omniture

Jam City Lancar Treler Acah Sebelum Tayangan dan Butiran Baharu Permainan Mudah Alih Harry Potter: Hogwarts Mystery

Jam City
2018-01-18 21:00 321

Peminat Berpeluang Alami 'Sneak Peak' Permainan Baharu Dalam Acara A Celebration of Harry Potter di Orlando mulai 26-28 Januari   

LOS ANGELES, 18 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, Jam City, studio permainan mudah alih yang berpangkalan di Los Angeles, dengan kerjasama Warner Bros. Interactive Entertainment, mendedahkan butiran baharu tentang Harry Potter: Hogwarts Mystery -- termasuk treler acah sebelum tayangan pertama permainan ini. Harry Potter: Hogwarts Mystery ialah permainan pertama yang membolehkan pemain mencipta watak mereka sendiri dan menjalani kehidupan sebagai pelajar Hogwarts. Dalam permainan lakon peranan ini, para pemain akan mencipta avatar pelajar peribadi, menghadiri kelas-kelas, mempelajari kemahiran kuasa ajaib, menjalin persahabatan atau persaingan dengan pelajar-pelajar lain, dan membuat keputusan penting yang akan mempengaruhi jalan cerita watak mereka sewaktu mereka melalui tahun-tahun di Hogwarts serta berkembang maju menjadi seorang ahli sihir. Permainan ini akan dilancarkan di bawah Portkey Games Warner Bros. Interactive Entertainment, label yang dikhususkan untuk mencipta pengalaman permainan yang diinspirasikan oleh keajaiban dan pengembaraan J.K. Rowling's Wizarding World.

 

Sebelum dilancarkan pada musim bunga tahun ini, permainan ini akan diperkenalkan kepada para peminat dalam sebuah acara A Celebration of Harry Potter akan datang di Universal Studios bertempat Orlando, Florida mulai 26-28 Januari. Dalam acara ini, para hadirin berpeluang melihat tayangan belakang tabir melalui dua panel yang dianjurkan oleh pasukan Jam City selain mengunjungi reruai Harry Potter: Hogwarts Mystery bagi mendapatkan barangan eksklusif, bermain permainan, bertemu ahli-ahli pasukan permainan dan mengalami kejutan ajaib yang lain.

"Harry Potter: Hogwarts Mystery ialah pengalaman lakon peranan tentang keajaiban, persahabatan dan kehidupan sebagai seorang pelajar Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry," kata Chris DeWolfe, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Jam City. "Kami tidak sabar-sabar untuk menunjukkan sedutan pertama permainan dalam acara A Celebration of Harry Potter, dan pada musim bunga tahun ini, para pemain akan berpeluang meneroka Hogwarts sepenuhnya dalam perjalanan mereka menjadi seorang ahli sihir."

Permainan ini berlatarbelakangkan tempoh masa antara saat kelahiran Harry Potter dan kemasukan beliau ke Hogwarts, apabila Nymphadora Tonks dan Bill Weasley merupakan pelajar. Sistem penyesuaian avatar membolehkan anda untuk terus menaik taraf avatar anda apabila anda memperoleh kepakaran baharu dan kemahiran kuasa ajaib – malah anda juga boleh memilih haiwan peliharaan anda. Anda akan menyertai salah satu daripada empat Rumah sebelum meniti perjalanan tahun-tahun pembelajaran di Hogwarts, menghadiri kelas-kelas kuasa ajaib dan aktiviti-aktiviti seperti Posyen dan Transfigurasi. Membina kemahiran anda akan menjadi berguna apabila akan menyelesaikan misteri dan melalui pengembaraan. Tatkala pemain meningkatkan kemahiran mereka, mereka akan membuka lokasi baharu, memperoleh mantera dan kebolehan kuasa ajaib yang lain.

Harry Potter: Hogwarts Mystery menyediakan jalan cerita berplot besar dan kisah-kisah lebih ringkas seperti perjalanan hubungan persahabatan. Permainan ini menyediakan sistem pertembungan baharu yang mana keputusan tindakan dan naratif pemain memberi impak kepada pengembaraan mereka, dan menentukan cara watak-watak lain menerima dan berinteraksi dengan watak-watak berkenaan. Pilihan ini akan membolehkan peminat Harry Potter mencipta legasi ahli sihir yang ingin mereka capai.

