omniture

Peringkat Akhir WTA Dianugerahkan Kepada Shenzhen, China

WTA Tour, Inc.
2018-01-19 22:20 260

-- Hadiah wang tunai mencatat rekod sebanyak $14 juta dianugerahkan dalam acara akhir-musim

-- Stadium canggih baharu yang menakjubkan bakal dibina 

ST. PETERSBURG, Florida, 19 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Persatuan Tenis Wanita (WTA) hari ini mengumumkan pemilihan bandar Shenzhen, China bagi menjadi tuan rumah Peringkat Akhir WTA, acara paling berprestij dalam kalendar WTA, mulai tahun 2019 hingga 2028.

Gemdale Corporation, salah satu pemaju hartanah terbesar dan terkemuka di China, menghantar bida yang berjaya itu. Bida oleh syarikat ini melibatkan pembinaan tempat yang canggih di kawasan pusat bandar, yang boleh menempatkan seramai 12,000 orang, serta hadiah wang tunai mencatat rekod sebanyak $14 juta untuk 8 pemain perseorangan Terbaik dan 8 pasukan beregu Terbaik, menggandakan nilai hadiah wang tunai sebelum ini.

"Saya amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa bandar dinamik Shenzhen terpilih menjadi tuan rumah Peringkat Akhir WTA untuk dekad seterusnya," kata Steve Simon, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi WTA. "Ini sememangnya merupakan perjanjian Peringkat Akhir WTA yang terbesar dan paling penting selama 45 tahun sejak WTA ditubuhkan dan berjanji untuk membawa acara ini ke peringkat baharu yang luar biasa."

"Shenzhen berbesar hati kerana terpilih sebagi tuan rumah bagi Peringkat Akhir WTA," kata Liu Fengning, Pengurus Besar, Shenzhen Gemdale Sports Industry Co., Ltd. "Acara bertaraf dunia ini bakal menarik peminat tenis tempatan dan luar negara serta meningkatkan reputasi Shenzhen sebagai sebuah bandar global yang lebih bersifat terbuka dan meriah. Kami menerima nilai-nilai keterangkuman dan kesaksamaan WTA dan berasa bertuah atas peluang untuk menambah legasi tenis China dengan menganjurkan acara yang menggalakkan golongan muda untuk terlibat dalam sukan ini."

Billie Jean King, pelopor dan pengasas WTA berkata, "Hal ini merupakan suatu yang benar-benar luar biasa apabila dapat menyaksikan perkembangan acara akhir-musim WTA dan Shenzhen bakal menjadi tuan rumah yang hebat untuk Peringkat Akhir WTA. Peringkat Akhir pertama diadakan pada tahun 1972 di Boca Raton, Florida, sebelum WTA ditubuhkan dan jumlah hadiah wang tunai sebanyak $100,000 diberikan. Hadiah wang tunai memecah rekod sebanyak $14 juta yang ditetapkan oleh Shenzhen memperlihatkan kekuatan global sukan kami dan sejauh mana Shenzhen dan China semakin menerima tenis wanita."

Sam Stosur, ahli Majlis Pemain WTA mengulas, "Saya berasa kagum betapa tingginya hadiah wang tunai yang ditawarkan oleh Shenzhen. Peningkatan jumlah hadiah wang tunai dan pembinaan stadium baharu dengan hak-hak penamaan adalah sesuatu yang luar biasa. Namun paling penting, sokongan kewangan dan juga komitmen daripada pihak kerajaan merupakan pelaburan hebat dalam WTA yang akan membantu memajukan tenis wanita di seluruh pelosok dunia selama bertahun-tahun. Ia merupakan hari dan detik yang menyeronokkan buat saya dan semua pemain WTA kami."

Tahun 2019 bakal menganjurkan acara kali ke-49 dan Shenzhen merupakan bandar lain yang ke-10 yang menjadi tuan rumah Peringkat Akhir WTA.

Pautan Berkaitan:
http://www.wtatennis.com/news/shenzhen-china-host-wta-finals-starting-2019

Source: WTA Tour, Inc.
Related Links:
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Women-related news Future Events