ventures.
Petikan
"Hiburan sedang mengalami era disruptif, dan cara manusia mencari dan mengalami sesebuah cereka sedang berkembang," kata Allen Lau, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Wattpad. "Dengan komuniti pengguna global kami, ratusan juta cereka dan pendekatan berpacukan data digunakan untuk membantu manusia dan rakan kongsi menemui kandungan yang hebat, Wattpad meneraju dalam kedua-dua pendekatan ini. Kami memperkasakan para penglipurlara dari pelbagai latar belakang di seluruh dunia, membantu mereka membina komuniti pembaca yang setia; pada masa sama, kami juga menghubungkan Hollywood dengan cereka-cereka yang sudah mempunyai ramai audiens. Dana baharu daripada Tencent dan pelabur kami yang lain ini menunjukkan peningkatan keyakinan terhadap visi kami di samping pertumbuhan keuntungan, kejayaan dan komuniti."
"Wattpad telah membina komuniti kreatif untuk para pencerita dan peminat cereka," kata Martin Lau, Presiden Tencent Holdings Limited. "Syarikat ini menyediakan peluang untuk penulis baharu mahupun yang telah bertapak, mengubah cara hiburan diteroka dan dihasilkan. Kami berbesar hati menyokong Wattpad, pemimpin dalam pendigitan dan data untuk peningkatan industri hiburan."
"Wattpad ialah masa hadapan hiburan," kata Peter Misek, Rakan Kongsi, Dana Teroka IT milik BDC. "Dengan memanfaatkan kuasa data menegak dan kecerdasan buatan (AI), Wattpad telah membuka kunci kepada nilai sebenar penciptaan kandungan, membolehkan penemuan, penghasilan dan pengedaran dalam kaedah-kaedah baharu yang pesat. Masa hadapan boleh ditemui di Wattpad."
"Wattpad membangunkan sesuatu yang sangat istimewa: komuniti yang prihatin tentang cerita pengalaman sebenar manusia, platform teknologi yang membangkitkan keinginan sejagat untuk berkongsi cerita itu dan berhubung dengan orang lain, dan himpunan data yang meningkatkan nilai cerita yang dikongsikan bagi penulis dan pembaca," kata Minette Navarrete, Presiden Kickstart Ventures. "Kami berbangga menyertai Wattpad sebagai pelabur, membantunya meluaskan visi untuk menghibur dan menghubungkan dunia melalui cereka."
Latar Belakang Wattpad
Visi Wattpad adalah untuk menghibur dan menghubungkan dunia melalui cereka. Syarikat hiburan multiplatform global ini menggunakan kuasa komuniti dan teknologi untuk membolehkan penciptaan dan pengedaran kandungan merentas kepelbagaian format. Aplikasi utamanya Wattpad, ialah tempat bagi komuniti melebihi 65 juta orang yang menggunakan masa lebih 15 bilion minit sebulan membaca cereka-cereka asli. Tap by Wattpad, produk penceritaan kedua syarikat ini, menawarkan cerita-cerita pendek berbentuk sembang dalam lebih dua belas bahasa. Wattpad Studios bersama-sama dengan rakan industri menghasilkan cereka-cereka untuk filem dan televisyen dalam bentuk digital dan bercetak. Wattpad Brand Solutions menawarkan suit lengkap produk pengiklanan untuk membantu jenama membangunkan penglibatan mendalam dengan pelanggan daripada Generasi Millenial dan Gen Z. Syarikat ini beribu pejabat di Toronto, Kanada. Ketahui lebih lanjut di: www.wattpad.com/about
Untuk maklumat lanjut: Kiel Hume, Pengurus Komunikasi, Wattpad, kiel@wattpad.com, 1-416-908-3604