Harry Potter: Hogwarts Mystery dilesenkan oleh Warner Bros. Interactive Entertainment, dibangunkan oleh Jam City dan akan dilancarkan pada musim bunga tahun ini untuk peranti mudah alih di bawah Portkey Games, label baharu untuk pengalaman permainan yang diinspirasikan oleh keajaiban dan pengembaraan J.K. Rowling's Wizarding World. Permainan ini akan disediakan melalui App Store, Google Play dan Amazon Appstore. Untuk butiran lanjut tentang Harry Potter: Hogwarts Mystery ketika permainan ini dilancarkan dan untuk berhubung dengan para peminat Harry Potter lain sementara anda menunggu burung hantu anda, layari www.facebook.com/HPHogwartsMystery/, www.twitter.com/HogwartsMystery dan untuk maklumat lanjut layari www.HarryPotterHogwartsMystery.com/.

Latar Belakang Jam City:
Jam City ialah peneraju dunia bagi hiburan mudah alih, menyediakan pengalaman permainan sosial untuk berjuta-juta pemain di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh mantan pengasas bersama MySpace, Chris DeWolfe, Aber Whitcomb, dan mantan pegawai eksekutif 20th Century Fox Josh Yguado, Jam City ialah pencipta bagi permainan popular dan permainan yang meraih keuntungan tertinggi termasuk Cookie Jam, Panda Pop, Family Guy: Another Freakin' Mobile Game, dan Marvel Avengers Academy, antara judul-judul lain. Jam City mendepani syarikat-syarikat lain yang meraih keuntungan mudah alih dengan meluas. Menggaji 500 kakitangan di studio-studio yang terletak di Seattle, San Francisco, San Diego, dan Buenos Aires serta mempunyai ibu pejabat yang terletak di Los Angeles, Jam City membina perniagaan global yang dikuasakan oleh daya kreativiti yang membentuk budaya.

Latar Belakang Warner Bros. Interactive Entertainment:
Warner Bros. Interactive Entertainment, sebahagian daripada Warner Bros. Home Entertainment, Inc., ialah penerbit, pembangun, pemberi lesen dan pengedar yang terunggul di seluruh dunia bagi kandungan hiburan untuk segmen interaktif merentasi seluruh platform, termasuk permainan berasaskan konsol, produk pegang, mudah alih dan komputer peribadi (PC) untuk judul-judul permainan dalaman dan pihak ketiga.

Latar Belakang Portkey Games:
Portkey Games, daripada Warner Bros. Interactive Entertainment, ialah label permainan khusus untuk mencipta pengalaman permainan yang diinpirasikan oleh keajaiban dan pengembaraan J.K. Rowling's Wizarding World. Permainan-permainan baharu ini membolehkan pemain meneroka, menemui dan menjadi watak utama pengembaraan dunia sihir mereka sendiri.

Latar Belakang Siri Harry Potter: 
Harry Potter terus menjadi satu fenomena dunia. Setiap satu daripada tujuh buku yang ditulis oleh penulis J.K. Rowling telah memecah rekod jualan, dan setakat ini, siri ini telah terjual sebanyak lebih 450 juta salinan seluruh dunia dan diterjemah ke dalam 80 bahasa. Filem-filem Harry Potter, terbitan Warner Bros. Pictures, telah meraih keuntungan lebih $7.7 bilion setakat ini di seluruh dunia bagi kutipan box office, menjadikan Harry Potter sebagai francais filem yang meraih keuntungan terbesar dalam sejarah.

Perisian HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY © 2018 Jam City, Inc. Dibangunkan oleh Jam City. Jam City® dan Logo Jam City ialah tanda dagangan berdaftar dan/atau tidak berdaftar Jam City, Inc.  PORTKEY GAMES © 2017 Warner Bros. Entertainment Inc. Semua hak cipta terpelihara. HARRY POTTER and FANTASTIC BEASTS Publishing Rights © J.K. Rowling. J.K. ROWLING'S WIZARDING WORLD ialah tanda dagangan J.K. Rowling dan Warner Bros. Entertainment Inc. Watak-watak, nama-nama dan tanda-tanda berkaitan PORTKEY GAMES, HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY, HARRY POTTER and FANTASTIC BEASTS ialah tanda dagangan dan © Warner Bros. Entertainment Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara.

WB GAMES LOGO, WB SHIELD: ™ & © Warner Bros. Entertainment Inc.
(s18)

Harry Potter: Hogwarts Mystery from Jam City
Harry Potter: Hogwarts Mystery from Jam City

 

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=0aCPEgJz3uQ
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/628365/Harry_Potter_Hogwarts_Mystery_from_Jam_City.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/554701/JamCity_Com_Logo.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/617617/Hogwarts_Mystery_Logo.jpg 

 

Source: Jam City
Related Links:
Keywords: Books Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Mobile Entertainment Telecommunications Broadcast feed announcements Children-related news New products/services