WROCLAW, Poland, 23 Januari 2018 /PRNewswire/ --
Infermedica, sebuah syarikat Poland yang berpangkalan di AS, melancarkan platform pemeriksa simptom dan triage berlabel putih selepas kejayaan ujian rintis bersama syarikat-syarikat insurans penjagaan kesihatan Eropah, Allianz Partners, Dovera dan PZU. Infermedica memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan yang berpotensi meningkatkan dengan ketara kualiti penjagaan, untuk pihak penyedia dan juga pesakit.
Aplikasi ini menasihati pesakit berhubung perkara yang perlu dilakukan selanjutnya apabila mereka berasa kurang sihat. Selepas mengajukan beberapa soalan diagnostik, AI Infermedica memberikan cadangan kemungkinan penyakit-penyakit yang dialami serta tindakan yang sesuai untuk dilaksanakan. Infermedica menganggarkan bahawa biasanya sehingga 26% kes pesakit boleh dirawat sendiri dan pemeriksa simptom boleh digunakan untuk mengelakkan lawatan rawatan yang tidak diperlukan dan sebaliknya memberikan rawatan kendiri atau telerundingan. Lebih tiga juta orang menggunakan platform dan enjin asasnya semakin bertambah baik dari semasa ke semasa apabila lebih banyak permintaan diproses.
"Kami menumpu sepenuhnya terhadap perkongsian B2B dan misi kami adalah untuk menyediakan teknologi AI yang terbaik demi menyediakan perkhidmatan untuk sistem kesihatan dan juga syarikat insurans," kata Piotr Orzechowski, Ketua Pegawai Eksekutif Infermedica. "Infermedica mengusahakan model AI-sebagai-satu-Perkhidmatan dan mempunyai dua produk utama: rangka kerja pemeriksa simptom yang amat mudah disesuaikan dan mudah digunakan serta Infermedica API yang kini mempunyai lebih 1,700 pembangun yang melanggan, termasuk rakan-rakan kongsi hebat kami seperti Healthloop dan Allianz."
Bermula pada tahun 2012, syarikat ini menggabungkan kepakaran doktor dengan pembelajaran mesin serta membangunkan asas pengetahuan statistik berkaitan simptom-simptom, tanda-tanda, faktor-faktor risiko dan penyakit-penyakit.
Baru-baru ini, syarikat membangunkan semula aplikasi paparannya yang dikenali sebagai Symptomate. Infermedica juga menjadi aplikasi pemeriksa simptom yang pertama dalam ekosistem Microsoft Cortana. Aplikasi ini turut tersedia untuk Amazon Alexa dalam seluruh perantinya (Echo, Dot, Tap, Spot, Show) serta peranti serasi-Alexa pihak ketiga (cth. Lenovo Smart Assistant, Eufy Genie, Garmin Speak, Muse).
Infermedica menyokong beberapa bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Bahasa Cina Mudah, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa Rusia, Bahasa Slovakia dan juga Bahasa Poland. Syarikat merancang untuk menjalin kerjasama baharu di AS, Eropah dan Timur Tengah dan kini sedang berusaha memperluas penggunaan enjin AI miliknya kepada sokongan keputusan klinikal dan juga triage pusat panggilan.