omniture

150,000 Pembeli Dijangka Di Ekspo Import Antarabangsa China Sulung mulai 5-10 November Di Shanghai

China International Import Expo
2018-01-23 00:01 800

SHANGHAI, 23 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) sulung bakal diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai mulai 5-10 November 2018.

Pertanyaan dan tempahan awal untuk CIIE menunjukkan jumlah kehadiran akan mencecah angka yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk forum perdagangan antarabangsa yang pertama seumpamanya itu. Minat didorong oleh pertumbuhan import ke dalam China pada tahun 2017 yang berjumlah hampir RMB 12.5 trilion (USD 1.95 trilion), meningkat 18.7% berbanding pada tahun 2016. Angka ini dijangka meningkat kepada USD 8 trilion sepanjang lima tahun akan datang tatkala China, ekonomi kedua terbesar dan pengimport kedua terbesar di dunia, meneruskan kadar kemajuannya menuju tahap pembangunan baharu.

China International Import Expo to Debut in Shanghai

Enam industri dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuhan terbesar dalam segmen perdagangan rentas-sempadan, yang akan banyak dipamerkan dalam CIIE ialah produk makanan dan pertanian; pakaian dan produk pengguna; barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah; automobil; peralatan perubatan, ubat-ubat dan penjagaan kesihatan; dan peralatan pintar berteknologi tinggi, kesemuanya mencapai kadar peningkatan import yang memberangsangkan antara Januari dan November 2017:

Industri

Nilai import mulai Januari hingga November 2017 (pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya)

Unjuran nilai import dalam tempoh lima tahun

Pemacu pertumbuhan utama

Produk makanan dan pertanian

USD 104.4 bilion(> 14%)

USD 700 bilion

Soya, susu bayi, wain, jus buah-buahan & sayur-sayuran

Pakaian dan produk pengguna

USD 12.85 bilion (> 13.2%)

USD 65 bilion

Kutleri, peralatan dapur, barang mainan, lampin

Barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah

USD 20.44 bilion (> 11.2%)

USD 100 bilion

Pemanas air, pembersih udara & air, fon telinga

Automobil

USD 45.8 bilion (> 15.4%)

USD 260 bilion

SUV dan kenderaan tenaga baharu

Peralatan perubatan, ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan

USD 35.88 bilion (> 17%)

USD 250 bilion

Peralatan canggih, ubatan utama yang dipatenkan

Delegasi pengunjung Cina profesional daripada bidang-bidang seperti pendidikan, penyelidikan saintifik, kebudayaan dan pelancongan akan turut hadir, bersama-sama pelbagai Dewan Perniagaan, kumpulan kerajaan, pemimpin industri dan golongan profesional daripada syarikat-syarikat perusahaan tempatan utama mencakupi banyak wilayah, kawasan perbandaran dan wilayah berautonomi China. Selain yang disebutkan di atas, ekspo ini akan melibatkan wakil-wakil daripada syarikat-syarikat gergasi edagang dan teknologi internet seperti Alibaba, JD.com, Suning dan kaola.com.

"Dengan begitu banyak syarikat, organisasi dan pengunjung yang dijangka hadir, kami ingin mengundang semua pempamer kami untuk menyatakan nama pembeli dan syarikat Cina yang ingin ditarik oleh mereka," kata Sun Chenghai, Timbalan Ketua Pengarah Biro CIIE. "Seterusnya, kami akan memadankan permintaan tersebut dengan pameran oleh pempamer CIIE bagi menyediakan pengalaman yang lebih tepat, berkesan dan khusus buat semua tetamu kami."

Para pempamer yang berminat boleh mengunjungi http://www.ciie.org/zbh/en/ bagi menyemak kelayakan untuk mengambil bahagian dan membuat permohonan sebelum 30 Jun.

Latar Belakang Ekspo Import Antarabangsa China

Ekspo Import Antarabangsa China pertama dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai, dengan sokongan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.ciie.org/

Hubungi:

+86-21-67008870
info@sinoexpo.cc  

Source: China International Import Expo
Keywords: Agriculture Auto Computer/Electronics Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Transportation Trade show news Future Events