omniture

SBLC / Pakar Pembiayaan Perdagangan Nafi Perkaitan dengan Penyamar (Isaac Asare Nkansah)

Bachmann & Welser Capital Ltd
2018-01-23 14:17 410

EDINBURGH, Scotland, 23 Januari  2018 /PRNewswire/ -- Kami menerima banyak aduan bebas daripada bakal pelanggan mendakwa mereka ditemui oleh seseorang bernama En. Isaac Asare Nkansah (lihat foto di atas) dari Ghana yang lahir pada 10 Mac 1979.  Dia menyamar sebagai wakil lantikan Bachmann & Welser Capital dan memperdaya pelanggan dengan janji mengatur Instrumen Perbankan untuk mereka.   

generated by system

Kami ingin memberi peringatan kepada orang awam Bachmann & Welser Capital Ltd sama sekali tidak ada perkaitan dengannya.

Kami tidak pernah melantiknya dan ingin mengingatkan sesiapa yang pernah ditemui olehnya supaya membuat laporan segera kepada agensi penguatkuasaan undang-undang terdekat.

Latar Belakang Bachmann & Welser Capital

Bachmann & Welser Capital Ltd ialah Pakar Surat Kredit Tunggu Sedia dan Pembiayaan Perdagangan yang berpangkalan di United Kingdom. Syarikat ditubuhkan oleh mantan Pembiaya dan Pegawai Bank Pelaburan Bandar Raya London yang berpengalaman. Melalui perkongsiannya di seluruh dunia, syarikat berupaya menyediakan penyelesaian kewangan yang unik kepada para pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut: Sila lawati http://www.bachmannwelser.com. Sebagai alternatif, anda boleh menelefon +44(0)131-357-0361

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Sarah Atkins
Pegawai Perhubungan Media
Sarah.Atkins@bachmannwelser.com

Source: Bachmann & Welser Capital Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Legal issues