omniture

Sanford Health perluas kehadiran global dengan peluasan ke tujuh negara

Sanford Health
2018-01-24 00:06 265

SIOUX FALLS, Dakota Selatan, 24 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Sanford Health meluaskan kehadirannya dalam bidang penjagaan kesihatan antarabangsa dengan mengembangkan perkhidmatannya ke tujuh negara. Tahun ini, Sanford Health bakal menembusi New Zealand, Ireland, Vietnam, Costa Rica dan Afrika Selatan serta meluaskan kehadirannya di China dan juga Ghana. Usaha peluasan ini adalah berikutan pemerolehan kepentingan minoriti tahun lalu dalam ISAR Klinikum, iaitu peneraju hospital bagi terapi sel stem, yang terletak di Munich, Jerman.

Cabang penjagaan kesihatan antarabangsa Sanford Health, Sanford World Clinic, kini akan berada di sembilan negara dengan lebih 30 lokasi. Disokong oleh usaha kebajikan dan dilancarkan pada tahun 2007, inisiatif ini diwujudkan bagi menggalakkan perkongsian bersama pemimpin-pemimpin penjagaan kesihatan dalam membangunkan perkhidmatan yang mampan di seluruh dunia.

"Menerusi perkongsian ini, kami dapat mencipta peluang unik untuk perkongsian pembelajaran," kata Kelby Krabbenhoft, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sanford Health. "Ini bukan sesuatu yang kami usahakan demi keuntungan kewangan, sebaliknya kami percaya kolaborasi seperti ini akan membantu meneruskan misi kami terhadap kesihatan dan penyembuhan."

Setiap perkongsian mempunyai skop perkhidmatan dan jenis perjanjian yang unik. Tumpuan kolaborasi-kolaborasi ini bermula daripada penjagaan utama dan penjagaan pediatrik kepada operasi sistem penyelidikan dan kesihatan.

"Kami ingin berada di tempat yang membolehkan kami memberi impak dan menjalin kerjasama yang akan bertahan lama," kata Dan Blue, M.D., naib presiden eksekutif Sanford World Clinic. "Kami mempunyai rakan-rakan kongsi yang luar biasa dalam setiap negara yang turut mempunyai matlamat yang sama – untuk memajukan perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh dunia."

  • New Zealand: Sanford World Clinic dan Omni Health Limited akan membuka sebuah klinik amalan umum pada bulan Februari, di Kawasan Pusat Perniagaan Auckland.
  • Ireland: Sanford World Clinic dan Hermitage Medical Clinic akan menubuhkan sebuah pejabat penyelidikan klinikal bagi meluaskan perkhidmatan onkologi kepersisan melalui protokol penyelidikan klinikal yang disokong oleh Sanford Research di Amerika Syarikat.
  • Costa Rica: Sanford World Clinic menyediakan sokongan yang strategik dan operasi kepada sistem kesihatan Hospital Metropolitano tatkala ia mengalami pertumbuhan dinamik di seluruh negara.
  • Vietnam: Sanford World Clinic berkolaborasi dengan Victoria Healthcare bagi menyokong program pendidikan pengurusan klinikal dan penjagaan kesihatan yang dipertingkat untuk pakar perubatan, jururawat dan kakitangan pentadbiran Victoria.
  • Afrika Selatan: Sanford World Clinic menyokong pembangunan berterusan program-program penyelidikan dan pendidikan klinikal bagi Gangguan Spektrum Alkohol Fetus di Stellenbosch University dan dengan kerjasama beberapa kolaborator.
  • Ghana: Sanford World Clinics - Ghana meneruskan perkongsiannya dengan kerajaan Ghana bagi meluaskan 23 klinik sedia adanya.
  • China: Hari ini, Sanford World Clinic akan menyediakan sokongan onkologi untuk Ciming Health Checkup Group. Kolaborasi ini akan menjadi perkongsian jarak jauh doktor-kepada-doktor.

"Kami teruja dengan kolaborasi onkologi bersama Sanford Health dan percaya ia dapat menyediakan pesakit kanser Cina dengan rawatan paling canggih demi meningkatkan kadar kemandirian dan juga kualiti hidup pesakit," kata Hu Bo, M.D., pengerusi lembaga Ciming Health Check Group dan pengerusi cawangan pengurusan penjagaan kesihatan Persatuan Doktor Perubatan Cina.

Sanford World Clinic kini berusaha mengenal pasti tiga hingga lima perkongsian baharu setiap tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sanford Health, layari www.sanfordhealth.org

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Omni Health, layari http://omnihealth.co.nz/

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hermitage Medical Clinic, layari https://www.hermitageclinic.ie/

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hospital Metropolitano, layari http://www.metropolitanocr.com/

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Victoria Healthcare, layari http://www.victoriavn.com/

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Stellenbosch University, layari www.sun.ac.za

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ciming Health Checkup Group, www.ciming.com

Hubungi:
Paul Heinert
Perhubungan Media Sanford Health
605-366-2432 / paul.heinert@sanfordhealth.org

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/631697/Sanford_Health_Header_Logo.jpg

 

Source: Sanford Health
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion